Connect with us

Oh! Media

Noise Cancellation Mantap & Audio Memuaskan, FreeBuds 5i Tawar Pelbagai Ciri Menarik Pada Harga Berpatutan!

HUAWEI FreeBuds 5i

Branded

Noise Cancellation Mantap & Audio Memuaskan, FreeBuds 5i Tawar Pelbagai Ciri Menarik Pada Harga Berpatutan!

Kalau kita tengok sekarang ni, ramai orang telah menggunakan earbuds dalam aktiviti seharian mereka seperti bersenam, mendengar lagu, menonton drama atau menyertai aktiviti dalam talian. 

Maklumlah, earbuds ni bukan saja mudah untuk dibawa ke mana saja, malah disebabkan teknologi telah berkembang pesat, mereka hadir dengan pelbagai ciri menarik yang membuatkan ia lebih mesra pengguna. 

Haa, mesti korang tertanya-tanya kan apakah earbuds terkini yang mempunyai pelbagai ciri menarik serta mampu milik betul tak? Tak payah pening-pening kepala, jom kami share 4 ciri hebat HUAWEI FreeBuds 5i yang CONFIRM akan buat korang jatuh cinta. 

Paling penting, dengan 4 ciri hebat ini, korang boleh dapatkan dengan harga yang lebih berpatutan iaitu kurang daripada RM400 tau. Seriuslah?!

1. Audio Beresolusi Tinggi, Umpama Dengar Secara Live!

Ciri pertama ini mesti akan buat ramai beralih arah kepada FreeBuds 5i sebab ia mempunyai diafragma komposit polimer yang bagus untuk menyampaikan nota bes melonjak, suara manusia nyaring serta butiran frekuensi. Haa, memang ideal untuk dengar muzik pop tau! 

Selain itu, ia juga telah diperakui mempunyai High Resolution(Hi-Res) audio serta mempunyai 10 mm unit pemacu dinamik sensitif yang dapat menghasilkan kualiti bunyi beresolusi tinggi dan lebih baik daripada CD. Wah, ini baru betul boleh feeling galau! 

Paling penting, ia dapat menghantar audio beresolusi tinggi tanpa kehilangan kualiti daripada peranti ke Earbuds melalui Bluetooth yang kemudian akan dinyahkodkan dengan LDAC™. 

Ia turut dihasilkan dengan algoritma EQ penyesuaian dwi yang mana bunyi mikrofon kepekaan tinggi dalam in-ear monitor akan disalurkan kembali oleh saluran telinga dengan baik, dan mengimbangi kesan full-band audio untuk memastikan kualiti audio kekal bagus dan konsisten. 

Lagi best, HUAWEI FreeBuds 5i ini menyediakan ciri pelarasan berbilang EQ, membolehkan korang untuk melaraskan kesan audio secara bebas, seperti memilih mod rangsangan Bass atau Treble, dalam menyampaikan kesan bunyi yang pelbagai. Peh, jadi tak sabar pula nak pakai!

2. Pendengaran Audio Kini Lebih Fokus Dengan Noise Cancellation

Ciri ‘noise cancellation’ menjadi antara ciri yang sangat digilai oleh setiap pengguna earbuds. Mana taknya, dengan ciri ini, ia bukan saja dapat membantu untuk elak daripada mendengar bunyi suasana yang riuh, malah kita akan jadi lebih fokus untuk mendengar audio. 

Jadi, memahami trend semasa, HUAWEI FreeBuds 5i turut direka dengan active noise cancellation(ANC) yang membuatkan korang dapat menikmati audio dengan lebih jelas walaupun berada dalam persekitaran bising tau! Bestnya, boleh berangan macam dalam muzik video!

Selain itu, ia turut hadir dengan teknologi ANC hybrid dan dilengkapi dengan dua mikrofon yang diletakkan di dalam dan di luar telinga apabila dipakai supaya dapat mengesan bunyi luaran serta menangkap bunyi tambahan dalam saluran telinga. 

Apa yang membuatkan HUAWEI FreeBuds 5i ni lebih best untuk digunakan adalah ia mempunyai 3 mod ANC seperti Ultra, General dan Cozy yang dapat memaksimumkan pembatalan hingar sebanyak 42 dB tau! Wah, kalau macam ni, memang kita berada dalam dunia sendiri saja lah! 

3. Jangka Hayat Bateri Yang Lebih Lama

Antara kelemahan yang selalu pengguna Earbuds luahkan adalah jangka hayat bateri yang pendek dan memerlukan masa lama untuk mengecas penuh. Kalau tanya kami, kami pun setuju dengan statement ni sebab bukan saja bazir masa nak kena tunggu, malah jadi tak puas nak dengar lagu lama-lama betul tak?

Haa, dengan HUAWEI FreeBuds 5i, korang tak perlu risau tentang jangka hayat bateri earbuds sebab ia hadir dengan bekas pengecasan yang dapat memberikan kitaran pengecasan yang lebih besar dan bagus walaupun ia 0.6mm lebih nipis dan ringan daripada FreeBuds 4i. 

Paling best, korang boleh dengar muzik berterusan selama 7.5 jam dengan hanya sekali pengecasan atau selama 28 jam dengan menggunakan bekas pengecasan yang dicas penuh. Wahhh, lepas ni lagi dah tak perlu membazir masa tunggu cas lama-lama!

4. Rekaan Yang Lebih Trendy & Selesa

Kalau sebelum ni rekaan HUAWEI FreeBuds 4i mendapat sambutan hangat dalam masyarakat, untuk rekaan kali ni, mereka mengekalkan konsep rekaan yang sleek, minimalis serta premium dengan tona warna Isle Blue, Nebula Black dan Ceramic White. Wow, tengok gambar pun lawa!

Menariknya, reka bentuk bekas pengecas earbuds diilhamkan daripada batu kerikil minimalis yang melengkung dan disertakan dengan butiran taburan unik seperti tekstur frosted, menjadikan ia kelihatan lebih estetik dan lembut apabila dipegang. 

Bukan itu saja, earbuds ini lebih ringan dan lebih selesa untuk dipakai sebab beratnya hanya 4.9g, menjadikan ia lebih ringan daripada duit syilling yang biasa tau. Wahh, bagusnya, lepas ni dah tak ada masalah sakit pada bahagian telinga lagi!

Nikmati Promosi Hebat Sempena Pelancaran Khas FreeBuds 5i!

Fuhh, banyak juga ciri menarik yang ada pada HUAWEI FreeBuds 5i ni! Lepas ni dah tak ada masalah kalau nak fokus pembelajaran atas talian atau nak dengar lagu sebab noise cancellation mereka sumpah POWER dan audio mereka High Resolution tau! 

Nak tau apa yang lagi menarik? Kalau korang ke laman web rasmi HUAWEI, korang boleh tebus rebat berjumlah RM10 yang hanya boleh digunakan pada 2 Februari semasa pelancaran HUAWEI FreeBuds 5i. 

Tak cukup dengan itu, HUAWEI tawarkan promosi harga untuk FreeBuds 5i iaitu RM339 pada 2 Februari dan bermula 3 Februari hingga 15 Februari, korang boleh dapatkan earbuds ini pada harga RM349. Perghhhh, bukan selalu ada tawaran macam ni betul tak?

Kalau korang berminat dengan HUAWEI FreeBuds 5i ni, korang boleh dapatkan di HUAWEI Experience Store, kedai dalam talian HUAWEI atau aplikasi e-dagang seperti Lazada dan Shopee
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas