Connect with us

Oh! Media

Nikmati BONUS Diskaun Sehingga RM28 Dengan KFC APP, Hanya Perlu Cari ‘Rimau’ Untuk Lagi Ong!

Branded

Nikmati BONUS Diskaun Sehingga RM28 Dengan KFC APP, Hanya Perlu Cari ‘Rimau’ Untuk Lagi Ong!

Bila nak pesan makanan je, mesti ramai antara kita yang dah tak tau nak beli apa sampai asyik ulang makanan yang sama je setiap hari. 

Tak payah pening kepala lagi fikir semua masalah tu, mehh kami nak share dengan korang promosi hebat daripada KFC yang confirm tak akan mengecewakan!

Cari Rimau Boleh Dapat Diskaun Sehingga RM28, Baru Betul Ong!

Haa, kalau korang suka pesan makanan delivery, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun penjimatan daripada KFC sebab diorang ada bermacam-macam diskaun nak bagi dekat korang tau! Wow!

Antara promosi diskaun yang korang boleh dapatkan adalah penjimatan sehingga RM8 dengan  kod RIMAU8 bagi setiap pembelian daripada KFC Delivery atau Self Collect (Pengambilan Sendiri) menerusi aplikasi KFC dari 17-31 Januari 2022. 

NAK LAGI ONG?!, KFC juga nak bagi korang promosi yang lagi ONG iaitu BONUS diskaun sehingga RM18 dan RM28 tau bagi Self Collect! Wow, serius lah? Korang hanya perlu Cari Rimau, di Instagram Story KFC (@KFCMalysia) untuk dapat ONG!

Untuk pengetahuan korang, setiap hari KFC akan post promo kod di IG Story dari 17 – 31 Januari 2022 tau. Jadi kalau korang nak berjimat banyak, pastikan korang peka dengan IG story diorang!

Cara untuk korang tebus diskaun penjimatan ni senang je, korang perlu daftar di KFC App, add to cart pesanan KFC kegemaran, gunakan kod harian yang dijumpai dan checkout! 

Tapi, korang jangan risau kalau kod harian tu dah habis sebab korang masih boleh gunakan RIMAU8 untuk diskaun RM8 sebelum korang checkout. 

Diskaun RM8, RM18 dan RM28 ada nilai pembelian masing-masing, jadi pastikan korang ada nilai pesanan KFC yang cukup sebelum korang checkout supaya tidak ketinggalan! 

*Bayaran RM5 dikenakan untuk penghantaran dan pemprosesan. 

Kalau korang nak tau antara baucar lain yang ada di KFC, korang boleh tap ikon “%” untuk akses ke Bucketful of Deals – semua baucar KFC korang ada di sini! Kalau korang leceh nak download App, korang boleh tebus melalui lama web juga tau!

Untuk yang tak ada aplikasi KFC, korang boleh muat turun sekarang di Google Play dan App Store untuk nikmati lebih banyak tawaran istimewa seperti diskaun RM10 bagi pengguna berdaftar baru dan juga promosi hari jadi korang!

Jadi, tunggu apa lagi, ikuti media sosial Instagram KFC atau muat turun aplikasi KFC sekarang untuk maklumat lanjut atau layari terma dan syarat di sini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas