Connect with us

Oh! Media

Sushi King New Salmon

Branded

“Nampak Sedap!” – Ramai Teruja Nampak Helikopter Bawa Sushi Fresh! Tapi, Sushi Mana Ni?

Baru-baru ni, ada satu video viral di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter sedang membawa salmon yang sangat besar di kawasan Sunway Pyramid. 

Rata-rata orang yang berada di situasi tersebut memberi reaksi terkejut, dalam masa sama ada juga yang memberi respon menyatakan bahawa salmon tersebut kelihatan segar sebab berkemungkinan diterbangkan daripada Atlantik. 

Daripada video viral ini, korang rasa kenapa tiba-tiba ada helikopter tengah bawa salmon besar di kawasan tersebut? Jadi pembekal untuk kedai sushi ke? 

Cair Di Mulut, Terasa Segar Seperti Makan Di Lautan Atlantik!

Lah, salmon sebesar-besar alam tu rupanya dari Sushi King ke? Patutlah nampak sedap semacam!

Anyways, korang tahu tak Sushi King sekarang ni tak sabar nak memperkenalkan 11 menu salmon terbaru khas buat korang menerusi Sama Sama Salmon. Uish, dengar cerita ada 11 menu baru, seriuslah?!

Chop, chop, chop! Kenapa salmon saja, tak ada menu tambahan lain ke? Haa, Sushi King sebenarnya memperkenalkan Sama Sama Salmon ini berdasarkan sebuah cerita yang sangat hebat tau. 

Kalau korang nak tahu, salmon adalah ikan yang sangat dihormati sebab ia berupaya untuk berhijrah secara luar biasa, di mana ia berenang ke hulu melawan arus dan sebarang unsur daripada sampai ke tempat pemijahan mereka. 

Jadi, daripada cerita hebat ini, ikan salmon telah menjadi simbolik ketabahan dalam mengatasi cabaran untuk sesetengah budaya dan amalan rohani. Sebab itulah Sushi King perkenalkan Sama Sama Salmon!

Alang-alang tengah cerita tentang ketabahan dalam mengatasi cabaran, kami yakin mesti korang juga tabah dalam menghadapi segala cabaran pada tahun 2024 ni kan?

Haa, kalau macam itu, disebabkan tahun 2024 pun dah nak melabuhkan tirai, apa kata korang bawa ahli keluarga dan tersayang untuk sambut bersama dengan Sushi King!

Apa yang best dengan Sama Sama Salmon ini adalah setiap menu salmon ini disediakan secara teliti oleh chef Jepun, dan semua hidangan dalam menu terbaru ini menggunakan salmon Atlantik yang diterbangkan khas tau! 

Nak tahu apakah antara menu yang ditawarkan dalam Sama Sama Salmon? Meh sini meh kami kongsi!

Untuk menu sushi, terdapat pelbagai jenis sushi salmon yang korang boleh nikmati seperti Salmon Carpaccio Nigri, Spicy Salmon Nanban Nigiri, Salmon Katsu Nigiri, Salmon Nanban Nigiri, Spicy Salmon Maki, dan Spicy Salmon Cheese Gunkan. Psst, serendah RM5 saja tau! 

Nak hidangan yang berat? Ada guys! Korang boleh nikmati Salmon Nanban Bento, Salmon Foilyaki, Salmon Trio Don, Spicy Salmon Ramen Noodles, Black Sesame, dan Aburi Garlic Salmon. Tengok visual pun boleh terliur wei!

Bukan itu saja, kalau korang keluar berpasangan, korang boleh dapatkan set Perfect Pair, yang mana terdapat pelbagai seleksi menu yang sangat menyelerakan tau seperti Aburi Garlic Salmon, Spicy Salmon Ramen Noodles, dan Salmon Foilyaki! 

Paling penting, set ini hanya RM79.90 saja. Berbaloi kan dengan semua hidangan yang disediakan dalam set ini? 

Apa? Perfect Pair tak cukup untuk korang? Jangan risau, korang juga boleh nikmati set Family Feast kalau korang makan bersama keluarga dan kawan-kawan. 

Menariknya, terdapat pelbagai menu yang sangat menggiurkan antaranya Aburi Garlic Salmon, Spicy Salmon Ramen Noodles, Salmon Foilyaki, Salmon Trio Don, dan Salmon Nanban Bento. Fuhh, banyaknya! 

Dengan semua hidangan dalam Family Feast ni, bukan saja kenyang, malah korang akan pulang sambil tersenyum lebar sebab harga set ini hanya RM129.90 saja tau. Berbaloinya!

Sekarang korang dah tahu antara menu menyelerakan untuk Sama Sama Salmon, tunggu apa lagi? Jom lah serbu Sushi King berdekatan sekarang! 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sushi King atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas