Connect with us

Oh! Media

Sushi King Tawar Menu Terbaru, Orang Diet Pun Boleh Tambah Berpinggan-Pinggan!

Branded

Sushi King Tawar Menu Terbaru, Orang Diet Pun Boleh Tambah Berpinggan-Pinggan!

Siapa kat sini peminat sushi? Sebut sahaja pasal sushi, mesti ramai yang ingat makanan ni berasaskan ikan mentah semata-mata kan? Ini tidak dinafikan kerana seperti yang kita tahu Sushi ni berasal daripada negara Jepun dan masyarakat daripada matahari terbit itu gemar menikmati makanan laut dalam keadaan yang asli dan segar. 

Tapi apabila memasuki pasaran Malaysia, sushi mula disesuaikan citarasa masyarakat di negara ini dan korang pun dah boleh menikmati hidangan dengan makanan laut yang digoreng atau dimasak.

Salah satu, restoran sushi yang popular di negara ini ialah Sushi King, siapalah yang tak kenal restoran ni, antara restoran sushi berstatus Halal yang menyediakan hidangan sushi yang segar dan enak. 

Haa… Cakap tentang Sushi King, baru-baru ini Ohmedia berkesempatan ke outlet Sushi King di Pavilion Bukit Jalil bagi merasai keenakan hidangan terbaru mereka iaitu #LoveAtFirstKisu. 

Rasai Keenakan Ikan Kisu, Khas Dari Jepun

Kalau korang nak tahu, ikan kisu adalah ikan yang berasal dari Jepun dan terkenal  kerana sering dijadikan tangkapan komersial oleh para nelayan. Ikan kisu ini sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana spesies ikan ini hanya bertelur pada bulan Jun hingga Oktober.

Paling menarik, ikan kisu ni merupakan ikan yang hanya mengandungi 1% lemak, berwarna putih jernih dan mempunyai rasa yang tersendiri. 

Haa, korang nak tau tak apa menu terbaru dari edisi #LoveAtFirstKisu ni? Meh Ohmedia kongsikan. Apa yang pasti, menu terbaru dari Sushi King ni akan buat korang tambah berpinggan-pinggan!

Kisu Fry Don Buat Penggemar Ikan Rendah Lemak

Ada yang tengah diet ke tu? Nak makan nasi tapi tengah jaga jumlah kalori? Apa kata cuba Kisu Fry Don/Kisu Tenpura ni? Kisu Fry Don adalah hidangan nasi bersama ikan kisu, kacang panjang dan akar teratai yang telah digoreng rangup sehingga bertukar menjadi warna kuning keemasan. Bila anda gigit je, mesti bunyi ‘kriuk’, ‘kriuk’!

Menu ni sangat sesuai buat korang yang tengah nak diet tapi dalam masa yang sama tak perlu berlapar.. Hanya 660 kalori je! 

Set Salmon Dan Kisu Fry Melengkapi Hidangan Waktu Makan Tengahari

Nak menu yang lagi padu? Haa, korang boleh cuba set Salmon dan Kisu Fry dari Sushi King ni. Set ni dihidangkan bersama nasi, sup, sos tartar dan sos okonomi. Ditambah pula dengan kerangupan kacang panjang dan akar teratai yang digoreng. Rasa sensasi terbaru ni! 

Bayangkan ikan salmon dan ikan kisu digoreng sehingga rangup, ditambah pula dengan nasi dan sup. Pergh.. Memang sangat sesuai untuk hidangan  waktu lunch korang!

Kisu & Ebi Fry Bento  Hidangan Perfect buat Pencinta Seafood

Buat korang pencinta seafood, min suggest anda kena cuba bento Ebi Fry ni. Dilengkapi dengan ikan kisu, ikan salmon dan udang tenpura yang digoreng hingga berwarna kuning keemasan. Ditambah dengan akar teratai dan edamame serta diserikan oleh sos tartar untuk melengkapkan hidangan anda yang perfect ni!

Edisi Sushi #LoveAtFirstKisu Diolah Mengikut Citarasa Rakyat Malaysia

Dah nama pun kedai sushi, mestilah  WAJIB ada menu sushi terbaru kan? Buat penggemar sushi, edisi #LoveAtFirstKisu kali ini diberi nafas baru dengan gabungan sushi yang digoreng, sesuai untuk dimakan pada setiap peringkat umur.

Tekstur Rangup Sushi Ikan Kisu Yang Menakjubkan

Pernah cuba sushi berasaskan ikan yang bergoreng? Kalau belum, jom cuba menu Kisu Fry Nigiri dan Spicy Kisu Fry Nigiri. Ikan kisu yang digoreng sehingga rangup, diserikan pula dengan sos pedas dan mayonis. Sangat sesuai buat mereka yang baru pertama kali nak mencuba rasa ikan kisu ni.

Masa mula-mula min tengok je sushi ni, terus terbayang kerangupan ikan kisu ni. Bila dah makan, MEMANG BETUL! Terasa kerangupannya, dipadankan pula dengan sos dan mayonis ternyata membangkitkan selera.

Gabungan Pedas Dan Berlemak Membangkitkan Rasa Udang

Buat peminat seafood, Min cadangkan untuk cuba ketiga-tiga sushi berasaskan udang ni iaitu Spicy Surimi Ebi Nigiri, Cheesy Tsubu Mayo Ebi Nigiri dan Spicy Ebi Fry Maki. Setiap satu daripada menu ini mempunyai rasa dan aroma yang berlainan. 

Bagi anda yang penggemar udang, menu Spicy Surimi Ebi Nigiri ni sesuai untuk korang. Gabungan udang, rasa mayonis yang berlemak dan sedikit taburan serbuk cili di atas sushi tu, terliur min!

Kalau korang jenis tak makan pedas langsung, korang kena cuba Cheesy Tsubu Mayo Ebi Nigiri. Dilengkapi dengan udang segar, rasa keju yang berlemak dan mayonis tsubukko tu memang confirm korang akan suka! 

Siapa kat sini penggemar makanan pedas macam min? Korang wajib cuba Spicy Ebi Fry Maki ni. Sushi ni dilengkapi dengan udang yang telah digoreng, timun, mayonis dan serbuk cili untuk rasa pedas yang min sendiri pun approved!

Nikmati Rasa Akar Teratai Bersama Sos Pedas Yang Mempesonakan

Eh akar teratai boleh makan ke? Haa, kalau korang nak tahu, akar teratai terkenal dengan tumbuhan yang penuh dengan khasiat. Selain dijadikan ubat-ubatan, akar teratai juga sesuai untuk dimakan. Kebanyakan negara Asia juga sering mengolah akar teratai ini mengikut makanan tempatan mereka. Pergh! Min baru tahu yang akar teratai pun boleh di makan rupanya!

Haa, hanya di Sushi King, korang boleh cuba menu akar teratai ataupun Piri-Piri Renkon. Menu ini mengolah akar teratai menjadi satu menu yang bergoreng dan disaluti dengan sos pedas. Menu ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan sampingan.

Nikmati Hidangan Fresh Hanya Di Sushi King

Menu lain yang terdapat dalam edisi #LoveAtFirstKisu ini adalah Kisu Fry Set, Kisu Fry Don dan banyak lagi. Edisi terbaru dari Sushi King ini hanya dijual dari 4 Oktober sehingga 31 Disember 2022.

Klik SINI untuk ketahui lebih lanjut mengenai #LoveAtFfirstKisu.

Tunggu apa lagi? Kunjungi outlet Sushi King berhampiran anda di seluruh Malaysia dan rasai pengalaman jatuh cinta pandang pertama dari setiap hidangan di Sushi King. Dapatkannya sekarang! 

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

Ke Atas