Connect with us

Oh! Media

Nak Komputer Riba Secara Percuma? Jom Tengok Artikel Di Sini

Branded

Nak Komputer Riba Secara Percuma? Jom Tengok Artikel Di Sini

Sekarang ni kita perlu menyesuaikan diri dengan gaya hidup digital. Zaman ler ni tak macam dulu dah, tak kisahlah bekerja atau belajar semuanya dari rumah secara atas talian. Tentunya agak sukar untuk kita berhubung kan? Tambah lagi bila ada sesuatu tugasan yang urgent. 

Itu maknanya, kita semua perlu beralih kepada teknologi tinggi untuk meningkatkan pengalaman digital. Kalau korang nak tahu, ada satu laptop terbaru dari JOI® iaitu JOI® Book SK3000 ni akan bantu kita semua untuk kekal berhubung dan memudahkan segala urusan harian kita gais.

Apa yang bestnya, JOI® Book SK3000 ni adalah laptop pertama dari JOI® yang menggunakan Qualcomm® Snapdragon™ Mobile Compute Platform dengan 4G LTE Connectivity untuk pengalaman berhubung yang lebih luas. Jadi, korang tak perlu risau lagi pasal performance dia sebab cipset yang digunakan ni memang power! 

Bukan tu jer, dengan ciri Always On yang ada pada laptop JOI® Book SK3000 ni, korang boleh terima e-mel walaupun laptop korang berada dalam mod tidur tau gais. Maknanya, laptop ni akan sentiasa bersedia untuk bekerja pada bila-bila masa dan di mana sekalipun korang berada. Pergh! Senang betul dan akan buatkan kita sentiasa alert.

JOI® Book SK3000 ini juga direka bagi korang yang perlu membuat kerja semasa dalam perjalanan ataupun diluar kawasan. Berapa lama bateri dia boleh bertahan? Tak perlu risau sebab ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam. Kalau nak cas pun sekejap je dengan adanya pengecasan pantas yang menggunakan USB Type-C. 

Kalau tengok design JOI® Book SK3000 ni pun sangatlah kemas gais. Tahap ketebalan dia tu kurang daripada 15mm. Pergh! Memang nipis gila. Bukan tu jer, laptop ni pun ringan gila tau dan mudah untuk korang bawa pergi mana-mana dengan berat cuma 1.05kg jer. Nak letak dalam beg galas pun tak jadi masalah, barulah bergaya dan tiada lagi beban yang dipikul.

Tak habis lagi gais, JOI® Book SK3000 dilengkapi dengan Windows 10 Pro yang merupakan sistem paling selamat digunakan dan mesra pengguna. Nak multitasking atau buat apa saja pun tiada masalah. Paling penting sekali, confirm tak sekat-sekat untuk buat tugasan harian korang seperti memeriksa e-mel, melayari web, membuat kandungan, dan menyelesaikan kerja dengan Microsoft Office2 sebab ianya dikuasakan dengan  Qualcomm® Snapdragon ™ Mobile Compute Platform. 

Dengan adanya selular terbina pada JOI® Book SK3000 ni, korang boleh jadikan laptop ini sebagai hotspot untuk device yang lain tau. Tambah lagi bila berada diluar kawasan yang tak ada Wi-Fi. Serius sangatlah membantu! Korang nak layan movie pun akan jadi lebih selesa sebab skrin bezel pada JOI® SK3000 ni sangatlah nipis. Memang mantul!

Memang cukup sangat dah spec yang ada pada JOI® Book SK3000 ni untuk melengkapkan tugasan harian korang. Laptop JOI® SK3000 secara rasmi dijual pada harga RM2,199 jer gais. Bukan tu jer, kalau korang membuat pra-tempahan akan dapat hadiah percuma eksklusif seperti Microsoft 365 Personal (ESD), sekotak topeng muka sekali pakai 50 keping dan beg galas JOI® tau.

Oh ya, Ohmedia ada satu berita baik! Kami nak hadiahkan laptop ni kepada sesiapa saja yang bersungguh nakkannya. Cara dia sangatlah mudah. Korang komen jer kenapa korang nak sangat-sangat laptop ni di pos Facebook artikel ini dan Ohmedia akan pilih satu pemenang bertuah yang bakal membawa pulang JOI® SK3000. Tinggal komen jer dah dapat laptop. Jom spam komen banyak-banyak gaiss!

Kalau berminat tapi tak menang pun masih boleh dapatkan JOI® Book SK3000 ni di Lazada & Shopee Official Store JOI and GLOO. Ataupun boleh ke website rasmi GLOO di www.gloo.com.my, SNS Network Official store dan pengedar yang sah seluruh negara.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas