Connect with us

Oh! Media

Nak Jadi Content Creator? vivo Anjur Kempen Visual Creator Cungkil Bakat Baru, Jom Join!

vivo creator 3

Branded

Nak Jadi Content Creator? vivo Anjur Kempen Visual Creator Cungkil Bakat Baru, Jom Join!

Artikel Tajaan · Apa maksudnya?

Bakat yang ada kalau tidak dicungkil sampai bila-bila pun tak akan diketahui kewujudannya. Potensi dalam diri seperti inilah perlu diambil tahu agar kurniaan Tuhan tidak dibazirkan dan dapat dimanfaat bukan sahaja untuk kebaikan diri tapi orang sekeliling.

Inilah yang cuba diusahakan vivo, menerusi kempen Visual Creator yang mengajak rakyat Malaysia mengekspresikan diri mereka menjadi visual creator dan menyerlah kreativiti masing-masing dengan cara tersendiri.

vivo visual creators campaign

vivo memulakan kempen Visual Creator ini dengan featurette arahan Chong Keat Aun, pemenang anugerah berprestij Golden Horse Award 2020. Featurette itu turut dilatari soundtrack mendayu-dayu nyanyian Firdhaus Farmizi. Untuk rekod, salah satu lagu ciptaan Firdhaus kini mendapat perhatian ramai di China.

vivo creator 1

Untuk bahagian kedua kempen yang dijangka bermula April, vivo bekerjasama dengan Malaysia International Film Festival (MIFFest) untuk pertandingan filem pendek (5-minit) bertemakan ‘Joy of Humanity’.

Selain itu, kempen Visual Creator ini juga akan merangkumi pertandingan fotografi selama sebulan dengan tajuk vivo Vision Photography Contest. Kerjasama dengan Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF), peserta akan dikehendaki mengambil gambar mengikut tema ditetapkan setiap minggu sepanjang pertandingan berlangsung.

vivo 5 1

vivo turut bekerjasama dengan produser, jurugambar profesional dan content creator untuk Program MY #X60Series Celebrity Endorsement bagi berkongsi pengalaman menggunakan telefon pintar Siri X60.
Untuk info lebih lanjut mengenai kempen Visual Creator ini, lawati Facebook vivo, Instagram dan website rasmi vivo.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas