Connect with us

Oh! Media

Mudahnya Sokong Peniaga Kecil Ketika Pandemik, Ini Yang Kita Boleh Buat

Peniaga kecil

Branded

Mudahnya Sokong Peniaga Kecil Ketika Pandemik, Ini Yang Kita Boleh Buat

Ketika keadaan serba mencabar seperti sekarang, ramai pemilik perniagaan kecil-kecilan berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk terus beroperasi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Walaupun ramai yang terpaksa menyerah pada situasi semasa, masih ramai lagi yang mampu bertahan dan memerlukan sokongan kita.

Sebagai rakyat prihatin, kita boleh menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Macam waktu sekarang, kita semua lebih memilih berbelanja secara online, jadi rugilah kalau peniaga tidak ambil peluang ini kan? Tak semua boleh terus digitalkan bisnes masing-masing sebab tidak mempunyai kemahiran dalam IT, tetapi ada cara kita untuk membantu mana yang mampu.

Jom kami kongsikan bagaimana kita boleh menunjukkan sokongan kepada peniaga kecil untuk terus bertahan dalam situasi semasa.

1. Beli dari peniaga kecil, harga berpatutan, kualiti superb!

Peniaga kecil

Peniaga kecil-kecilan lebih terkesan secara langsung ketika pandemik. Peniaga kecil ini perlu menanggung kos yang besar walaupun berdepan dengan kekangan waktu operasi, prosedur operasi standard dan cabaran lain.

Mereka bukan sahaja perlu bertahan untuk perniagaan mereka, malah juga menjadi harapan untuk para pekerja sebagai sumber mata pencarian. Mungkin ramai yang belum akan terkejut dengan jenama tempatan yang mempunyai, harga berpatutan dan kualiti barang yang terbaik. Cuba korang try beli satu dulu, mesti lepas ni tak cari yang lain dah.

Melihat keadaan semasa, kita ada lebih banyak sebab untuk mencari peniaga kecil atau jenama tempatan yang bermutu. Kenapa kena berbelanja lebih kalau ada produk kualiti sama tetapi harganya lebih berpatutan?

2. Dah guna atau makan? Share la di Facebook, Instagram, Twitter bagi lagi ramai tahu

Pua kumbu

Setelah anda menjadi pelanggan perniagaan kecil ni, langkah paling mudah untuk membantu mereka adalah dengan berkongsi ulasan atau review mengenai produk tersebut kepada orang sekeliling.

Tak kisahlah dari mulut ke mulut atau lebih meluas di media sosial, sedikit sebanyak ulasan atau review ikhlas korang akan membuatkan rakan, keluarga atau pengikut di laman sosial tahu mengenai produk tersebut. 

Tak semestinya kena ada pengikut berpuluh ribu untuk buat review, yang penting niat ikhlas untuk menolong tu, ok?

3. Mana nak cari peniaga tempatan? Jom kami share!

Sekarang ni, semuanya makin mudah, segalanya ada di hujung jari. Nak tunjukkan sokongan kepada peniaga kecil tempatan? Senang je, boleh check out website Visa Where You Shop Matters, semua ada!

Visa Where You Shop Matters ini adalah inisiatif Visa untuk memperluas pasaran bagi peniaga kecil dengan menyediakan platform yang menyokong peniaga dalam situasi seperti ini. Di mana kita berbelanja sebenarnya penting demi kebaikan ekonomi tempatan. Visa sediakan platform, kita tolong sesama rakyat mana yang patut.

Pengusaha batik

Adanya sokongan Visa juga, peniaga kecil tempatan ini juga diharap dapat lebih dikenali secara online selain dilengkapi dengan kemahiran dan pengalaman bagi terus mengembangkan perniagaan. 

Contohnya perniagaan kecil dari dapur rumah pun boleh berkembang bila ada platform yang bagus. Mana tau satu hari nanti boleh buka kilang pulak kan?

Dari barangan fesyen, makanan, hasil kerja seni, produk kesihatan, barangan rumah, mainan anak, semuanya ada. Cukup lengkap serba-serbi orang kata! Harga berpatutan, kualiti tip-top tapi yang paling penting boleh sokong produk tempatan.

Tunjukkan sokongan kepada peniaga kecil dengan Visa Where You Shop Matters

Bayaran online guna kad Visa

Tak perlu drive jauh, bayar parkir, tol, minyak, bersesak dengan orang ramai lagi. Semuanya lebih mudah dengan Visa Where You Shop Matters. Sebagai rakyat Malaysia, kita boleh melawan pandemik ini bersama-sama dengan membuktikan #KitaJagaKita bukan sekadar hashtag, tetapi sesuatu realiti.

Sempena Hari Merdeka, jom tunjukkan sokongan kepada peniaga kecil tempatan untuk meneruskan perniagaan dengan membeli dan mempromosikan produk ditawarkan mereka. Sedikit sebanyak boleh membantu mereka terus bernyawa dan memberi kehidupan lebih baik sesama kita. Ingat, Where You Shop Matters.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas