Connect with us

Oh! Media

Mudahnya Buat Roti Canai Rangup & Flaky Macam Mamak, Semua Orang Pun Boleh Buat!

Branded

Mudahnya Buat Roti Canai Rangup & Flaky Macam Mamak, Semua Orang Pun Boleh Buat!

Ketika ini, kita digalakkan untuk tidak terlalu banyak keluar dari rumah. Keluar pun bila perlu je. Semuanya untuk keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan orang terdekat juga.

Tapi, macam mana bila teringin makanan seperti roti canai pagi-pagi sebelum bekerja di rumah? Dapat pula yang garing, crispy, memang padu betul lah buat sarapan kan?

Tak payah pening dah fikir macam mana nak dapatkan roti canai sedap sebab dah ada Kawan Malabar Roti! Hasilnya, dapat roti canai super crispy, flaky, sedap macam dekat mamak favourite korang. Paling penting, semuanya boleh buat di rumah je!

Hanya dengan beberapa langkah mudah je, roti canai kegemaran semua siap! Semua orang pun boleh buat, anak lapar pun boleh buat sendiri. Tak renyah tapi hasilnya memang sedap guys!

Langkah mudah masak Malabar Roti Canai Mamak Style

-Malabar Roti canai yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dikeluarkan (roti tidak perlu dinyah beku).

-Panaskan kuali dan masukkan terus Malabar Roti Canai (tidak perlu masukkan minyak masak).

-Terbalikkan Malabar Roti Canai sehingga kedua-dua belah kelihatan kuning keemasan.

-Tepuk-tepukkan Malabar Roti Canai supaya lebih gebu sebelum dihidang. Siap!

Dengan Kawan Malabar Roti, macam ada mamak tolong tebar roti di dapur masing-masing, patutlah hasilnya macam dekat mamak! Sekarang semua orang pun boleh buat dekat rumah, confirm crispy dan flaky.

Kawan Malabar Roti boleh didapati di pasar raya seluruh Malaysia atau order online di SINI.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas