Connect with us

Oh! Media

Raikan Ramadan Tahun Ini Dengan Spicy Nugget & Bucket Kongsi!!

KFC Kongsi Bucket

Branded

Raikan Ramadan Tahun Ini Dengan Spicy Nugget & Bucket Kongsi!!

Menjelang bulan Ramadan ni, confirm ramai yang dah tak sabar nak menyambut bulan mulia ni sebab bukan saja kita memperoleh keampunan daripada yang Esa, malah segala amalan kebaikan yang dibuat akan dilipatkali gandakan! 

Namun, antara amalan yang mudah untuk dilakukan tapi berat untuk dibiasakan adalah bersedekah atau berkongsi sebab sesetengah orang berpendapat rezeki yang diterima belum cukup untuk disedekahkan. Kalau tanya kami, selagi mampu, why not kita beri, betul tak?

Jadi, untuk meluaskan lagi pandangan korang tentang amalan bersedekah, jom kami kongsi 5 kelebihan bersedekah atau berkongsi yang korang perlu tahu!

1. Rezeki Bertambah dan Diberkati

Dengan bersedekah, rezeki yang kita terima akan lebih diberkati dan akan digantikan dengan perkara yang sama atau mungkin dalam bentuk yang lain seperti kesihatan yang baik, kebahagiaan, kesenangan dan banyak lagi tau.

Jadi, kita tak akan rugi walau sezarah pun kalau bersedekah dan berkongsi rezeki sebab semestinya dalam rezeki kita, terletak juga rezeki untuk orang lain. 

2. Mendapat Kelapangan Hati dan Kebahagian

Siapa yang selalu bersedekah, bila tengok reaksi orang yang menerima itu bahagia, confirm korang pun turut merasakan yang sama betul tak?

Seperti yang kita tahu, dalam Islam, kita sangat digalakkan untuk melakukan amal kebaikan sebab ia dapat memberikan kelapangan hati, serta emosi dan fikiran akan jadi lebih tenang. 

3. Mendapat Ganjaran Pahala Berganda

Setiap amalan kebaikan yang kita buat dengan hati yang ikhlas, semestinya Allah akan memberikan ganjaran pahala termasuklah amalan bersedekah. 

Firman Allah: 

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan peroleh pahala yang mulia.”

(Surah al-Hadid:18)

4. Elak Daripada Berasa Sombong dan Kedekut

Dengan bersedekah, kita dapat mengelakkan diri daripada bersikap sombong dan kedekut sebab ia bukan saja melatih diri untuk kongsi kebahagian dengan yang memerlukan, malah mengingatkan kita bahawa semua rezeki yang diberikan adalah hak milik Allah S.W.T. 

5. Sentiasa Berasa Syukur

Bila kita bersedekah atau berkongsi, ianya merupakan salah satu cara untuk kita berterima kasih kepada Allah S.W.T serta mengingatkan kita bahawa segala kurniaan rezeki itu adalah nikmat dan keizinan daripada-Nya. 

Haa, banyakkan kelebihan bersedekah atau berkongsi ni? Jangan tunggu masuk bulan Ramadan baru nak bersedekah ya. Jom kita mula bersedekah dan berkongsi sekarang!

Jom Eratkan Lagi Silaturrahim Bersama Tersayang Dengan KFC Bucket Kongsi!

Anyways, memandangkan bulan Ramadan pun dah dekat, apa kata jom sama-sama kita kongsi rezeki bersama tersayang dengan berkongsi KFC Bucket Kongsi. Menarikan idea ni?

Seperti yang korang tahu, ayam kegemaran rakyat Malaysia ni bukan saja enak untuk dinikmati, malah ia dapat mengeratkan lagi pertalian silaturrahim antara keluarga dan tersayang tau! 

Istimewa menjelang bulan mulia ni, KFC siap hadir dengan Spicy Nugget yang diminati ramai! Siapa yang suka makan nugget daripada KFC tu, haa inilah masanya!

Kalau korang nak tahu, terdapat 3 kombo yang korang boleh dapatkan untuk Bucket Kongsi iaitu: 

Kombo 1: 6 ketul ayam, 6 ketul Spicy Nuggets, 1 tub sos BBQ pedas, 1 kentang putar, 2 air berkarbonat(medium)

Kombo 2: 10 ketul ayam, 9 ketul Spicy Nuggets, 2 tub sos BBQ pedas, 1 kentang putar, 1 air berkarbonat botol(1.5 liter)

Kombo 3: 12 ketul ayam, 9 ketul Spicy Nuggets, 2 tub sos BBQ pedas, 1 kentang putar, 1 air berkarbonat botol(1.5 liter)

Ingat ya guys, dalam setiap rezeki kita, terletak juga rezeki untuk orang lain. Jadi, alang-alang korang beli KFC Bucket Kongsi tu, why not korang berkongsi dengan saudara-mara, jiran tetangga ataupun kawan-kawan! Barulah bermakna bulan Ramadan kali ni! 

Tunggu apa lagi, serbu KFC berdekatan atau pesan secara atas talian di aplikasi KFC untuk pilihan penghantaran atau pandu lalu.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas