Connect with us

Oh! Media

Main Pakai Je, Ini Apa Yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli Mask

Branded

Main Pakai Je, Ini Apa Yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli Mask

Nak ke mana-mana dalam fasa norma baru ni, selain menjaga penjarakan fizikal, yang paling penting kita wajib memakai mask di tempat awam. Semuanya untuk mengelak risiko jangkitan, iyalah, sebab virus kita semua tak nampak, jadi kenalah berhati-hati.

Tapi tahu tak macam mana mask ni berfungsi? Apa yang ada pada mask ni untuk melindungi kita semua? Betul ke boleh elak jangkitan penyakit? Meh baca lebih lanjut di sini.

Mask perubatan atau pembedahan adalah mask pakai buang yang melindungi hidung dan mulut pemakai dari titisan cecair yang mungkin mengandungi kuman. Mask ini juga menapis partikel bersaiz besar yang berada di udara, selain menghalang partikel dari pesakit yang bersin atau batuk dari menjangkiti orang lain.

Tapi macam mana nak pastikan mask perubatan dibeli boleh dipercayai keberkesanannya? Haa, untuk tu kita kena tahu pasal  standard daripada Persatuan Pengujian dan Bahan Amerika (ASTM). ASTM ni organisasi piawaian antarabangsa yang membangun dan menerbitkan piawaian untuk menentukan gred mask dihasilkan.

Untuk mendapatkan gred tersebut, ada beberapa aspek perlu dipenuhi antaranya:

-Keberkesanan Penapisan Bakteria (BFE): Ciri ini untuk mengukur tahap keberkesanan mask perubatan menapis bakteria.

-Keberkesanan Penapisan Partikel (PFE): Mengukur bagaimana mask perubatan menapis partikel sub-mikron dengan andaian virus akan ditapis dengan cara sama.

-Rintangan bendalir: Meminimumkan jumlah bendalir yang boleh tersebar dari lapisan luar menerusi lapisan dalam mask.

-Pensijilan ISO: Semua mask perubatan perlu diuji dengan piawaian antarabangsa (ISO 10993-5, 10) untuk sensitiviti kulit dan cytotoksik bagi memastikan tidak memudaratkan pemakai.

Mask digunakan perlulah mengikut apa yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu mempunyai 3 lapisan. 

Lapisan luar – Fabrik bukan tenun yang bersifat kalis air untuk mengelak titisan dan lembapan dikeluarkan oleh pesakit ketika bercakap, batuk dan bersin.

Lapisan dalam – Menggunakan bahan menyerap air (hidrofilik). Bahan ini perlu lebih lembut untuk mengelak kerengsaan kepada kulit pemakai.

Lapisan tengah – Menjadi penapis dan biasanya menggunakan polipropilena (PP) yang mempunyai ciri elektrostatik yang memerangkap partikel.

Ketika ini amat penting untuk kita dapatkan mask muka dari jenama yang dipercayai seperti Empro, Vircas Medic dan Medicos. Sebabnya ketiga-tiga jenama ini disahkan mempunyai keberkesanan 98% BFE dan PFE. Paling penting, kesemuanya mask muka berkualiti ini boleh didapati di Watsons berhampiran korang hari ini. Risau risiko berada di tempat awam, boleh pesan online di SINI.

Untuk Muslimah boleh pilih Vircas Medic kerana jenama ini tawarkan pilihan untuk mesra hijab dan earloop seperti biasa. Bagi mereka yang prihatin dengan alam sekitar, boleh pilih mask fabrik guna semula. Apa lagi, jom dapatkan semuanya di Watsons sekarang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas