Connect with us

Oh! Media

Mai Lah Penang Ceq Oi, World Wonders Versi Tempatan Ada Kat Sini!

Branded

Mai Lah Penang Ceq Oi, World Wonders Versi Tempatan Ada Kat Sini!

Sebut saja Pulau Pinang, pasti terbayang pelbagai makanan yang ada di negeri Utara Malaysia itu. Dari bermacam nasi kandar, laksa utara, roti canai, murtabak, menu kafe hipster, sehinggalah makanan jalanan, semuanya sedap-sedap! Tak hairanlah Pulau Pinang mendapat gelaran ‘Bandar Foodie Wajib Kunjung Di Asia’ oleh agensi media antarabangsa, Condé Nast Traveler.

Tahu tak selain menjadi syurga makanan, Pulau Pinang ada lebih lagi? Negeri ini mempunyai  Keajaiban Dunia di Pulau Pinang! Ini bermakna, bermacam lagi tarikan menarik disediakan untuk pelancong bertandang dan bercuti ke sini. Suka ka dak hampa?

#1 Trek Terowong Tercuram Di Dunia

Bercuti ke Pulau Pinang tak sah kalau tak ke Penang Hill. Di sinilah terletaknya resort bukit pertama dan tertua di Asia Tenggara yang menjadi tempat bermulanya rel kereta api funikular Penang Hill. Ianya disempurnakan pada 1923 sepanjang 258 kaki dan kecuraman sehingga 27.9 darjah! Ini menjadikan ianya Trek Terowong Tercuram Di Dunia!

Bukan saja mencatat rekod dunia, pengunjung akan turut disajikan panorama memukau saujana mata memandang dari atas bukit ini.  Dari Penang Hill ini, pengunjung dapat menjamu mata melihat pemandangan seluruh George Town selain menikmati kedinginan suhu persekitaran menjadikan lokasi ini wajib dikunjungi jika ke Pulau Pinang.

Bukit Bendera

Alamat: Jalan Stesen Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500, Pulau Pinang 

Telefon: +604-828 8862

Emel: [email protected]

Info: www.penanghill.gov.my

#2 Jambatan Tegangan Altitud Bak-Reben Tertinggi Di Dunia

Masih lagi di Penang Hill, The Habitat adalah lokasi terletaknya  Jambatan Tegangan Altitud Bak-Reben Tertinggi Di Dunia – Langur Way Canopy Walk. Mempunyai beberapa platform tinjau, Langur Way Canopy Walk berketinggian 40 meter dari lantai hutan dan panjang 230 meter.

Jambatan ini juga cukup istimewa kerana direka khas supaya mesra-pokok yang mana tiada pokok ditebang untuk memberi laluan pembinaannya. Melangkah masuk ke sini seperti menjadi sebahagian daripada alam semulajadi, selami dan alami keindahan hutan hujan berusia 130 juta tahun ini sendiri! Selain itu, antara tarikan pelancong lain adalah Curtis Crest Tree Top Walk yang mempunyai platform tinjau 360°. Sukakan cabaran aktiviti lasak? The Flight Of The Colugo memang untuk korang! Ia memiliki 5 zipline, 1 abseil dan 1 rope bridge, tersedia bagi penggemar aktiviti sebegini.

The Habitat Penang Hill

Alamat: Bukit Bendera, 11300 Penang 

Telefon:  +604 826 7677

Emel: [email protected]

Info: www.thehabitat.my

#3 Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia

Diiktiraf sebagai Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia dengan Rekod Dunia Guinness, korang perlukan 4 minit untuk melalui gelongsor 1,111 meter panjang ini. Ia merangkumi cerun 70 meter, zigzag dan laluan silang-menyilang melalui hutan semulajadi. 

Pengalaman ride gelongsor paling tak mungkin dapat dilupakan ini boleh dirasai sendiri di ESCAPE, kira-kira 30 minit dari George Town. ESCAPE turut menawarkan aktiviti menguji ketahanan mental dan fizikal seperti high rope course, zipline, climbing tower serta tarikan mesra kanak-kanak.

ESCAPE

Add: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Penang

Tel:  +604 881 1106

Emel: [email protected]

Info: www.escape.my

#4 Santuari Rama-rama & Serangga Tropika Yang Pertama Di Dunia

Entopia di Penang Butterfly Farm adalah Santuari Rama-rama & Serangga Tropika Yang Pertama Di Dunia. Santuari ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu The Natureland iaitu taman outdoor dan The Cocoon, sebuah pusat pameran dan aktiviti indoor.

Masuk saja ke The Natureland, korang seperti berada dalam vivarium gergasi dengan 15,000 rama-rama dan pepatung bebas berterbangan di seluruh kawasan. Manakala The Cocoon memberi peluang kepada pengunjung untuk belajar lebih mendalam tentang hidupan yang ada dengan aktiviti interaktif. Antara tarikan di sini adalah Pandora Forest, Metamorphosis, Lumino City, Downtown Entopia, Breeding Ground, Underground Mysteries dan Understory Tales.

Entopia by Penang Butterfly Farm 

Alamat: 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Penang

Telefon:  +604 888 8111

Emel: [email protected]

Info: www.entopia.com

#5 Menara Titian Udara Melengkung Pertama Di Dunia

Terletak di salah satu bangunan kebanggaan Pulau Pinang, KOMTAR,  The Top’s Rainbow Skywalk adalah Menara Titian Udara Melengkung Pertama Di Dunia! Pengunjung seakan-akan berjalan di atas udara kerana hanya dipisahkan dengan platform kaca!

Tarikan ini terletak di tingkat 68 KOMTAR dengan tarikan lain wajib cuba seperti Observatory Deck, Jurassic Research Centre, 7D Discovery Motion Theatre, Ocean Explorer, Magic Mirror Maze, Musical Carousel dan Boutique Aquarium.

The Top Penang 

Alamat: 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang

Masa:  12pm – 10pm (Rainbow Skywalk, ditutup pada setiap hari Selasa)

Tel: +604 375 9800

Emel: [email protected]

Info: www.thetop.com.my

#6 Gelongsor Menegak Pertama Di Dunia

Asyik belajar je dalam kelas, mesti dah bosan kan? Nak belajar dengan fun dan menarik? Tech Dome Penang, pusat discovery sains pertama di Pulau Pinang patut korang lawati. Pelbagai pameran dan program serta galeri menyeronokkan dengan topik sains seperti gerakan, elektromagnetisme, robotik dan pelbagai lagi.

Paling penting, tak lengkap jika ke sini kalau tak mencuba G-Drop, iaitu Gelongsor Menegak Pertama Di Dunia!

Tech Dome Penang

Alamat: KOMTAR Geodesic Dome, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang

Masa: 12pm – 8pm (Ditutup pada setiap hari Selasa)

Tel: +604 262 6663

Emel: [email protected]

Info: www.techdomepenang.org

Nak tahu promosi terbaru di lokasi-lokasi tarikan ini? Lawati penangtraveldeals.com di mana ada pelbagai promosi penjimatan untuk penginapan, tempat tarikan dan tour. Ataupun, rancang aktiviti lebih awal dengan berkunjung ke mypenang.gov.my untuk bermacam info lebih terperinci mengenai Pulau Pinang.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas