Connect with us

Oh! Media

Lexis Hibiscus Port Dickson Buat Zoo Atas Laut? Ini 5 Aktiviti Best Boleh Buat Hujung Tahun 2022

Lexis hibiscus pd ohmedia

Branded

Lexis Hibiscus Port Dickson Buat Zoo Atas Laut? Ini 5 Aktiviti Best Boleh Buat Hujung Tahun 2022

Tinggal beberapa hari je lagi kita nak mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2022. Apa kata kalini korang sambut tahun baru sambil bercuti sakan atas laut di Lexis Hibiscus Port Dickson bersama insan tersayang. Barulah semangat sikit nak mulakan tahun baru bersama azam baru yang nak dicapai pada tahun depan kan?

Dca1a528 5002 40ae a431 6265d65dbff7

Dalam banyak-banyak tempat yang Ohmedia usha, Lexis Hibiscus Port Dickson ni adalah lokasi yang paling sesuai untuk sambut tahun baru sebab ada pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat usia bermula dari jam 5 petang. Sumpah pack gila aktiviti!

Zoo atas laut siap dengan Bufet BBQ Antarabangsa

C8a966b9 f09a 4059 968c e7303dd1e1a5

Korang boleh bawa anak-anak sertai pelbagai aktiviti menarik di karnival permainan ataupun pergi ke zoo atas laut untuk tengok sendiri depan mata haiwan peliharaan yang ada di sana. Mesti anak-anak suka punya!

Untuk makan malam tak perlu risau sebab korang boleh nikmati Bufet BBQ Antarabangsa yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan barbeku termasuk pembuka selera dan pencuci mulut.

Santai layan persembahan muzik dan tonton filem

0114a265 ee9d 47fa 8c0c d9416378ca64

Lepas perut pun kenyang makan malam, korang boleh layan persembahan muzik secara langsung dan parti menari bersama DJ yang memainkan lagu-lagu terhangat. Bukan tu jer, nak bersantai tonton filem bawah bintang pun boleh dengan outdoor cinema yang tersedia.

Persembahan sebelum Countdown New Year, ada cabutan bertuah

Ef27f93d 7d0b 4129 8ec2 6643d9fff558

Tahu masing-masing tak sabar nak tengok bunga api yang menandakan detik masuknya tahun baru kan? Tapi sebelum tu korang boleh layan dulu persembahan aksi api yang tersedia. Bukan tu jer, mungkin korang salah seorang yang akan pulang ke bilik tanpa tangan kosong sebab ada cabutan bertuah dan macam-macam lagi.

Pakej NYE Countdown Getaway Lexis Hibiscus

99c38498 ca0c 4a33 a871 0441cde28211

Korang boleh pilih pakej sama ada nak stay 2 hari 1 malam yang bermula dengan harga RM1,300 dari 31 Disember 2022 – 1 Januari 2023, ataupun 3 hari 2 malam yang bermula dengan harga RM2,600 dari 30 Disember 2022 – 1 Januari 2023 ataupun 31 Disember 2022 – 2 Januari 2023.

1cf8fecb 3d05 4795 bbe7 8f8a0cf60571

Dengan pakej NYE Countdown Getaway Lexis Hibiscus Port Dickson yang dipilih, korang juga akan dapat akses ke kolam renang dan bilik stim dalam bilik sendiri, sarapan harian, makan malam Bufet BBQ Antarabangsa di pantai, akses ke FUNTASTIC COUNTDOWN CARNIVAL dan beg cenderahati dengan barangan pesta edisi terhad yang eksklusif.

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk sambut tahun baru dengan pelbagai aktiviti menarik sambil bercuti sakan di Lexis Hibuscus Port Dickson ni gais.

F26b119f 50b0 42dd 9728 5a10154aee7d

Kalau korang berminat, boleh tempah bilik penginapan di https://www.lexishibiscuspd.com/ atau hubungi mereka di [email protected] / +603 2083 0933 sekarang sebelum bilik habis ya.

Jangan lupa untuk berkongsi momen terindah ini dengan hashtag #MYLexis dan tag @lexishibiscus di Instagram, @lexishibiscuspd di Facebook atau @lexishotelgroup di TikTok sekali nanti.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas