Connect with us

Oh! Media

Lebih RM1.5 JUTA Untuk Dimenangi, Cuma Kena Kumpul, Kumpul & MAE-nang Dengan ASNB!

Branded

Lebih RM1.5 JUTA Untuk Dimenangi, Cuma Kena Kumpul, Kumpul & MAE-nang Dengan ASNB!

Menyimpan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) menjadi pilihan ramai. Sebab itulah jenis pelaburan ini bagaikan satu kewajipan untuk kebanyakan daripada kita.

Tapi, tahu tak, sekarang makin senang nak melabur setiap bulan? Yang penting, untuk keselamatan diri dan semua, tak perlu lagi beratur panjang di kaunter untuk membuat ASB sehingga mungkin tiada penjarakann fizikal. Lagi mudah, sebab tiada sentuhan fizikal dengan perbankan online.

Macam mana? Menarik kan? Segalanya lebih mudah dengan MAE oleh Maybank2u! Masuk je gaji, buka aplikasi MAE, website M2U atau aplikasi Maybank, boleh terus buat pemindahan dana ke akaun ASB. Semudah itu! Tak perlu lagi bersusah ke kaunter untuk melabur, lebih senang dan selesa. Jimat masa, tenaga dan paling penting selamat.‘Tapi, saya bukan pengguna Maybank, boleh ke guna MAE untuk ASB?’ Mestilah boleh! Hanya perlu muat turun aplikasi MAE, daftar akaun MAE dan boleh terus nikmati promosi daripada Maybank.

Bukan tu saja guys! Ada yang lagi exciting lagi untuk korang! Ada hadiah bernilai lebih RM1.5 JUTA untuk korang yang melabur dalam ASB menggunakan aplikasi MAE. Biar betul, melabur untuk masa depan pun boleh dapat hadiah lagi? Ini betul-betul guys! Semuanya dengan Kumpul, Kumpul & MAE-nang dengan ASNB.

Hanya perlu ikut beberapa langkah mudah, dan korang berpeluang menang hadiah lumayan seperti jumlah wang tunai sehingga RM1 juta seperti berikut:

Hadiah Utama

Pertama: RM15,000

Kedua: RM10,000

Ketiga: RM7,500

Saguhati: RM1,000

Hadiah Bulanan

Pertama: RM1,000

Kedua: RM500

Ketiga: RM250

Saguhati: RM100

Istimewa untuk pelanggan Maybank yang menyertai kempen, berpeluang memenangi hadiah khas iaitu:

Korang hanya perlu pindah minimum RM10 dari mana-mana saluran M2U atau aplikasi MAE ke dalam akaun ASB dan dianggap telah membuat penyertaan. 

Kempen berlangsung dari 15 April hingga 14 Julai 2021. Sempat lagi nak join.

Walaupun korang dah buat pelaburan ASB melalui Maybank, Korang masih boleh sertai setiap kali membuat penambahan jumlah pelaburan untuk memenangi hadiah wang tunai daripada ASNB. Bukan tu je, korang juga berpeluang menang hadiah daripada Maybank, eksklusif untuk pelanggan Maybank sahaja. Untungnya jadi pelanggan Maybank!

Transaksi ASB dari akaun saving, current dan MAE dengan nilai minimum RM10 melayakkan korang untuk berpeluang menang hadiah lumayan lebih  RM1.5 JUTA ini. Pemenang akan diumumkan 60 hari selepas kempen tamat.

Kalau korang tak pernah buat pemindahan dana ke akaun ASB menggunakan MAE, tonton video langkah-langkah di atas. Senang je guys, tak perlu risau. Yang penting tak perlu ke kaunter, beratur, semua tu makan masa. Sekarang, di mana-mana pun boleh buat pemindahan untuk melabur ASB. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Kumpul Kumpul & Menang dengan ASNB ini, korang bolehlah lawati website Maybank2u sekarang. Lebih RM1.5 JUTA, mana nak dapat lepas ni? Jom sertai sekarang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas