Connect with us

Oh! Media

Lebih Ringan, Fungsi Ditambah Baik & Mampu Milik. Ini Sebab Kenapa HUAWEI Band 8 Berbaloi Dimiliki!

Branded

Lebih Ringan, Fungsi Ditambah Baik & Mampu Milik. Ini Sebab Kenapa HUAWEI Band 8 Berbaloi Dimiliki!

Lepas sambut hari Raya haritu, kami yakin confirm ramai yang dah mula nak bersenam semula untuk bakar segala rendang, ketupat dan macam-macam lagi daripada badan agar kekal sihat dan aktif betul tak? Hahaha, sama lah kita~

Namun, perkara paling susah dan liat nak buat adalah mulakan rutin senaman itu sendiri. Tapi, korang jangan risau sebab kami nak share satu jam pintar yang pastinya akan buat korang seronok dan tak sabar nak mula bersenam iaitu HUAWEI Band 8! 

Bermula 1 hingga 5 Jun 2023, korang boleh pra-tempah HUAWEI Band 8 dan akan dapat diskaun bernilai RM50 secara eksklusif di HUAWEI Flagship Store di Lazada, siap tambahan diskaun sehingga RM20, dan dapatkan HUAWEI Band 8 pada harga serendah RM149! 

Kalau nak tahu, jom kami kongsikan!

Kena Dengan Semua Jenis Outfit, Band 8 Hadir Dengan Rekaan Lebih Trendy!

Tipulah kalau korang kata korang tak bersiap dari kepala sampai kaki bila nak keluar, lagi-lagi kalau nak jumpa dengan orang yang penting betul tak? First impression matters tau!

Namun, sebut saja jam pintar, confirm ramai yang akan ada second thoughts untuk pakai sebab rekaannya yang tak mesra dengan outfit yang dipakai… 

Nah, korang tak perlu susah-susah fikir tentang perkara ni sebab dengan jam pintar HUAWEI Band 8, korang boleh padankan jam tangan pintar dengan apa saja pemakaian korang! 

Untuk pengetahuan, HUAWEI Band 8 ini hadir dengan ciri AMOLED yang direka tanpa bezel serta mempunyai rekaan yang bersudut, menjadikan ia kelihatan lebih elegan dan kena dengan semua jenis tangan! 

Menariknya, korang boleh padankan outfit dengan pelbagai jenis tali jam sebab HUAWEI Band 8 ini hadir dengan rekaan inovatif yang mana korang hanya perlu tekan untuk menanggalkan tali, dan padankan dengan pakaian yang berbeza. Senangkan? 

Selain itu, terdapat perkongsian daripada pengguna di media sosial menyatakan bahawa korang juga boleh tukar hias latar HUAWEI Band 8 mengikut baju yang korang nak pakai tau! Paling penting, jam pintar ini sangat ringan iaitu seberat 14 gram saja! Menariknya! 

Hadir Dengan 4 Ciri Kesihatan Profesional, Mampu Pantau Keberadaan Semasa!

Lain jam pintar semestinya menawarkan ciri yang berlainan. Tapi, kalau korang tanya kami apakah ciri menarik yang ada pada HUAWEI Band 8 yang lebih advance daripada jam pintar lain adalah ia hadir dengan 4 ciri pengurusan kesihatan profesional! 

1. HUAWEI TruSleep 3.0

Untuk korang yang jenis susah nak tidur atau jenis yang senang terjaga, korang memang wajib pakai HUAWEI Band 8 sebab ia hadir dengan ciri HUAWEI TruSleep 3.0 yang dapat pantau tidur korang serta memberikan tips untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Bestnya!

2. HUAWEI TruSeen 5.0

Selain itu, kalau korang jenis bersukan dan nak jejak kadar degupan jantung atau tentang kesihatan secara umum, HUAWEI TruSeen 5.0 hadir bantu menerusi ciri SpO2 yang dapat pantau untuk memastikan kesihatan sentiasa terjaga tau!

3. HUAWEI TruSport

Siapa yang suka workout, kita geng dan kami yakin korang akan suka dengan ciri HUAWEI TruSport ni sebab ia hadir dengan 100 jenis rutin senaman yang dapat menjamin kecergasan korang. Jadi, lepas ni korang boleh pilih senaman tanpa perlu pening kepala nak fikir!

4. HUAWEI TruRelax

Ciri terakhir ni buat kami rasa sangat kagum sebab ia akan beri peringatan tentang aktiviti yang berfungsi seiring dengan Health Clovers menerusi aplikasi HUAWEI Health dalam memastikan kita sentiasa bermotivasi untuk kekal sihat dan aktif sepanjang hari. Awww, bagusnya!

Pengecasan Paling Pantas & Mampu Bertahan Sehingga 14 Hari!

Bila sebut tentang teknologi ni, confirm antara masalah yang korang concern adalah jangka hayat bateri betul tak? Bukan apa, kadang-kadang bateri cepat habis, bila nak cas, kena tunggu lama pula…

Tapi, korang jangan risau sebab berdasarkan pengalaman-pengalaman orang yang pernah menggunakan HUAWEI Band 8 ni, rata-rata semua approve dengan jangka hayat bateri jam pintar ini tau! Macam ni barulah onz nak beli!

Untuk pengetahuan, HUAWEI Band 8 ini menyokong jangka hayat bateri sehingga 14 hari, 9 hari untuk penggunaan biasa dan sehingga 3 hari untuk mod AOD (always on display). 

Paling best, ada pengguna berkongsi di media sosial menyatakan HUAWEI Band 8 ini mampu bertahan sehingga 2 hari penggunaan dengan hanya pengecasan selama 5 minit saja. Wow, memang terbaiklah!

Untuk pengecasan penuh pula, korang hanya perlu tunggu sehingga 45 minit saja, bersamaan dengan satu episode drama. Haa, jadi lepas ni kalau korang nak cas penuh, pastikan korang dah ada drama nak tengok okay! 

Jejak Aktiviti Harian Dengan HUAWEI Band 8!

Dalam banyak-banyak ciri yang kami kongsikan ni, korang suka yang mana? Kalau tanya kami, semestinya ciri HUAWEI TruSport dan HUAWEI TruSleep 3.0, maklumlah kerja sebagai penulis ni tak banyak masa untuk diri sendiri! 

Anyways, kalau korang berminat dengan ciri yang ada pada HUAWEI Band 8 dan ingin cuba sendiri pengalaman menggunakan jam pintar tersohor HUAWEI, ini lah masanya sebab korang boleh dapatkan pada harga yang jauh lebih berpatutan berjumlah RM149 saja! Biar betul?!

Jadi, pra-tempah HUAWEI Band 8 sekarang di HUAWEI Flagship Store di Lazada bermula 1 sehingga 5 Jun 2023. Psst, ajak kawan-kawan dan keluarga, barulah vibe!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas