Connect with us

Oh! Media

Branded

Lawan Diabetes untuk Kehidupan Berkualiti

Diabetes adalah penyakit kronik yang berkait rapat dengan paras glukosa yang tinggi. Namun begitu, adakah anda tahu bahawa pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit kardiovaskular (CVD) seperti penyakit jantung dan strok berbanding dengan orang lain? Di Malaysia, CVD adalah punca utama kematian dengan rekod hampir 35% daripada jumlah kematian.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, terdapat kira-kira 3.9 juta rakyat Malaysia yang hidup dengan diabetes. Kadar ini telah meningkat dari 13.4% pada tahun 2015 kepada 18.3% pada tahun 2019. Ini bermaksud hampir 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini menghidap diabetes dan ia telah menjadikan Malaysia sebagai “Negara Paling Manis di Asia”. 

Walaupun kebanyakan pesakit diabetes adalah daripada golongan pertengahan umur dan golongan tua, trend diabetes dalam kalangan golongan muda juga semakin ketara.

Dalam era yang serba pantas ini, individu dari semua peringkat umur sangat mudah terjerumus ke dalam gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, termasuk individu yang bekerja dan warga emas yang sudah bersara.

Kekerapan makan makanan ringan seperti kuih muih, apam balik dan lain-lain yang kebiasaannya tinggi dalam kandungan gula, natrium dan lemak, menjadi punca berlakunya pertambahan berat badan.

Tambahan lagi, kurang melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara konsisten turut mengakibatkan obesiti dan meningkatkan risiko menghidap diabetes.

Bagaimana Mengekalkan Kesihatan Tubuh Badan?

Apakah cara-cara yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan badan yang sihat?  Anda boleh bermula dengan senaman ringkas seperti berjalan pantas, lompat bintang, tekan tubi, mencangkung atau plank

Selain itu, banyak kajian telah menunjukkan bahawa pengubahsuaian diet seperti amalan diet serat tinggi dan diet dengan nilai indeks glisemik (GI) rendah boleh membantu mengawalkan paras glukosa darah dan mengurangkan risiko menghidap diabetes.

Pengambilan makanan berserat tinggi dan GI rendah boleh membantu mengawal paras glukosa darah selepas makan dengan memperlahankan penghadaman serta meningkatkan paras gluokosa darah secara beransur-ansur.

Kawal Paras Glukosa Darah Secara Semula Jadi dengan Biogrow® Oat BG22®

Oat beta-glukan adalah serat larut yang boleh didapati dalam lapisan luar bijirin (bran oat). Beberapa kajian telah melaporkan bahawa oat beta-glukan degan berat molekul tinggi dan viskositi tinggi memainkan peranan penting dalam pengawalan paras glukosa darah.

Berat molekul oat beta-glukan yang tinggi ini melambatkan peningkatan paras glukosa darah selepas makan kerana ia menyebabkan makanan dicernakan dengan lebih perlahan.

Apabila beta-glukan daripada oat dengan berat molekul tinggi dicerna dalam badan, ia akan membentuk bahan seperti gel pada lapisan perut dan usus kecil.

Melalui proses ini, penghadaman dan pengambilan karbohidrat ke dalam aliran darah akan mengambil masa yang lebih lama. Ini secara tidak langsung meningkatkan glukosa darah secara beransur-ansur dan membantu insulin menjalankan fungsinya dengan lebih cekap. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) telah meluluskan manfaat pengambilan oat beta-glukan boleh menyumbang kepada pengawalan paras glukosa darah yang tinggi selepas makan dengan tuntutan kesihatan seperti berikut:

  • 3g oat beta-glukan sehari membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah
  • Serat larut oat (beta-glukan) membantu dalam merendahkan peningkatan paras glukosa darah dengan syarat ia tidak dimakan bersama dengan makanan lain.
  • Pengambilan beta-glukan daripada oat menyumbang kepada penurunan glukosa selepas makan.

Pengambilan 2 sudu/paket Biogrow® Oat BG22® serbuk bran oat (≈18g) harian dapat membekalkan 3g bioaktif oat beta-glukan dari Sweden yang TERBUKTI SECARA KLINIKAL dan bukan sahaja boleh membantu menurunkan paras kolesterol, malah ia juga boleh mengawal paras glukosa darah.

Oleh tu, Biogrow® Oat BG22® sesuai untuk individu yang mempunyai glukosa tinggi dan individu yang mempunyai paras kolesterol tinggi. Produk ini juga sesuai untuk pesakit pra-diabetes dan diabetes kerana Biogrow® Oat BG22® mengandungi GI (<55) rendah yang membantu mengawal paras glukosa darah selepas makan.  

Biogrow® Oat BG22® juga mempunyai keterlarutan yang baik, kalori yang rendah, kandungan serat yang tinggi dan tanpa laktosa, penambahan gula, bahan tiruan dan pengawet.

Biogrow® Oat BG22® boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara dan Kedai Rasmi Biogrow Official Store di Shopee Mall.

Artikel ini dibawa kepada anda oleh Legosan (Malaysia) Sdn. Bhd. Untuk maklumat yang lanjut, sila hubungi 03-7956 2220 (Isnin-Jumaat; 9am – 5pm) atau email pertanyaan anda kepada [email protected].

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas