Connect with us

Oh! Media

Korang Terlalu Baik? Ini Rupanya 3 Tanda Kita Telah Dipergunakan Kawan Sendiri

Branded

Korang Terlalu Baik? Ini Rupanya 3 Tanda Kita Telah Dipergunakan Kawan Sendiri

Zaman sekarang ni masih ada lagi ke kawan yang boleh digelar sebagai sahabat? Kita semua mesti ada kawan yang layak dipertahankan dan ada juga kawan yang mesti ditinggalkan. Ohmedia nasihatkan, korang jauhkanlah diri dari orang yang gelar dirinya kawan kita, tapi suka gunakan kita hanya untuk kesenangan dia sahaja. Bukan putus saudara ok, tak baik pula nanti. Hanya jauhkan diri jer.

Apa agaknya ciri-ciri kawan yang pergunakan kita? Aha, kat sini Ohmedia ada 3 tanda-tanda orang yang pergunakan kita.

1. Kawan yang muncul di masa mereka perlukan kita sahaja

Ohmedia percaya, tanda-tanda pertama ni memang selalu kita kena sebab sikap macam ni memang tak boleh digelar sebagai sahabat sejati yang sentiasa ada bersama kita dalam susah dan senang. Spesis macam ni memang wujud masa mereka perlukan kita jer, lagi-lagi bila mereka dalam kesusahan. Tapi bagi Ohmedia kita kena pandai menilai juga, sekiranya benar dia memang dalam keadaan susah dan memerlukan kita, apa salahnya untuk kita membantu. Betul tak?

2. Mempergunakan kelebihan dan kemampuan yang kita ada

Tak salah sebenarnya bila kita memberi atau berkongsi kelebihan atau kesenangan yang kita ada kepada kawan-kawan. Tapi, siapa tak sakit hati bila seorang kawan itu hanya nak bersama kita bila kita ada semua benda. Lepas tu, guna dan pinjam barang kita macam hak dia dan ada juga yang buat-buat lupa gunakan barang kita.

Kalau jumpa spesis macam ni, cuba sekali tu cakap tak boleh, tengok apa reaksi diaorang, mesti kata kita kedekut, haha.

3. Korang macam ATM bergerak untuk mereka

Yang ni memang Ohmedia banyak sangat dengar dari pengalaman orang lain, Ohmedia sendiri pun pernah kena sebenarnya. Kita ni bila kawan ada masalah kewangan, mesti akan cuba tolong, tapi janganlah sampai semua benda nak meminjam. Sampai bila time lepak sama tu, liat betul nak pergi bayar, sebab anggap ada orang akan bayarkan. Kawan macam ni, korang cuba jer satu hari tu, suruh dia payung makan, tengok di on tak on.

4. Gunakan member tersayang untuk dapatkan 100,000 dalam masa 24 jam!

100,000 dalam masa 24 jam? kejam betul! Tapi ni bukan RM100 ribu, tapi minta member tolong dapatkan 100,000 langkah jer. Kalau minta tolong ni tak apa, sebab inilah kawan sejati yang nak tengok kta sentiasa amalkan gaya hidup sihat.

Ramai juga yang Ohmedia tengok tak percaya yang kita semua sebenarnya mampu untuk selesaikan cabaran 100,000 langkah dalam masa satu hari ni. Belum cuba belum tahu geng!

Kalau korang perasan, baru-baru ni Ohmedia ada naikkan satu video cabaran 100,000 langkah dalam masa 1 hari yang disahut team Ohmedia yang sangat Ohsem ni! Tak percaya Ohmedia berjaya capai 100,000 langkah? Korang tengoklah sendiri cara team Ohmedia capai dalam masa kurang 24 jam!

Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS


Jadi sekarang, Ohmedia nak cabar korang pulak untuk selesaikan 100,000 langkah dalam masa 24 jam! Lepas tu korang cabar lah kawan-kawan korang. Sebenarnya 100PLUS lah yang wujudkan acara sihat, santai dan menarik macam ni. Untuk korang jugak kan? Senang jer nak join.

Ohmedia mula-mula rasa macam banyak jugak 100,000 langkah ni, tapi tak banyak pun sebenarnya, cukup dengan korang kekal aktif dan banyakkan bergerak, sedar-sedar dah lebih 100,000 langkah. Macam yang Ohmedia buat dekat atas tu.

Lagipun korang boleh juga buat sama-sama dengan kawan, yang penting tak lebih dari 10 orang. Lepas tu, buat video 1 minit sebagai bukti korang berjaya capai 100,000 langkah.

Jangan lupa ‘public‘ kan account Facebook dan Instagram korang dan paling penting, korang kena tunjukkan berapa jumlah langkah yang tertera dekat tracker korang.

Dalam video tersebut, korang wajib pamerkan sekurang-kurangnya, satu produk 100PLUS. Jangan lupa masukkan sekali #100PLUSAktifkanMalaysiaku dan #SeratusribuSehari dekat caption korang!

3 video yang paling kreatif bakal memenangi smart watch dari 100PLUS pada 20 November 2019 nanti. Untuk info lanjut korang klik di sini ya!

Sekali lagi Ohmedia ucapkan tahniah kepada team yang berjaya habiskan cabaran 100,000 langkah dan terima kasih kepada team yang bertungkus lumus siapkan video untuk tontonan korang semua.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Trending

ITTIFY

To Top