Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Anak Tirikan Sesetengah Rakyat? Ini Fakta Bantuan Kerajaan Korang Kena Tahu

Branded

Kerajaan Anak Tirikan Sesetengah Rakyat? Ini Fakta Bantuan Kerajaan Korang Kena Tahu

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020, tidak sedikit yang terkesan. Ada yang kehilangan kerja, gaji dipotong dan cuti tanpa gaji. 

Dari satu PKP ke PKP seterusnya, semakin ramai yang terkena tempias. Rakyat kemudiannya meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial peribadi atau pun di page-page Facebook dengan harapan suara mereka didengar.

Bermacam komen dan pendapat boleh dilihat. Tapi, betul ke kerajaan hanya ‘menjaga’ sesetengah golongan dan meminggirkan sesetengah golongan lain?

M40 tidak diketepikan

Walaupun lebih banyak fokus diberikan kepada bantuan untuk golongan B40, golongan pertengahan M40 sebenarnya tidak diketepikan seperti didakwa sesetengah pihak. 

Antaranya, isi rumah M40 akan menikmati bantuan kewangan RM250 manakala bujang akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, bantuan itu dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.

Bantuan Hilang Pekerjaan RM500

Bantuan Hilang Pekerjaan RM500

Bantuan secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan untuk M40 terjejas. Bantuan kehilangan pekerja ini hanyalah untuk mereka yang tergolong di dalam golongan B40 sahaja dan berumur antara 21 hingga 60 tahun. 

Pihak LHDNM, KWSP dan juga PERKESO akan mengesan anda mengikut sistem mereka, jadi, tiada pendaftaran diperlukan.

Kaum wanita tidak dilupakan

MyKasih Kapital COVID 19

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM2 juta bagi program MyKasih Kapital untuk membantu usahawan wanita yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Suntikan dana MyKasih Kapital akan bergantung kepada jenis perniagaan iaitu minimum RM500 dan maksimum RM1,000.

Penangguhan bayaran pinjaman (moratorium)

Golongan berpendapatan pertengahan (M40) juga menerima manfaat moratorium daripada kerajaan. Selaras dengan ini, kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) menyahut permintaan rakyat untuk memberikan moratorium, kepada lebih ramai pihak yang layak.

PM mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

yang  memperluaskan pemberian moratorium pinjaman secara automatik kepada semua golongan termasuk B40, M40 dan T20, di samping perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas dengan pelaksanaan PKP.

Cara-cara mohon moratorium

1. Layari laman sesawang bank anda untuk mengetahui cara memohon melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon

2. Berikan butiran peribadi dan butiran pinjaman/pembiayaan anda dan pilih bantuan bayaran balik pinjaman yang diperlukan

3. Teliti dan terima terma dan syarat

4. Bank akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari (untuk individu) atau 14 hari (untuk perusahaan mikro dan PKS). 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BNM di SINI.

Apa itu PEMULIH?

PM Muhyiddin umum PEMULIH

Prihatin dan peka dengan suara rakyat, kerajaan mengumumkan RM150 bilion untuk rakyat yang terkesan dengan impak pandemik ini menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pakej ini telah diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu rakyat menghadapi Covid 19.

Apa benda PEMULIH ni? Mesti ramai tertanya-tanya kan? PEMULIH secara ringkasnya ada 3 matlamat utama iaitu: Meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi. Pakej ini disasarkan untuk golongan B40 dan juga M40 yang terjejas.

Fokus Pertama: Meneruskan agenda prihatin rakyat

BPR Tambahan PEMERKASA

RM10 bilion bantuan tunai akan disalurkan kepada rakyat sehingga hujung 2021 termasuklah di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan. 

Bagi setiap Parlimen juga, RM300,000 diperuntukkan bagi menyediakan Bakul Makanan sebanyak RM100 sebulan. Untuk memeriksa kelayakan menerima bantuan, boleh klik di LINK INI.

Situasi semasa bukan sahaja memberi impak kepada kewangan dan ekonomi rakyat, malahan kesihatan mental secara amnya. Untuk itu, badan bukan kerajaan terlibat akan menerima RM15 juta bagi menangani masalah sosial seperti kesihatan mental, gelandangan serta isu lain yang berkait dengan masyarakat setempat.

Fokus Kedua: Menyokong perniagaan

Pemulih Program Subsidi Upah

Seperti yang sudah kita sedia maklum, tidak sedikit perniagaan terjejas atau lebih teruk terpaksa ditutup kerana wabak ini. Untuk mengelak situasi ini semakin serius, kerajaan melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0. 

Program ini mendapat peruntukan RM3.8 bilion dengan setiap pekerja bakal mendapat RM600 untuk 4 bulan dan dijangka memanfaatkan 2.5 pekerja.

Fokus Ketiga: Meningkatkan vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

Dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus menjadi keutamaan. Sebanyak RM400 juta diperuntukkan bagi menampung 130% populasi rakyat, lebih 10% berbanding sebelumnya.

Macam mana nak tahu kelayakan dapat bantuan?

Belanjawan 2021, PEMERKASA

Mesti ramai tertanya-tanya kan, apa yang akan dapat setiap kali bantuan kerajaan diumumkan. Tak payah risau, senang je, korang klik je DI SINI. Kemudian pilih 3 kategori utama yang korang nak tahu seperti Individu & Isi Rumah, Perniagaan & Majikan serta Komuniti.

Selepas memilih kategori korang seperti yang diperlukan, skrin akan memaparkan beberapa kategori bantuan yang disediakan dari aspek kewangan, pekerjaan, pembiayaan, pendidikan & latihan, perlindungan sosial dan kesihatan. Semua pun ada!

Jom kita sama-sama berperang melawan COVID-19 dengan cara masing-masing, semoga segalanya akan kembali pulih. Kita mesti menang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas