Connect with us

Oh! Media

Bila Ada Cubaan Musnahkan Keluarga, Ketua Mafia Dah Meninggal Tiba-Tiba Muncul…

171b4242 7a37 4966 91f4 f3605f3b10d7

Branded

Bila Ada Cubaan Musnahkan Keluarga, Ketua Mafia Dah Meninggal Tiba-Tiba Muncul…

Apa yang jadi bila ayah yang disangka sudah meninggal dunia, sebenarnya, mungkin masih hidup? Dah kenapa nak palsukan kematian sampai macam tu sekali? Adakah sebab nak lindungi harta keluarga? Sebab kuasa? Atau ada sebab lain?

Tapi bila ayah yang dikatakan sudah meninggal tu seorang ketua mafia, semuanya mungkin! Jo (lakonan Remy Ishak) menyedari bahawa ayahnya, Baha Don (Othman Hafsham), mungkin masih hidup. 

4a7276ab 956f 41b4 92d4 ccae1728b69d

Jo yang terpaksa pulang ke Malaysia sebelum ini terpaksa melupakan cita-citanya sebagai chef selepas bapanya meninggal dunia. Alih-alih dapat tahu, mungkin Baha Don, masih hidup? Memang penuh dengan plot twist!

Menurut Khir Rahman yang memegang watak Mat Don,

Tak mungkin boleh teka kehidupan keluarga Baha Don, plot twist memang gila, bro. – Katanya ketika pelancaran virtual siri ini di Youtube baru-baru ini.

Bukan saja banyak plot twist, untuk kali ini khabarnya ada yang nak musnahkan keluarga Baha Don! Alamak, siapa pula berani cari pasal dengan keluarga mafia ni? Adakah ‘associate’ adalah dalangnya? Atau Baha Don ada musuh lain? Nak tahu, siapa punca, kenalah tonton sampai habis siri komedi ini.

414e53d7 52e1 41dd 81e7 f88579e55ccf

Bagi musim yang pertama, Siri Viu Original, Keluarga Baha Don telah berjaya memenangi dua anugerah di Asian Academy Creative Awards (AACA) pada tahun 2019. Sejak disiarkan pada Julai 2019, drama bersiri ini telah pun memperoleh sebilangan besar peminatnya sendiri. 

Pelakon-pelakon terdahulu yang membintangi siri asal Keluarga Baha Don seperti Remy Ishak (Jo Don), Jihan Muse (Kesuma), Mark Adam (Angelito), Khir Rahman (Mat Don), Susan Lankester (Mama Don), Sharifah Aleysha (Ucu Don), Melissa Campbell (Suzi Faye), kembali lagi dalam sekuel kali ini.

D32b25e0 5b39 4ecf 8192 a82b0f762fd7

Menariknya untuk musim kali ini, penonton juga dapat menyaksikan penampilan istimewa daripada pelakon hebat seperti Tony Eusoff, Amy Mastura, Azman Hassan dan Marsha Milan!

9ce2a9cd 2ab3 4247 9861 e4481c21033c
00df8a5d 9949 4b1c 83bb 553426a40910

Jangan lupa untuk saksikan Keluarga Baha Don musim 2 hari ini di Viu. Anda juga boleh muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store dan Google Play. Boleh juga layari Viu di www.viu.com. Apa tunggu lagi, jom muat turun Viu sekarang!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas