Connect with us

Oh! Media

Jualan Ulang Tahun ke-11 Pesta IT, Korang Boleh Dapat Komputer Riba Dengan Diskaun Sehingga 60%

Promosi Komputer Riba NB Plaza

Branded

Jualan Ulang Tahun ke-11 Pesta IT, Korang Boleh Dapat Komputer Riba Dengan Diskaun Sehingga 60%

Siapa yang tengah mencari komputer riba dengan performance laju untuk design grafik dan bermain video game pada harga berpatutan? Ni Oh! Media ada berita baik untuk korang!

Sempena menyambut ulang tahun ke-11 Pesta IT di NB Plaza, korang boleh dapatkan pelbagai jenis komputer riba dengan diskaun penjimatan sehingga 60% yang berbaloi dan baucar tunai RM200 tau! Wow, bestnya!

Untuk korang yang masih keliru nak beli komputer riba apa, meh sini kami kongsi 4 komputer riba yang korang wajib dapatkan.

DELL Inspiron 15 3000

Haa, kalau korang nak processor yang laju dan perform untuk korang buat kerja nanti, korang patut dapatkan DELL Inspiron 15 3000(3511) sebab ia menyokong 11th Generation Intel® Core™ i5-1135G7 processor di mana mempunyai kelajuan sehingga 4.2GHz. Mantap!

Bukan itu sahaja, komputer riba ini juga mempunyai memory sehingga 8GB dan storage sehingga 512GB tau. Jadi, korang tak perlu risau lagi kalau korang ada banyak kerja yang nak disimpan dalam komputer riba ni.

Selain itu, kalau korang nak visual yang menarik serta tidak menyakitkan mata bila duduk di depan skrin, komputer riba ini sesuai untuk korang sebab ia mempunyai keluasan skrin 15.6 inci FHD serta anti-glare LED dan paparan Backlight Non-Touch Narrow Border WVA. Wow!

DELL INSPIRON 15 3000

Selain itu, kalau korang mempunyai banyak kerja yang perlu dibuat dan memerlukan multitasking, korang perlu dapatkan DELL Inspiron 15 3000(3510)

Komputer riba ini hadir dengan Intel® UHD Graphics 600 serta graphics memory yang mana ia dapat membantu korang untuk melakukan kerja dengan lebih efisen sebab ia menyediakan kualiti grafik yang baik ditambah pula dengan kad Grafik. Seriuslah?

Bukan itu sahaja, DELL Inspiron 15 3000(3510) ini turut didatangi dengan Intel® Celeron® Processor N4020 disertakan dengan 4MB cache sehingga 2.8GHz yang mana ia mempunyai kelajuan sistem yang bagus bila menjalankan program atau memuat turun fail. Terbaik!

Untuk pengetahuan korang, komputer riba ini juga hadir dengan memori sebanyak 4GB serta storage sebesar 256GB tau. Haa, jadi korang boleh lah buat banyak kerja tanpa perlu risau storage komputer korang penuh. 

Tapi, kalau korang nak tau, sebenarnya model Dell Inspiron ni bukan ada dua ni sahaja tau. Korang juga boleh dapatkan model yang lain yang mempunyai specs terbaik, sesuai untuk buat multitasking atau design grafik. Antara model Inspiron yang lain adalah:

1.  DELL Inspiron 14 2-in-1 

2. DELL Inspiron 15 3000 

DELL XPS 13 

Untuk korang yang sedang bekerja atau belajar tu, mesti korang memerlukan komputer riba yang performance laju dan visual yang padu kan? Haa, komputer riba yang sesuai untuk korang yang perlu melakukan banyak kerja adalah DELL XPS 13 9305!

Komputer riba ini menyokong 11th Generation Intel® Core™ i7-1165G7 processor di mana kelajuan boleh cecah sehingga 4.7GHz tau. Lepas ni tak de lah sangkut bila korang nak siapkan kerja nanti. 

Selain itu, ia mempunyai skrin dengan lebar 13.3 FHD dan InfinityEdge yang mana ia memaksimumkan kawasan paparan skrin, supaya korang boleh tengok kandungan di skrin yang luas tanpa batas. 

Bukan itu sahaja, komputer riba ini juga menyokong grafik Intel® Iris® Xe, yang mana ia menawarkan prestasi grafik yang terbaik serta visual yang cantik dengan sokongan berbilion-bilion warna, HDR10, Dolby Atmos sound dan banyak lagi. 

Tak perlu risau juga untuk simpan semua kerja-kerja di dalam komputer riba ini sebab ia mempunyai memory sehingga 16GB dan storage sehingga 512GB. Memang terbaik!

DELL G15 Ryzen Edition Gaming Laptop

Satu lagi komputer riba khas untuk korang yang memang kaki game ni adalah DELL G15 Ryzen Edition Gaming Laptop, korang pasti tak akan cari yang lain. 

Komputer riba ini dilengkapi dengan memory sehingga 8GB serta storage sehingga 512GB dan mempunyai kad grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 4GB GDDR6 tau! Haa, memang puas lah kalau korang main game pakai komputer riba ni. 

Selain itu, ia juga hadir dengan processor AMD Ryzen™ 5 5600H 6-core/12-thread Mobile yang mana peningkatan kelajuannya tidak pernah berlaku lagi sebelum ni dengan kecekapan kuasa yang luar biasa, serta membolehkan hayat bateri bertahan lama! 

Jadi, kalau korang nak rasa sendiri kepuasan bermain video game, korang wajib dapatkan DELL G15 Ryzen Edition Gaming Laptop ni sebab selain performance yang mantap, korang juga akan dapat G-Series Goodies Bag Edisi Terhad bernilai RM150 tau! Haa, cepat dapatkan sekarang!

DELL G15 Gaming Laptop 

Komputer riba yang terakhir dalam list kami yang korang wajib dapatkan adalah DELL G15 Gaming Laptop sebab komputer riba ini laju serta mempunyai grafik yang sangat baik, sesuai untuk korang yang kaki gaming atau designer grafik. 

Kalau korang nak tau, komputer riba ini hadir dengan paparan skrin 15.6 inci serta kadar penyegaran pantas sebanyak 120Hz dan beresolusi FHD yang dapat memastikan permainan yang korang main lebih laju. Mantap!

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan processor 11th Generation Intel® Core™ i7-11800H yang mana korang boleh buat bermacam jenis kerja tanpa perlu risau kadar kelajuan komputer riba korang. 

Bukan itu sahaja, korang boleh simpan banyak kerja tidak kira size kerja sebab komputer riba ni mempunyai memory sebanyak 16GB serta storage sebanyak 1TB. Wow, memang padulah komputer riba ni untuk bermain game dan buat kerja grafik!

Komputer riba ni juga mempunyai video grafik yang terbaik iaitu NVIDIA® GeForce RTX™ 3060 6GB yang mana kadar hash Ethereum (ETH Hash Rate) telah dikurangkan, membuatkan permainan yang korang main lebih lancar.

Jadi, tunggu apa lagi tu, cepat dapatkan DELL G15 Gaming Laptop ni sebab bukan sahaja korang dapat keseronokan apabila bermain, tapi korang juga akan dapat G-Series Goodies Bag Edisi Terhad yang bernilai RM150 tau. Mantap!

Untuk lebih kepuasan bila korang bermain video game, ini antara monitor gaming tengah hangat yang wajib korang dapatkan:

1. Alienware 27″ Gaming Monitor (AW2720HF)

2.  Dell 24″ Monitor (S2421H)

3. Dell 25″ Monitor (S2522HG)

4. Dell 27″ Monitor (S2721HN)

Nikmati Diskaun Penjimatan Sehingga 60% & Baucar Tunai RM200 

Sempena menyambut ulang tahun ke-11 Pesta IT, korang boleh nikmati diskaun penjimatan sehingga 60 peratus untuk komputer riba serta baucar tunai RM200! Lagi best, korang juga boleh nikmati penghantaran secara percuma kalau korang berbelanja sehingga RM999. Terbaik!

Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk menang cabutan bertuah dari 5 hingga 7 Januari 2021, apa yang korang perlu buat adalah hanya berbelanja sehingga RM300 dan anda berpeluang untuk sertai Buy & Win Contest dan menang lebih daripada 100 hadiah. Fuhh, berpeluh dengar.

Sambil-sambil korang membeli tu, korang akan dihiburkan oleh Douglas Lim, iaitu seorang pelakon, pelawak, penyampai radio dan pengacara television menerusi sesi Live untuk pembukaan pesta ni. Wow, menarik!

Jadi, tunggu apa lagi, cepat-cepat rebut peluang ni sementara masih ada! Korang juga boleh dapatkan banyak lagi peranti serta promosi hebat dari NB Plaza. Klik di SINI untuk ketahui lebih lanjut dan layari Lazada untuk lebih banyak peranti terbaik!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas