Connect with us

Oh! Media

Jom Sambut Hari Raya Dengan Huawei Vision S 4K 120Hz & Buat Panggilan Video Di TV Dengan MeeTime Bersama Insan Tersayang!

Branded

Jom Sambut Hari Raya Dengan Huawei Vision S 4K 120Hz & Buat Panggilan Video Di TV Dengan MeeTime Bersama Insan Tersayang!

Memang banyak yang berubah sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda dunia dan tahun ini juga merupakan tahun kedua kita merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan norma baharu. Walaupun agak sedih tidak dapat pulang ke kampung berikutan kes masih tinggi, hubungan kekeluargaan masih perlu dijaga dan teknologi yang terkini amat membantu untuk terus berhubung.

Huawei turut berjaya menghasilkan sebuah teknologi yang amat berguna dengan kehidupan norma baharu sekarang apabila berjaya melancarkan siri TV pintar Huawei Vision S.‘Beyond a TV’, memang ramai yang tak sabar menantikan Huawei Vision S masuk ke Malaysia selepas ia menawarkan segala yang diperlukan kita dalam segala aspek.

Tempah Huawei Vision S berpeluang dapat 1 lagi Huawei Vision S 65”? Biar betul?

Huawei Vision S ada 2 pilihan iaitu 55” (RM2,999) dan 65” (RM3,999) dan kalau buat tempahan sekarang boleh dapat banyak hadiah.

Jika lakukan tempahan Huawei Vision S 55” korang akan dapat rebat RM200 serta merta bermula 27 April hingga 12 Mei 2021. Boleh dapatkan sekarang di Huawei Store Online dan Shopee.

Untuk tempahan Huawei Vision S 65” pula akan dapat Huawei Wi-Fi Quad-Core AX3 bernilai RM299 dan FreeLace Pro bernilai RM399 secara percuma gais! Boleh dapatkan sekarang di Huawei Store Online dan Lazada.

Menariknya, untuk setiap pembelian mana-mana produk Huawei yang lain dari 27 hingga 16 Mei 2021 akan berpeluang bawa pulang Huawei Vision S 65”, pergh! Pastikan tempahan ini dilakukan di Huawei Store, Huawei Store Online, Lazada, Shopee, SenHeng, SenQ atau Astro Go.

Boleh buat panggilan video terus dari TV!

Fungsi ni memang sangat menarik dan berguna gais! Bayangkan kita dapat buat panggilan video dengan ahli keluarga dan tengok muka insan tersayang besar-besar dekat TV 65”. Fuhh!

Nak buat kerja atau mesyuarat pejabat pun jadi mudah dengan Huawei MeeTime 1080p yang sangat jelas dan ia didatangkan sekali dengan kamera 13mp AI magnetik. Kamera ni turut mampu merakam kualiti video definisi tinggi 1080p dan ia mampu merakam pada keluasan sudut 180°.

Panel 4K dengan refresh rate 120Hz

Bukan telefon pintar jer kena refresh rate yang tinggi tau, hehe. Kualiti visual yang akan dihasilkan memang nampak sangat lancar dengan refresh rate 120Hz. Untuk korang yang suka tengok perlawanan  sukan bola sepak mahupun permotoran memang akan enjoy!

Dikuasakan pula dengan sistem audio dari 4 set pembesar suara (2x 10W frekuensi penuh + 2x 10W tweeter) yang jelas dan ia menggunakan teknologi audio dari Huawei Histen sendiri. Walaupun skrin dimatikan, sistem audio masih berfungi dengan sistem Smart Voice. Korang hanya perlu menyebut ‘Hai Celia’ dan arahkan sahaja apa yang diperlukan. Menarik weh!

Kawal Huawei Vision S dengan telefon pintar

Dengan Huawei Share kita boleh mengawal apa sahaja yang kita mahukan terus pada skrin Huawei Vision S dan nak main permainan video pun boleh dengan menjadikan telefon kita sebagai gamepad.

Nak pindahkan gambar, video, dokumen kerja semuanya boleh dilakukan terus dengan sangat mudah. Nak layan video dari telefon pintar dekat TV juga tiada masalah. Memang menarik!

Ada banyak lagi kelebihan yang ada dan secara keseluruhan Huawei Vision S telah menawarkan segala yang diperlukan kita dalam menjalani kehidupan seharian tidak kira untuk bekerja mahupun menghabiskan masa bersama insan tersayang.

Memang menarik apa yang ditawarkan Huawei kali ini dan korang boleh rasai sendiri kehebatan Huawei Vision S ni di Huawei Experience Store (HES) terpilih dan berpeluang menangi banyak hadiah menarik. Promo lagi 2 hari tu, cepat beli sekarang di sini! #BigScreenBigCall

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas