Connect with us

Oh! Media

foodpanda makan-cation

Branded

Jom Kenali 4 Restoran Michelin Star Di Malaysia & Berpeluang Rasai Pengalaman Menikmati Secara Percuma!

Bila sebut nama Michelin, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran korang mesti jenama tayar betul tak? 

Kalau korang nak tahu, Michelin bukan saja menyediakan perkhidmatan pembuatan tayar yang berkualiti, malah ia juga menyediakan penganugerahan kepada restoran-restoran dan chef-chef yang memenuhi kriteria Michelin Star. Eh, Michelin Star tu apa?

Untuk korang yang belum tahu apakah itu Michelin Star dan kenapa pengiktirafan ini sangat besar untuk chef dan restoran, jom kami kongsikan!

Sejarah Di Sebalik Michelin Star

Michelin Star merupakan sebuah anugerah pengiktirafan daripada pengasas jenama tayar terkenal, Michelin, kepada restoran yang dinilai menerusi lima kriteria seperti kualiti bahan, keharmonian rasa, penguasaan teknik, keperibadian chef melalui masakan dan konsistensi keseluruhan menu dari semasa ke semasa. Hmm, rumit juga kan? 

Terdapat 3 jenis bintang Michelin yang menunjukan taraf pengiktirafan sesebuah chef atau restoran itu. Kalau nak korang tahu, jom kami kongsikan di bawah: 

– One Star Michelin: Restoran atau chef bagus dalam kategori yang dinyatakan serta menjadi destinasi yang baik untuk berhenti ketika dalam perjalanan. 

– Two Star Michelin: Restoran atau chef menyediakan hidangan yang sangat baik dan berkualiti serta mahir dan teliti dalam penyediaan hidangan, menjadikan ia restoran yang bernilai untuk lencongan. 

– Three Star Michelin: Restoran atau chef menghidangkan masakan luar biasa dengan menggunakan bahan-bahan yang superlatif dan memberikan pengalaman terbaik buat pengunjung. 

Bukan main detail lagi kalau nak bagi bintang Michelin ni. Patutlah pengiktirafan ini sangat penting untuk sesebuah restoran atau chef. Agak-agak korang, Malaysia pernah tak ada restoran atau chef yang diberi pengiktirafan ni? 

4 Restoran Kebanggaan Malaysia Raih Pengiktirafan Michelin Star

Mesti korang pun tak expect yang Malaysia ada restoran yang diberi pengiktirafan Michelin ni kan? 

Untuk pengetahuan, terdapat 4 buah restoran di Malaysia yang telah dinilai berdasarkan Michelin Guide dan dikurniakan One Star Michelin tau! 

Antara restoran yang memperoleh pengiktirafan ini adalah DC by Darren Chin yang terletak di Kuala Lumpur. Restoran ini telah menerima One Star Michelin untuk menu empat hingga tujuh hidangan mereka, serta satu menu hidangan vegetarian. Wow!

Restoran seterusnya yang juga terletak di Kuala Lumpur, iaitu Dewakan turut menerima One Star Michelin untuk menu Prix Fixe yang menyerlahkan citarasa Malaysia. Fuh, ni confirm sedap!

Selain di Kuala Lumpur, terdapat juga 2 restoran di Pulau Pinang yang menerima pengiktirafan Michelin Star iaitu Au Jardin dan Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery. 

Kalau korang nak tahu, Au Jardin diberi pengiktirafan One Star Michelin disebabkan menu yang berubah-ubah pada setiap bulan yang mempamerkan hidangan Eropah dengan sedikit kelainan mengikut citarasa tempatan. 

Restoran terakhir yang memperoleh pengiktirafan One Star Michelin adalah Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery yang mana mereka menyajikan masakan Peranakan yang dihasilkan daripada resepi rahsia serta bahan-bahan yang berkualiti dan buatan sendiri. 

Bila tengok semua restoran-restoran yang menerima pengiktirafan One Star Michelin ni, rasa macam nak je pergi cuba dan rasa sendiri pengalaman dine-in! Korang rasa macam mana?

Menang Percutian Ke Restoran Michelin Star Di 5 Buah Negara!

Dah alang-alang cakap pasal restoran yang dapat pengiktirafan Michelin Star ni, kami ada berita gempak nak bagitau korang! 

Memandangkan kempen mega-contest “Collect Pandas, Get Rumah” pada November lepas mendapat sambutan yang hangat, foodpanda buat comeback dengan satu lagi mega-contest iaitu “Makan-cation Like A Panda”! Dengar cerita hadiah kali ni lebih lumayan!

Memang lumayan pun sebab foodpanda nak bagi hadiah percutian ke restoran yang mendapat pengiktirafan Michelin Star dengan menaiki penerbangan Kelas Perniagaan bernilai RM50,000! Biar betul?! 

Bukan itu saja, 5 pemenang bertuah akan membawa pulang baucar penerbangan berjumlah RM1,000 untuk tempat kedua, manakala tempat ketiga akan menerima baucar hotel penginapan berjumlah RM500. Wahhh, bestnya hadiah-hadiah foodpanda nak bagi! 

Tak dilupakan, foodpanda turut akan memberikan hadiah saguhati berbentuk baucar untuk foodpanda shops dan pandamart kepada 10,000 pemenang tau! 

Haa, kalau nak sertai peraduan foodpanda, korang ikut saja langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Pesan makanan di aplikasi foodpanda bernilai RM20 ke atas

Langkah 2: Guna kod PANDA semasa korang checkout

Langkah 3: Dapatkan +1 panda untuk setiap tambahan RM10 dalam pesanan

Langkah 4: Jejak panda yang dikumpul menerusi update daripada foodpanda melalui Whatsapp dan e-mel.

Senangkan? Peraduan bermula dari 15 Februari sehingga 22 Mac 2023 tau, jadi cepat rebut peluang keemasan ni sekarang! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi foodpanda, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram. *Destinasi restoran yang dinyatakan adalah belum muktamad

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas