Connect with us

Oh! Media

IOI Mall Damansara Kini Mall Paling Mudah Diakses Di Lembah Klang, Siap Ada Stesen MRT Sendiri!

Ohmedia vivo 1

Branded

IOI Mall Damansara Kini Mall Paling Mudah Diakses Di Lembah Klang, Siap Ada Stesen MRT Sendiri!

Kalau dulu ramai tertanya-tanya kat mana IOI Mall Damansara ni, sekarang IOI Mall Damansara tak perlu diperkenalkan panjang lebar lagi.

Terletak di Kota Damansara, pusat beli-belah ini bukan sahaja mengalami transformasi besar-besaran, malah kini secara rasmi mempunyai stesen MRT yang dinamakan khas sempena mall ini.

Surian MRT Kini Dikenali Sebagai Stesen Surian IOI Mall Damansara 

Ad 4nxeg4jbmq1ljp7zw7cgo4ynb9jx9bkkxkqxxuv391nlouxd8c3wj8gldtsc9cfklzto6wahnjx  0hqexbs hsq4ewsyvpxj3qteuc1efnlkioypbou5xbbqurr2drkxqifbsx6l

Stesen Surian ni berada di Laluan MRT Kajang kini telah dinamakan semula kepada stesen Surian IOI Mall Damansara, menjadikan IOI Mall Damansara satu-satunya pusat beli-belah di Malaysia yang betul-betul berhubung terus dengan MRT dan dinamakan secara rasmi.

Korang kalau datang ke IOI Damansara Mall boleh terus jalan kaki lalu jambatan berbumbung yang selesa dan sampai terus ke pintu masuk utama mall di Ground Floor dan Concourse Floor (CC).

Tak perlu risau hujan atau panas terik. Dengan perubahan ini, IOI Mall Damansara kini boleh digelar sebagai antara mall paling mudah diakses melalui pengangkutan awam di Lembah Klang. Naik MRT, turun terus boleh shopping.

Lebih Banyak Jenama Besar Kini Dibuka

Bukan nama MRT je yang baru, IOI Mall Damansara kini dalam proses ‘berwajah baru’ dengan pelbagai jenama besar yang tengah set-up dan baru saja dibuka.

Ad 4nxcs3lyh hp1os3lnk5nrqiqdd6rltaw7ng8twcvhtm cutxroanurwsxieoxkd7rnij9u67azrspxxyukvb51wch4unj0xfxzxpi9 n8efuzvm1auj shcd2aimkz3fniugcrmyza

Antara jenama yang telah dan akan membuka cawangan termasuk The Food Merchant, Skechers, Clarks,TOMEI, Vivo, LG, Honor, Gintell, Thong Bowl, Potato Corner, Yuan TCM, Insta360, Laem Charoen Thai Seafood, MOG, U Mobile, Montigo dan Over.

Kehadiran jenama-jenama ini menunjukkan usaha pihak pengurusan menawarkan gabungan runcit yang lebih segar dan pelbagai bagi memenuhi kehendak pengguna moden merangkumi fesyen, teknologi, gaya hidup serta makanan dan minuman.

IOI Mall Damansara kini semakin menjadi pilihan sebagai lokasi gaya hidup yang menarik untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Naik Taraf Untuk Pengalaman Lebih Selesa

Selain perubahan nama stesen dan penyertaan jenama baharu, IOI Mall Damansara juga sedang menjalani proses naik taraf menyeluruh bagi meningkatkan pengalaman pengunjung secara keseluruhan. Antara yang sedang ditambah baik termasuk reka bentuk dalaman, kemudahan awam serta ruang interaktif untuk aktiviti bersama keluarga.

Naik taraf ini dijangka siap menjelang penghujung tahun 2026. Namun, suasana baru yang lebih segar dan selesa sudah mula boleh dirasai oleh pengunjung hari ini.

Bawa Kereta? No Problem, Parking Pun 3 Jam Free!

Ad 4nxd3ud4c2btit4za7mkbb4 crha4y3vtyalwg5ke3n8xgwxtkamkdyxm3xn3xhd8ci1muipi7anzcp3g4utt5 i5z1ue7y5nvriyzzjkt8ivcku0i zv81 mns 8eyhfkkjjmpka

Buat korang yang masih nak bawa kereta, IOI Mall Damansara masih mengekalkan sistem LPR (License Plate Recognition), jadi tiada lagi tiket parking lama-lama tu.

Parkir percuma selama 3 jam pertama, cukup masa nak lepak, makan, tengok wayang atau shopping sikit-sikit. Jimat, mudah dan mesra pengguna!

Takde Idea Nak Lepak Mana? IOI Mall Damansara Kan Ada!

Dengan pengangkutan awam yang terus ke pintu masuk, pilihan jenama yang semakin berkembang, suasana yang makin moden serta kemudahan yang selesa, IOI Mall Damansara kini menjadi destinasi gaya hidup paling strategik dan lengkap di Lembah Klang.

Untuk update terkini dan promosi terbaru, korang boleh ikuti IOI Mall Damansara di Facebook, Instagram dan TikTok.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas