Connect with us

Oh! Media

Inspirasi Kisah Benar, Video Ini Bakal Menyentuh Hati Netizen

Branded

Inspirasi Kisah Benar, Video Ini Bakal Menyentuh Hati Netizen

Pandemik Covid-19 bukan sahaja membawa impak negatif dari segi kesihatan, namun turut menjejaskan aktiviti dengan keadaan dan ekonomi semakin tidak menentu sehingga menyebabkan ramai yang terkesan akibat pandemik ini.

Menurut laporan Berita Harian, lebih 800,000 individu telah kehilangan kerja sejak Covid-19 melanda negara. Bukan sedikit dalam kalangan kita yang dibuang kerja kerana syarikat tidak lagi mampu menampung kos membayar pekerja ketika berdepan dengan situasi ekonomi yang mencabar ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, secara amnya kita boleh menyalurkan sumbangan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang amat memerlukan ketika ini. Mungkin melalui sumbangan kecil ini boleh memberi makna cukup besar dan menjadi ‘cahaya’ untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Tonton kisah realiti hidup masyarakat melalui rentetan kesusahan dalam meneruskan kehidupan ketika berdepan dengan pandemik ini dalam video Deepavali oleh Sunway Group. Video ini pasti akan menyentuh hati ramai insan yang turut merasai kepahitan yang dialami setiap watak di dalam video ini.

Video ini mengisahkan kesusahan keluarga Malarvelli yang kehilangan mata pencarian selepas si suami, Raj diberhentikan kerja. Lantaran itu, Raj berusaha sehabis daya untuk mencari nafkah demi keluarga.

Dalam pada itu, isterinya, Dhinie turut tidak ketinggalan bersama menyumbang keringkat dengan membuat muruku untuk dijual suaminya dengan menaiki motor di merata tempat. Sehari sebelum sambutan Deepavali bermula, Raj pulang dari kerja dengan sebuah kotak besar. Kejutan yang diberikan Raj itu ternyata membawa cahaya kegembiraan kepada mereka sekeluarga.

Ingin membantu mereka yang memerlukan ketika pandemik ini? Layari sunway.com.my/lightofhope hari ini.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas