Connect with us

Oh! Media

Ini Pelaburan Untuk Kesihatan Paling Murah & Memudahkan, Bawah RM4 Je Sehari

Lg Sewa Cover

Branded

Ini Pelaburan Untuk Kesihatan Paling Murah & Memudahkan, Bawah RM4 Je Sehari

Selain diet seimbang, bersenam 3 kali seminggu, pengambilan air mencukupi amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Sebabnya, lebih 60% dari badan kita terdiri dari air, sebab itu kita memerlukan hidrasi dengan meminum 8 gelas air sehari. Bukan saja air, kualiti udara yang kita bernafas juga penting untuk kesihatan dalaman.

Lg puricare sh rental carousel bm 01

Jenama LG Electronics memperkenalkan skim Sewa & Senang untuk penulen air dan udara LG PuriCare™ untuk memberikan kualiti hidup lebih baik untuk penggunanya. Kedua-duanya boleh disewa di outlet Senheng dan senQ berhampiran anda.

Bayaran bulan serendah RM110

Dengan skim Sewa & Senang ni, kelulusan memang pantas, sewa bulanan pun berpatutan. Hanya perlu bayar RM110 (WD512AN, warna putih) untuk penulen air tanpa tangki dengan 3 suhu air, sejuk, panas serta suhu bilik. Untuk memastikan air yang benar-benar bersih dan tulen, penulen air LG ini juga dilengkapi dengan sistem penapisan 3 tahap.

Senheng rent chill wp bm

Berpatutan kan? Kalau dikira-kira, hanya perlu RM3.66 sehari untuk kemudahan harian di rumah. Warna putih tak kena dengan deco dapur sekarang? Ada opsyen untuk pilih model WD515AN dengan warna Shiny Rose hanya RM140 sebulan, mak-mak mesti suka!

Dengan skim sewaan ni, penyewa layak mendapatkan LG CareShip selama 5 tahun untuk penukaran paip dalaman setiap tahun, penukaran penapis percuma mengikut jadual dan servis untuk setiap 3 bulan. Tak perlu risau dah.

Penulen udara pun ada!

Senheng rent chill ap bm

Kualiti air dah terjamin, udara pun kenalah ambil tahu juga. Lebih-lebih lagi untuk mereka mempunyai anak kecil, ada simptom pernafasan atau pun tinggal bersama ibu bapa warga emas. Penulen udara LG ini dicipta dengan Penapisan 360° yang menyerap bahan pencemaran dan menghasilkan udara bersih ke sekitar rumah walau di mana ianya dipasang.

Ciri istimewa Clean Booster dengan Smart Circulator membolehkan penulen udara ini berputar 70° untuk menyalurkan udara bersih ke segenap penjuru. Manakala Sistem Penapisan 6 Tahap menyingkirkan debu hingga tahap ulta-halus, penyebab alahan dan gas berbahaya dari udara.

Penyewa juga akan mendapat penukaran penapis percuma selain servis untuk setiap 6 bulan.

Promo pelancaran, rugi kalau lepaskan

Untuk waktu terhad, sempena pelancaran skim Sewa & Senang ini, LG bermurah hati menghadiahkan frying pan 28 cm untuk penyewa. Bukan tu je, ada percuma sewa* selama 6 bulan untuk mereka yang menyertai Sewa & Senang ini dari 1 hingga 31 Mac 2021.

Lg puricare sh rental bm new

Selain promo Sewa & Senang, penyewa LG PuriCare™ menggunakan kad kredit juga layak untuk:

  1. Beli Penulen Udara LG PuriCare™ (Model: AS65GDWB0) dengan hanya RM6 untuk penyewa mana-mana penulen air atau udara di antara 11 hingga 21 Mac 2021.
  2. Penyewa yang mendaftar sepanjang Mac 2021 juga layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi LG 75ā€ UHD TV!

Nak tahu info lebih lanjut mengenai skim Sewa & Senang ini, lawati laman web Senheng dan senQ sekarang!

*Tertakluk terma dan syarat

šŸš€Ā Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jamĀ 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas