Connect with us

Oh! Media

Ini 7 Sebab Kenapa HUAWEI Mate40 Series Merupakan Telefon Pintar Flagship Serba Boleh

Branded

Ini 7 Sebab Kenapa HUAWEI Mate40 Series Merupakan Telefon Pintar Flagship Serba Boleh

HUAWEI mencipta satu lagi pencapaian apabila melancarkan HUAWEI Mate40 Series, penambahan terbaharu untuk Mate Series. Pelancaran model ini  mendapat perhatian seluruh dunia kerana HUAWEI Mate40 mungkin model terakhir HUAWEI dengan Kirin 9000. 

Malahan sebelum ini, HUAWEI Mate30 Series turut menerima sambutan hangat dengan rekod habis terjual dalam masa singkat.

Dengan keluaran HUAWEI Mate40 Series ini, korang akan dapatkan telefon yang sememangnya dipercayai sebagai telefon pintar serba boleh yang ada di pasaran Malaysia ketika ini.

1.Cipset berprestasi terbaik, Kirin 9000!

Tanpa ragu lagi, cipset yang digunakan adalah antara kritera penting dalam pemilihan pembelian smartphone. Sebagai smartphone kedua di dunia yang menerapkan 5nm process cipset, Kirin 9000 terbukti menjadi aspek paling signifikan untuk HUAWEI Mate40.

Dengan adanya cipset Kirin 9000 5G Soc 5nm pada HUAWEI Mate40 Series ini, korang tak perlu risau lagi dengan prestasinya. Bukan sahaja boleh multi-tasking, malahan mampu memproses data yang bersaiz besar serta menjamin performance berkualiti untuk perkomputeran AI.

2. Pengalaman fotografi terhebat

https://youtu.be/BaG5S7shWgg

Setiap model HUAWEI Mate ni memang terkenal dengan pengalaman fotografi terbaik. Semuanya bertitik tolak dari sistem pengimejan dan teknologi tahap tinggi. HUAWEI Mate Series berada di tempat teratas jika bercakap tentang prestasi kamera bagi smartphone. 

Dengan HUAWEI Mate40 Series ini, HUAWEI melangkah lebih mara ke depan dengan memecahkan rekod dan mencipta yang baru. Kamera utamanya didatangkan dengan empat kamera IMX700 custom dengan rekaan matrix dan menyokong 10x optical zoom.

Terbaru HUAWEI Mate40 Pro ini telah berjaya mendapat tempat teratas dalam senarai DxO tau. Jika kriteria utama sesebuah telefon adalah pada kamera dan pengalaman fotografinya, HUAWEI Mate40 Pro + dan HUAWEI Mate40 RS akan kekal menguasai kedudukan.

3. Kadar segar semula untuk pengalaman mengasyikkan

Sejak 2019, smartphone dengan kadar segar semula tinggi menjadi ciri penting  dalam pemilihan smartphone terbaik. Ini kerana, kadar segar semula akan menentukan penggunaan yang lancar. Smartphone dengan kadar segar semula rendah terus ditolak tepi tanpa berfikir panjang. Sedangkan jenama lain berusaha untuk meningkatkan kualiti dari aspek ini, iPhone 12 baru-baru ini menyatakan kadar segar semulanya hanya pada 60Hz. Kenapa perlu bayar mahal untuk paparan 60Hz?

Dengan HUAWEI Mate40 Series ni, korang boleh dapatkan telefon yang menggunakan 90Hz kadar segar semula dan menyokong 2k skrin gais. Untuk sentuhan pada skrin, korang dapat merasakan pengalaman yang sangat mengasyikkan sebab ia menyokong maklumbalas getaran dari motor linear. 

Bukan tu jer, telefon pintar terbaru ini juga didatangkan dengan speaker dwi stereo yang menghasilkan bunyi surround dengan stereo super bass. Pergh! Bila dengar lagu, main game atau tengok movie tu mesti layan gila. Kesemua inovasi terbaru yang diterapkan pada HUAWEI Mate40 Series ini akan berikan korang pengalaman mendalam tentang visual, pendengaran dan deria sentuh yang sangat menakjubkan gais.

4. 3D face reconstruction

Tiada lagi notch skrin untuk model terbaru HUAWEI Mate40 Series ini kerana mereka telah menggantikannya dengan double shot pada skrin. Keselamatan telefon korang juga akan terjaga dengan adanya pengecaman wajah 3D (2D bagi variasi biasa). Jadi, memang susah untuk sesiapa saja nak akses telefon tanpa pengetahuan korang.

5. Rekaan berbeza & lebih baik dari yang lain

Design merupakan aspek terawal untuk korang tertarik dengan sesebuah telefon tu. Dalam kebanjiran pelbagai produk dari pelbagai jenama, sudah tentu memerlukan smartphone dengan rekaan yang mencuri perhatian ramai. 

Ketika jenama lain memilih jalan selamat dengan mengeluarkan rekaan yang mendapat permintaan ramai dan popular dalam kalangan pengguna. Lain pula kisahnya dengan HUAWEI Mate Series yang sentiasa ada ceritanya yang tersendiri.

Pada 2018 HUAWEI Mate20 dilancarkan dengan rekaan 4 segi, manakala tahun lepas, 2019, HUAWEI Mate30 berada di pasaran dengan rekaan space-ring.

HUAWEI Mate40 Series pula direka dengan inspirasi dari Event Horizon Telescope, rangkaian balai cerap peringkat global untuk mengkaji lohong hitam. Secara spesifiknya, rekaan space-ring HUAWEI Mate40 Series ini adalah bersempena Galaxy M87, lohong hitam pertama dalam yang berjaya dirakam.

Dengan Porsche Design HUAWEI Mate40 RS, pengguna bakal menikmati pengalaman gajet dengan reka bentuk oktagon, dilengkapi dengan bahan seramik berteknologi tinggi nano. Ini yang menghidupkan elemen sukan permotoran dalam masa sama memberi imej vintage hitam putih nafas baru.

Jika dibandingkan dengan iPhone yang membuat beberapa perubahan baru (atau ciri lama pada model baru) ternyata ianya bukanlah perbandingan yang setara.

6. Pengecasan kabel dan wireless lebih pantas

Ketika dilancarkan iPhone 12, antara yang kelakar adalah model itu mempunyai bateri berkapasiti 2915mAh dan kuasa pengecasan 20W. Setelah diuji, model itu memerlukan 100 minit untuk dicas sepenuhnya dan hayat baterinya lebih pendek berbanding model sebelumnya.

Bateri 2915mAh tidak cukup untuk menampung keperluan telefon itu walaupun tanpa sambungan 5G. Jika menggunakan sambungan 5G, sudah tentu segalanya akan lebih bermasalah.

Menariknya, HUAWEI siri Mate40 ini menyokong 66W pengecasan pantas dan 50W pengecasan tanpa wayar. Bagi variasi biasa pula menyokong 40W pengecasan berwayar. bateri berkapasiti 4,400mAh (4,200mAh bagi variasi biasa). Dengan ciri ini, tidak perlu lagi risau memikirkan bateri smartphone kerana hanya perlu 30 minit untuk 100% dicas. Memang puas hati!

7. Pengalaman interaktif pengguna

Dengan inovasi terbaru EMUI 11 yang ada pada HUAWEI Mate40 Series ini, korang akan dapat banyak pengalaman interaktif yang mengandungi peningkatan AI Smart Gesture, Always on Display, Multi Screen Collaboration dan banyak lagi.

Korang boleh lakukan banyak interaksi dengan HUAWEI Mate40 Pro. Contohnya, korang cuma perlu melalukan tapak tangan ke atas skrin je untuk menghidupkan telefon. Korang juga boleh mengawal skrin ketika mengakses apa-apa aplikasi dengan melambai ke kiri, kanan, atas atau bawah je gais. Bukan te jer, korang juga boleh buat seolah menekan telefon tu sekiranya ingin menjawab panggilan masuk. Memang senanglah bila tangan korang tengah kotor tu.

Features Eyes on Display terbaru juga sangatlah berguna untuk fungsi Always on Demand (AOD) pada HUAWEI Mate40 Pro. Nak layan movie tu letak je depan mata dan EOD akan tunjukkan 3 saat animasi kepada korang. Bukan tu jer, bila terima panggilan pun korang boleh perlahankan volume dengan hanya melakukan kontak mata je dengan telefon korang. Pergh! Canggih gila.

Dengan Multi Screen Collaboration yang ada pada HUAWEI Mate40 Series ini, tiga aplikasi dipaparkan secara serentak dalam satu skrin je. Pergh! Memang terbaik. Nak buat apa-apa kerja pun senang gila. Kalau korang nak tengok movie sambil balas mesej awek korang pun takde masalah.

Bukan HUAWEI Mate40 Series je gais, mereka juga melancarkan produk baharu yang canggih di Malaysia iaitu HUAWEI Y7a, Gentle Monster Eyewear ll, Freebuds Pro, WATCH GT2 Pro, MateBook 14 dan MatePad T10s. Setakat ini, HUAWEI Y7a adalah satu-satunya smartphone yang menyokong 22.5W Supercharge dijual pada harga RM799. Kesemua produk tersebut sudah tersedia untuk jualan di HUAWEI Store dan HUAWEI Experience Store di seluruh negara sekarang.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas