Connect with us

Oh! Media

Ini 13 Iklan Tahun Baru Cina 2020 Yang Sangat Kreatif, No 8 Paling Win!

Branded

Ini 13 Iklan Tahun Baru Cina 2020 Yang Sangat Kreatif, No 8 Paling Win!

Fuhh! Meriah betul iklan Tahun Baru Cina 2020 kali ini. Mana tidaknya, setiap kali tiba perayaan besar dekat Malaysia ni seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi perayaan, pasti syarikat-syarikat besar ni akan berlumba-lumba untuk hasilkan video iklan mereka. Apa yang menariknya, semua iklan ini dihasilkan dengan sangat baik dan mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit semata-mata untuk sampaikan mesej dan budaya negara Malaysia kepada penonton.

Kualiti penghasilan sesebuah iklan dari tahun ke tahun juga dilihat semakin berkualiti dan ada juga yang minta untuk mereka buat filem. Amboi, sampai macam tu sekali erk? Jadi, Ohmedia nak senaraikan 13 iklan Tahun Baru Cina yang sangat kreatif untuk tahun 2020!

1. Happy Beautiful Year! – Watsons




Pergh! Memang lain macam penangan video Watsons ni weh! Tengoklah tu, Watsons cuba tunjukkan perbezaan di antara generasi lama dengan generasi baru di dalam sesebuah keluarga yang sepatutnya disatukan menjadi lebih baik. Jadi mari kita sama-sama menjaga tradisi sambil mengekalkan trend terkini. Haa gitu!

2. Giving Hope, Receiving Joy – Gamuda




Iklan Chinese New Year dari Gamuda pada tahun ini diinspirasikan dari kisah benar seorang cikgu membantu pelajarnya yang kurang bernasib baik dan ia juga mengajar kita erti persahabatan tak kira bangsa dan agama. Jom saksikan video menarik dekat atas ni!

3. Burger Prosperity Kini Kembali! – Mcdonald




Setahun sekali jer nak merasa makan burger Posperity ni. Betul tak gais? Tapi tak sangka pula ada maksud disebalik wujudnya Prosperity ni. Dalam video ni menceritakan kisah seorang anak perempuan yang lama tak balik rumah sebab terpaksa bekerja di luar negara. Nampaknya ayah dia macam tak rasa excited langsung bila jumpa anaknya yang dah lama tak balik tu. Apa yang ayah dia rasa sebenarnya? Korang kena tengok video ni sampai habis. Jangan menangis ok!

4. HUATever you want, Grab got! – Grab




Kalau dulu kita kenal Grab hanya dengan membawa penumpang, tapi sekarang Grab dah boleh buat macam-macam tau. Samalah juga dengan iklan Tahun Baru Cina Grab ni haa. Tak pasal-pasal budak tu kena superpower Tai Chi dengan keluarga dia. Sekali master Tai Chi tu datang, habis budak tu pergi kerjakan. Tapi apa agaknya rahsia budak tu ya? Korang kenalah tengok sendiri!

5. The Grown Ups’ Table – Hong Leong Bank




Alamak, budak perempuan yang bernama Ah Girl ni kena duduk berasingan pula dengan mak ayah dia sebab belum jadi dewasa. Apa lagi, dia pun rancang dan cari jalan untuk pastikan dia dapat duduk semeja dengan orang dewasa. Nak tahu rancangan hebat Ah Girl untuk join The Grown Ups’ Table berjaya ke tidak? Korang tekan jer video dekat atas tu.

6. Daughter – iPhone 11 Pro Apple




Video Tahun Baru Cina 2020, Apple sekali lagi menampilkan sebuah short filem yang mengisahkan tentang seorang pemandu teksi perempuan yang terpaksa membawa anak perempuan pergi kerja bersama. Setiap kali ada penumpang mesti mereka terkejut melihat budak kecil duduk di belakang. Nak tahu kenapa dia bawa anak dan apa yang jadi selepas itu?

7. Togetherness is happiness – EcoWorld




Korang mesti biasa dengar EcoWorld kan? EcoWorld adalah salah satu projek pembinaan rumah yang berharga mampu milik. Kali ini mereka tampil dengan iklan Tahun Baru Cina yang bertajuk Togethernees is happiness yang sangat menyentuh perasaan penonton. Iklan ini mengisahkan tentang saat bersama keluarga yang kadang kala kita akan rindu semula. Tempat di mana kita pernah berkumpul dan bergelak tawa bersama.

8. #RealityNotVirtual – Tenaga Nasional Berhad (TNB)




TNB memang tak pernah mengecewakan kita semua. Ia menceritakan seorang lelaki yang tak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja. Tapi tak sangka pula dia buat kecoh gila satu ofis, semuanya jadi tunggang terbalik bila pakai virtual reality. Agak-agak apa reaksi boss dia selepas tengok apa yang terjadi dekat ofis? Kemunculan kucing Jero tu memang paling orang nanti-nantikan, hehe.

9. In The Air – Sunway Group




Bila Ohmedia tengok iklan ni, memang kreatif apa yang cuba disampaikan Sunway ni sebab diorang gunakan tema pemberitahuan macam dalam kapal terbang tu. Hehe! Jadi apa agaknya mesej yang cuba disampaikan? Dalam video ni nanti korang akan tahu apa yang boleh buat dan apa yang patut dielakkan semasa sambut Tahun Baru Cina, lagi-lagi bila sedang berkumpul bersama keluarga.

10. The Twins – Daikin




Iklan The Twins ni lain dari yang lain tau! Bila Ohmedia tengok, tak sangka pula plot twist dia macam tu sekali. Iklan ini mengisahkan tentang dua orang perempuan kembar yang memiliki watak dan personaliti yang berbeza dan hidup bersama ibunya. Ia bermula dengan baik dan bertukar sedih di akhir video. Adakah mereka bertiga dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama?

11. The Most Unforgettable Chinese New Year – Maxis




Maxis juga berjaya menyentuh hati kita semua apabila ia mengisahkan tentang seorang bapa yang telah mengalami masalah ingatan. Anak perempuannya yang hidup bersamanya berasa sedih kerana bapanya tidak menghiraukan dirinya sehingga suatu hari bapanya sedar. Macam mana agaknya cara bapanya sedar dan ingat kembali? Jom tengok video ini.

12. The Many Celebration – SP Setia




Iklan ini mengisahkan tentang bagaimana cara kita meraikan perayaan walaupun peredaran zaman telah berubah. Mungkin ada juga tradisi lama yang telah kite lupakan. Walau macam mana pun cara kite meraikannnya, raikankan lah bersama-sama.

13. Heart Baker – RHB




RHB juga nampaknya memilih kisah inspirasi seorang budak perempuan yang bernama Chef Leah terus berusaha dengan semangat ikatan cinta yang ada di dalam hati untuk mencari dana adik perempuannya, Adele yang menghidap penyakit Cerebral Palsy. Chef Leah juga telah mula menjual cup cake ni sejak umur 4 tahun lagi. Jom ikuti kisah mereka.

Jadi macam mana gais? Antara semua 13 iklan ni, yang mana satu iklan paling korang layan? Apa-apapun tak sabar nak tunggu iklan untuk Hari Raya nanti.Hehe.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

To Top