Connect with us

Oh! Media

Hatomugi Adalah Rahsia Untuk Hidrasi Kulit, Ini Antara Manfaat Korang Perlu Tahu!

Naturie Hatomugi

Branded

Hatomugi Adalah Rahsia Untuk Hidrasi Kulit, Ini Antara Manfaat Korang Perlu Tahu!

Korang tahu tak, cuaca dapat memberi kesan terhadap kulit kita bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis produk kecantikan yang digunakan serta tahap pendedahan matahari.

Haa, sekarang ni, cuaca semakin tak menentu, menyebabkan ketidakseimbangan tahap hidrasi pada kulit kita. 

Jadi, untuk kekalkan kelembapan pada kulit, korang perlu sesuaikan rutin penjagaan kulit dan menggunakan kaedah baru untuk pastikan kulit kekal sihat. Tapi, tak kan nak kena tukar semua produk kecantikan?

Hatomugi Jalan Terbaik Untuk Kulit Kekal Terhidrat

Korang tak perlu pun tukar semua produk kecantikan yang ada atas meja tu. Apa yang korang perlukan adalah Hatomugi. Apa tu? 

Naturie Hatomugi merupakan antara ramuan penjagaan kulit terbaik yang kaya dengan anti-oksidan, membantu menyeri dan meratakan tona kulit tau. Wow, menarik!

Paling best, ia juga merupakan kunci paling penting kepada hidrasi kulit yang ramai tak tahu serta ia dapat meningkatkan jumlah asid hyaluronik sedia ada secara alami pada kulit! Jadi, apa produk yang mengandungi Naturie Hatomugi ni? 

95% Bersetuju Naturie Hatomugi Skin Conditioner Lotion Memang Produk Yang Berkualiti Tinggi & Berbaloi Dengan Harga

Siapa pernah dengar Naturie Hatomugi Skin Conditioner Lotion ni? Confirm korang dah pernah baca banyak review-review yang baik tentang produk ni betul tak? 

Produk ini diperbuat daripada ramuan Hatomugi sendiri serta tanpa pewangi, pewarna dan hipoalergenik. Memang dijamin selamat untuk digunakan!

Ia juga dihasilkan khas untuk menangani pelbagai jenis masalah kulit termasuk melonggarkan dan mengecilkan liang pori**, garis-garis halus serta penuaan.

Bukan itu saja, produk ni juga mempunyai adlay yang kaya dengan vitamin B1 dan B2 yang dapat membantu masalah jerawat serta masalah tona kulit tidak sekata tau. 

Apa yang menarik, produk ini mempunyai tekstur yang ringan dan tidak melekit**, membuatkan ia memberikan perlindungan untuk kulit daripada kekeringan*. 

Ia juga mudah meresap*** ke dalam kawasan kulit yang kering serta dapat mengekalkan kelembutan kulit*** serta bebas daripada kekasaran.

*Kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club pada 31 Mei sehingga 8 Ogos 2022 telah dijawab oleh 251 orang ahli dan mendapati 97% pengguna bersetuju produk ini dapat melindungi kulit daripada kekeringan.

**84% bersetuju produk ini dapat membantu untuk mengecilkan liang pori dan sebanyak 97% pengguna bersetuju bahawa produk ini  mampu menyegarkan kulit serta tidak melekit.

***98% pengguna bersetuju produk ini memang lembut pada kulit serta 94% pengguna dapat merasakan kulit mereka kini dapat menyerap lebih baik selepas menggunakan produk ini.

Naturie Hatomugi Skin Conditioner Lotion Pilihan Yang Tepat!

Fuhh, lepas baca feedback daripada pengguna produk ni, rasa lebih yakin nak cuba sendiri dan tengok tahap keberkesanannya! 

Kalau korang berminat dan nak cuba Naturie Hatomugi Skin Conditioner Lotion ni, korang boleh dapatkan di Tokyoninki, AEON Retail, AEON Wellness, Guardian, Watsons, Hermo, Sasa, Ainz & Tulpe, Family Mart, dan 7 Eleven. Wow, banyaknya tempat! 

Nak tahu apa yang lagi best? Mereka nak bagi giveaway 5 botol losen Naturie Hatomugi Skin Conditioner serta Nozzel Spray Head untuk 5 orang pemenang bertuah tau! Cara nak sertai pun senang je, ikut langkah di bawah:

– Like dan ikuti Facebook Page Naturie Hatomugi

– Komen kenapa korang suka menggunakan produk Naturie Hatomugi

– Tag 3 orang kawan korang

*Peraduan giveaway sah dari 7 hingga 14 Oktober 2022 saja!

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas