Connect with us

Oh! Media

Hanya Di Jualan Pertama Online, Grab realme Smart TV Serendah RM699 Sahaja!

Branded

Hanya Di Jualan Pertama Online, Grab realme Smart TV Serendah RM699 Sahaja!

Siapa je yang tak nak Smart TV betul tak? Dengan Smart TV ni, macam-macam yang korang boleh layan seperti YouTube, binge-watching di Netflix dan sebagainya. Pergh! Barulah best gila bila tengok dekat skrin yang besar. Mesti korang ada niat nak cari Smart TV yang terbaik dengan harga yang berbaloi betul tak? Mari Ohmedia share kan 10 sebab kenapa korang kena pilih realme Smart TV ni. Mesti korang jatuh hati punyalah.

1.Smart TV menjalankan Android TV 9.0

Apa yang menariknya, realme Smart TV ni menggunakan Android TV 9.0. Jadi, memang mudah untuk korang download pelbagai aplikasi popular seperti Netflix, YouTube dan sebagainya yang ada pada Google Play Store. Kalau korang nak layari internet dekat realme Smart TV ni pun boleh tau.

2. Confirm smooth dan tak sekat-sekat

realme Smart TV ni menggunakan pemprosesan MediaTek 4-Teras bersama 1GB RAM. Pergh! Mesti smooth gila dan takkan sekat-sekat punyalah. Korang boleh layan movie, main game atau buat apa-apa saja sepuas hati gais. Nak download apa-apapun sangatlah cukup dengan 8GB storage yang ada pada realme Smart TV ni.

3. Design premium tanpa bezel

Design pada realme Smart TV ni sangat premium gais. Kalau korang nak tahu, bezel dia tu nipis gila dengan hanya 8.7mm je. Pergh! Mantul gais. Mana lagi korang nak dapatkan design Smart TV yang cantik dan kemas dengan harga yang macam realme tawarkan ni. Bukan setakat cantik je, realme Smart TV ni memang ringan. Bagi model yang 43 inci tu beratnya cuma 7kg je gais.

4. Kualiti gambar luar biasa, lebih jelas dengan Chroma Boost

Korang tahu tak dah hampir 20 juta telefon pintar realme telah menggunakan teknologi Chroma Boost untuk jadikan gambar yang di ambil nampak cantik? Nak tahu tak, realme Smart TV ni pun ada teknologi tu. Chroma Boost ni diterapkan pada realme Smart TV ni supaya kejelasan, warna, kontra dan kualiti gambar yang terhasil tu jadi luar biasa dan sangat menakjubkan. 

5. Dua pilihan saiz mengikut citarasa pengguna

realme Smart TV ni didatangkan dengan dua pilihan skrin sama ada 32 inci ataupun 43 inci mengikut keselesaan dan kegunaan pengguna. Bagi saiz 32 inci resolusi ditawarkan adalah 1366 x 768 manakala 43 inci pula 1920 x 1080.

6. Takkan silau walau dalam keadaan cerah

Ohmedia tahu mesti ada yang selalu merungut kalau tengok TV pada waktu cerah sebab silau dan kacau pemandangan, memang spoil gila kot. Dengan realme Smart TV ni, korang tak perlu berhadapan lagi dengan masalah tu sebab ianya didatangkan dengan kecerahan ultra tinggi 400+ nits yang membolehkan TV dapat dilihat dengan jelas tak kira masa. 

Bukan tu jer, realme Smart TV ni akan menjadi lebih cerah dalam keadaan terlampau terang dengan adanya sokongan 16.7 juta warna. Pergh! Boleh layan movie tak kira masa dah lepas ni gais.

7. Pengalaman luar biasa dengan 7 mod paparan berbeza 

Nak tengok TV beramai-ramai bersama keluarga pun tak jadi masalah dengan realme Smart TV ni sebab ianya didatangkan dengan 178° sudut visual. Barulah best! realme Smart TV ni juga didatangkan dengan 7 pilihan mod paparan iaitu Standard, Vivid, Sport, Movie, Game, Energy Saving dan User. Bila korang pilih mod yang betul, mesti feel dia lain macam gila bila tengok tu TV nanti. 

8. Pengalaman audio cukup gempak!

Bukan setakat pengalaman visual je yang cantik, audio yang terhasil pada realme Smart TV ni pun memang gempak gila gais sebab ia didatangkan dengan dua set pembesar suara 24W yang terletak pada bahagian bawah TV, masing-masing ada satu pembesar suara dan satu tweeter. 

9. Feel lain macam dengan Dolby Audio

Kalau korang nak tahu, realme Smart TV ni menggunakan Dolby Audio MS12B untuk buatkan suara yang terhasil lebih menarik dan jelas gais. Bila dengar tu, rasa macam kita sekali ada dekat situasi dalam movie tu sebab ia menghasilkan bunyi surround. Memang layan gila! Kejap bunyi dekat belakang, kejap dekat tepi dan kejap bunyi dekat depan. 

Bukan tu jer, algoritma Dolby Audio ni dapat mengawal tahap kebisingan dan menghilangkan lonjakan volume secara tiba-tiba. Maklumlah, manusia ni memang sensitif dengan tahap kekuatan bunyi ni. Jadi, takdelah korang terkejut tiba-tiba.

Apa yang menariknya, Dolby Audio ni dapat tahu keupayaan suara pada sesuatu peranti sebelum berikan audio yang sangat jelas dan bebas dari gangguan. Jadi, tak kisahlah sama ada suara tersebut berfrekuensi tinggi atau rendah sekalipun, korang tetap dapat dengar dengan sangat jelas. Terbaik betul lah realme TV ni.

10. Spec mantap! Harga berbaloi gila

Jarang jumpa Smart TV dengan harga berpatutan dan menyokong HDR 10. Maknanya, dengan realme Smart TV ni korang boleh layan Netflix ataupun Amazon Prime Video dengan paparan luar biasa. 

Korang tengok harga dia tu memang tak masuk akal kan? Dah mengidam realme Smart TV? Ada berita baik untuk korang sebab realme ada sale di Shopee, 22 Disember ni. Rugi tak grab sebab realme Smart TV 32 inci hanya RM699 dari harga asal RM899! Untuk saiz 43 inci pula dijual RM1499 jimat RM200 dari harga asal. Pergh! Memang terbaiklah realme. Harga mampu milik tapi semuanya lengkap dalam satu TV. Korang kena angkat satu gais, mesti puas hati punya.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook realme Malaysia sekarang! 

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas