Connect with us

Oh! Media

Ganjaran Sehingga RM362 & Hadiah Bernilai RM2,526. Pra Tempah OPPO Reno7 Z 5G Sekarang di OPPO Official Store Shopee!

OPPO Reno7 Z 5G

Branded

Ganjaran Sehingga RM362 & Hadiah Bernilai RM2,526. Pra Tempah OPPO Reno7 Z 5G Sekarang di OPPO Official Store Shopee!

Penantian kini berakhir buat peminat OPPO, modal Reno7 Z 5G telah rasmi dilancarkan dan akan berada di pasaran lokal. Yay!

Macam yang korang tahu, OPPO sentiasa ‘level up’ peranti diorang untuk setiap keluaran baru untuk memenuhi citarasa pengguna

Lebih menarik, OPPO bekerjasama secara eksklusif dengan Shopee untuk memberikan baucar tambahan dan lebih banyak ganjaran tau! 

Tapi sebelum tu,  Reno7 Z 5G hadir dengan beberapa ciri terbaru yang akan buat korang tercengang sekejap dan ini 5 sebab kenapa korang patut pra tempah peranti ini!

1. Gambar Portret Tahap DSLR

Bila sebut pasal mod portret, apa yang dirisaukan oleh rata-rata pengguna adalah kesan bokeh yang tak menutup latar belakang subjek dengan sempurna. 

Kini korang tak perlu risau lagi sebab dengan OPPO Reno7 Z 5G, ia dilengkapi ciri pengimejan Portret Suar Bokeh yang dapat memperhalusi lagi kesan bokeh sama macam kamera DSLR apertur lebar. Haa, dah saing-saing kamera profesional tau!

Gambar pada waktu siang
Gambar pada waktu malam

Untuk pengetahuan, algoritma yang terdapat pada peranti ini dapat membezakan subjek manusia daripada latar belakang serta dapat mencerahkan subjek dan mengaburkan latar belakang secara keseluruhan.

Ia juga dapat kesan lebih terperinci butiran pada subjek seperti rambut dan baju manusia pada tahap piksel dan menjadikannya lebih jelas dengan latar belakang yang ringkas. 

Peranti ini juga hadir dengan ciri Bokeh Flare Portrait Video yang mana ia sesuai untuk digunakan semasa sambutan hari lahir, berkelah dengan kawan-kawan dan lain-lain.

Dengan kehadiran kamera lebar 64MP, 2MP kamera makro dan 2MP kamera kedalaman, tak disangkal lagi OPPO Reno7 Z 5G ini dapat menghasilkan gambar yang lebih cantik seperti kamera profesional. 

Selain itu, peranti ini juga mempunyai ciri kamera HDR Swafoto yang ditambah baik julat dinamiknya untuk mengesan cahaya latar belakang secara automatik. 

Ia juga menggunakan algoritma untuk menyekat cahaya terang apabila muka bercahaya pada bahagian belakang atau latar belakang terang dapat dikesan untuk memastikan kedua-dua subjek dan latar belakang ditangkap dalam perincian. 

Haa, siapa yang kaki selfie tu confirm akan suka dengan ciri ini sebab tak kira bercahaya malap atau bercahaya pada bahagian belakang, Reno7 Z 5G boleh menyelesaikannya! 

Dengan kamera swafoto 64MP, kini korang boleh tampak lebih yakin ketika berswafoto dengan butiran yang lebih realistik, warna yang terang serta ton dan tekstur kulit yang semula jadi.

2. Peranti Tampak Mahal Dengan Ciri Lampu Dwi Orbit

Dilengkapi dengan cahaya yang tersembunyi dibawah dua kamera utama, ia menampakkan peranti ini kelihatan lebih elegan terutama pada waktu malam tau. Haa, hanya dengan OPPO saja korang dapat reka bentuk macam ni!

Lampu Dwi Orbit ini akan menyala apabila korang menghidupkan telefon, mempunyai panggilan atau panggilan tak dijawab, mesej, notifikasi, memasuki video game, serta apabila sedang melakukan pengecasan. 

Selain itu, korang juga boleh dapatkan peranti ini dengan warna yang cukup menarik iaitu Rainbow Spectrum dan Cosmic Black. Sekadar info, warna Rainbow Spectrum itu akan kelihatan sangat cantik apabila terkena pantulan cahaya matahari tau. Bestnya!

3. Bateri Yang Lebih Lama Dengan OPPO signature SUPERVOOC+ Immersive Display

Untuk korang kaki game dan suka tengok drama tu, kini korang boleh menikmati kepuasan yang berganda dengan OPPO Reno7 Z 5G!

Peranti ini dilengkapi dengan kadar segar semula 60 Hz serta skrin berkelebaran 6.4 inci FHD+ AMOLED tau. Haa, barulah best nak main game dan tonton drama!

Tapi, kalau dah selalu menghadap telefon saja, korang mesti risau bateri cepat habis dan perlukan masa yang lama untuk cas sampai penuh betul tak? 

Korang rileks saja sebab peranti ini hadir dengan bateri sebesar 4500 mAh serta pengecasan pantas 33W tau yang mana ia mampu untuk mengecas peranti sehingga 31% dalam masa 15 minit saja. Haa, laju kan? 

4.  Storan Peranti Yang Lebih Besar

Reno7 Z 5G terbaru ni juga hadir dengan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon 695 5G yang menawarkan keserasian dan prestasi GPU yang lebih baik daripada SoC MediaTek pada harga yang sama. Wow!

Bukan itu saja, siri ini juga turut didatangi dengan 8GB RAM serta 128GM ROM untuk memudahkan korang membuat penyimpanan fail atau video yang banyak tau.

Kalau rasa-rasa tak cukup, korang boleh buat penambahan sehingga 5GB RAM dengan Penambahan RAM OPPO tau! Haa, lagi mudah untuk sistem serta dapat meningkatkan prestasi telefon pintar. Terbaiklah!

5. ColorOS12 Yang Lebih Convenient

Memahami trend anak muda, OPPO Reno7 Z 5G hadir dengan Omoji yang mana ia mempunyai lebih 200 elemen dan emotikon. 

Ia juga dapat membentuk 47 kesan gabungan dan pelarasan halus pada ciri muka dapat dihasilkan untuk menangkap setiap ekspresi muka korang. Menarik!

Selain itu, peranti ini juga dilengakapi dengan Anti-Peeping Notification yang mana ia dapat mengimbas secara automatik sama ada seseorang itu sedang melihat notifikasi pada telefon dan akan memaparkannya.

Peranti ini juga hadir dengan ciri Air Gesture yang mana ia membenarkan penggunan untuk mengawal telefon apabila tangan mereka dalam keadaan yang kotor atau basah. Wah, menarik!

Ganjaran Eksklusif Shopee

Haa, menarikkan ciri yang ada pada OPPO Reno7 Z 5G ni? Kalau korang buat pra tempah sekarang, korang berpeluang untuk memenangi ganjaran eksklusif daripada Shopee tau! 

Selain hadiah asal yang bernilai RM233, promosi Beg Reno dan PWP (diskaun 50% untuk Enco Air2), 100 pelanggan pertama yang membeli OPPO Reno7 Z 5G di kedai rasmi OPPO di Shopee akan menerima hadiah percuma eksklusif bernilai RM129 serta Rebat ShopeePay RM50 (hanya untuk pengguna aktif ShopeePay) dan stainless steel suction cup bernilai RM79. Wow!

Kalau korang beli produk OPPO sepanjang tempoh promosi, korang berpeluang untuk sertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM2,526 tau! Hadiah termasuk OPPO Reno7 Z 5G terbaru, Enco Air2 (Harga asal RM249). Serius lah? Sah sehingga 8 April!

Bukan itu sahaja, Shopee juga menyediakan baucar tunai sehingga RM 19,750 di kedai rasmi OPPO di Shopee(oppo_os) tau! Jadi, rebut peluang keemasan ini untuk memenanginya hanya dengan melakukan putaran tanpa perlu membeli apa-apa!

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menang hadiah daripada Shopee dan OPPO! Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO Malaysia atau korang juga boleh dapatkan pelbagai peranti di kedai rasmi OPPO di Shopee.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas