Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Gaduh Kerana Berebut Harta, PU Amin Terpaksa Masuk Campur ‘Sekolahkan’ Dua Beradik

Branded

(VIDEO) Gaduh Kerana Berebut Harta, PU Amin Terpaksa Masuk Campur ‘Sekolahkan’ Dua Beradik

Harta ni tidak boleh dibuat sambil lewa, ada keluarga yang sanggup bergaduh apabila si mati pergi tanpa meninggalkan wasiat hanya kerana berebutkan harta peninggalan.

Malah dalam video yang kami nak kongsikan ni, seorang lelaki tergamak memutuskan hubungan persaudaraan dengan abang kandungnya hanya kerana harta.

Diakhir video ini, PU Amin pun ada berpesan supaya suburkan kasih sayang diantara kita. Tidak kiralah di antara adik beradik mahupun dengan masyarakat, kerana kasih sayang itu tiada batasnya.

Sepanjang bulan Ramadan ni, kalau korang nak tau KawanFood akan berkongsi beberapa kisah tauladan yang sering terjadi dalam masyarakat hari ni. 

Korang boleh saksikannya eksklusif di Facebook Oh! Media, sambil tu jangan lupa ambil sekali pengajaran yang ingin disampaikan.

Jom Tingkatkan Amalan Di Bulan Ramadan Ini!

Syukur kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini. Rugi rasanya kalau kita tidak mencuri peluang untuk gandakan lagi amal ibadah kita, betul tak? 

Salah satu cara untuk tingkatkan amal kita dalam bulan yang suci ini adalah dengan memberi atau menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Haaa, kalau nak tahu korang pun sebenarnya boleh membeli sambil menderma tau. Selari dengan inisiatif yang dibawakan oleh KawanFood iaitu memberi semula kepada masyarakat sambil membantu mereka yang kekurangan.

Malah baru-baru ini KawanFood telah bekerjasama dengan badan-badan amal seperti “PERTIWI Soup Kitchen”, “Daily Bread Food Bank” dan “Great Heart Charity” dalam Projek Inisiatif Makanan khas bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita bantu mereka yang memerlukan. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu membeli 2 pek produk dari siri Kawan Paratha di laman web KawanFood dan pilih sahaja mana-mana badan amal (PERTIWI Soup Kitchen/Daily Bread Food Bank/Great Heart Charity) untuk KawanFood dermakan satu pek makanan, bermula sekarang sehingga 30 Jun 2021 ini.

Sebelum tu, nak ingatkan juga dekat korang yang kita masih lagi belum menang menentang pandemik. Jadi perlulah sentiasa jaga SOP, dan kalau korang nak tahu sempena bulan Ramadhan ni, KawanFood ada buat promosi khas Beli 1 percuma 1 sehingga 16 Mei ni. Sudahlah percuma satu, dapat pula baucar bernilai RM5. Daripada korang melepak makan dekat luar baik korang beli je KawanFood buat stok dekat rumah, kan lagi selamat.

Ehhh Sabar Ada Lagi…

Bermula 6 April sehingga 1 Mei ini korang juga berpeluang untuk dapatkan 1 pek PERCUMA mini paratha dengan setiap pembelian mana-mana produk Ready Cooked Meal KawanFood.

Bukan sahaja dapat beramal, malah korang pun boleh turut merasa kesedapan produk dari KawanFood ni. Jadi apa tunggu lagi, jom buat kebaikan bersama KawanFood!

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian dalam talian, layari laman web KawanFood. 

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas