Connect with us

Oh! Media

duduk by EcoWorld Projek Perumahan Trending Di Pasaran Hartanah. Jalani Kehidupan Terbaik & Bersedia Untuk WOW!

Branded

duduk by EcoWorld Projek Perumahan Trending Di Pasaran Hartanah. Jalani Kehidupan Terbaik & Bersedia Untuk WOW!

Dalam kekalutan yang dibawa oleh pandemik kepada pasaran hartanah, projek ‘duduk by EcoWorld’ kini sedang trending dan hangat diperkatakan di pasaran.

Ketika orang lain sibuk membicarakan tentang trend kereta EV terkini, ‘duduk’ menjadi bualan dengan pembangunan bertingkat yang bakal HIDUPKAN IMPIAN pemuda, MUDAHKAN GAYA HIDUP dengan harga CONFIRM MAMPU.

Selepas menerima sambutan hangat di dua lokasi iaitu Huni D’ Eco Ardence dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary, EcoWorld kini mengembangkan projek kediaman bertingkat duduk di empat lagi perbandarannya – Sa.Young D’ Eco Botanic, Santai D’ Eco Spring, Riang D’ Eco Majestic, dan Hana D’ Eco Ardence.

Semua unit duduk by EcoWorld adalah separa berperabot*  dengan keluasan purata 1,000* kaki persegi dan reka bentuk 3 bilik tidur, 2 bilik air dengan dua tempat letak kereta. Selain itu, duduk juga menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan keselamatan 24 jam untuk memastikan keselamatan anda dan yang tersayang.

Projek duduk merupakan pilihan yang sangat ideal bagi golongan profesional muda, pasangan yang baru berkahwin, pesara yang inginkan ketenangan, atau sesiapa sahaja yang ingin menjalani lifestyle terbaik!

1. Sa.Young D’ Eco Botanic

Satu lagi projek duduk di selatan tanah air iaitu di Sa.Young Eco Botanic, Iskandar Puteri. Perbandaran Eco Botanic  berkonsepkan reka bentuk gaya kolonial British. Tapi apa yang paling best dengan lokasi Eco Botanic ialah, ianya terletak berdekatan dengan EduCity dan tarikan terkenal di Johor iaitu Legoland.

Selain itu, Eco Boulevard merupakan kawasan komersial yang dinamik di perbandaran ini, dengan rangkaian 200 buah kedai popular seperti Starbucks, Watsons, dan sebagainya. Di Eco Botanic juga terdapat Eco Galleria, ‘high-street mall’ untuk anda yang gemar shopping! Salah satu penyewa utamanya ialah University of Southampton Malaysia (UoSM).

Kawasan Eco Botanic, mempunyai akses langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Skudai, dan Lebuhraya Pasir Gudang yang meluaskan lagi capaiannya ke Johor Bahru dan Singapura.

Bagi Sa. Young D’ Eco Botanic pula, projek ini menawarkan unit dengan ansuran bulanan bermula daripada RM 1,810*! Ia seluas 1,000 kaki persegi, dengan 3 bilik tidur,  2 bilik mandi, dan 2 tempat letak kereta, serta separa berperabot* dengan pendingin hawa, mesin basuh serta pengering, kabinet dapur dan hob.

Jika berminat dengan projek ini, korang boleh hubungi wakil jualan di WhatsApp ataupun terus ke Galeri Jualan Eco Botanic untuk maklumat lanjut.

2. Santai D’ Eco Spring

Santai D’ Eco Spring terletak di Koridor Tebrau, Iskandar Malaysia. Projek perumahan Eco Spring ini menampilkan konsep rekaan ala Eropah klasik yang mewah.

Dari segi kemudahan, kawasan ini terletak dalam lingkungan Eco Palladium dengan  tumpuan menarik iaitu Spring Labs yang sangat Instagrammable dan kegemaran mereka yang ingin bersantai bersama kawan-kawan di hujung minggu. Kedua-duanya merupakan kawasan komersial yang dinamik untuk kemudahan para penduduk di perbandaran itu.

Eco Spring terletak di lokasi yang strategik, berhubung dengan Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL).

Santai D’ Eco Spring menawarkan unit dengan keluasan 950 – 1,037* kaki persegi dengan ansuran bulanan bermula daripada RM 1,745*. Setiap unit dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, 2 tempat letak kereta, serta separa berperabot* dengan kelengkapan seperti 2 pendingin hawa, mesin basuh serta pengering, kabinet dapur dan hob.

Jika berminat, korang boleh hubungi wakil jualan di WhatsApp ataupun terus ke Galeri Jualan Eco Spring untuk maklumat lanjut.

3. Riang D’ Eco Majestic

Riang D’ Eco Majestic terletak di Semenyih, Selangor. Eco Majestic membawakan konsep kolonial yang sangat klasik dan mewah. Korang mesti terpegun dengan keindahan reka bentuk dalaman dan luarannya. Tak cukup dengan reka bentuk memukau, kawasan sekeliling juga dilindungi dengan kehijauan flora yang sejuk mata memandang. 

Eco Majestic dihubungkan dengan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) yang memberikan akses mudah kepada penduduk yang bekerja dan tinggal di sini.

Dari segi kemudahan, Eco Majestic ada segalanya seperti Jaya Grocer, Starbucks Reserve, McDonalds, Tealive, Guardian, Farmasi Health Lane, Subway, FamilyMart, dan banyak lagi. Nak pergi Bukit Broga pun dekat tau!

Ansuran bulanan Riang D’ Eco Majestic ni bermula daripada RM 1,700*. Dengan keluasan 1,000 kaki persegi, setiap unit memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, 2 tempat letak kereta dan separa berperabot* dengan kelengkapan seperti lampu, kipas, pendingin hawa, mesin basuh serta pengering, kabinet dapur danhob, dan pemanas air mandi.

Jika berminat dengan projek ini, korang boleh hubungi wakil jualan di WhatsApp ataupun terus ke Galeri Jualan Eco Majestic untuk maklumat lanjut.

4. Hana D’ Eco Ardence

Hana D’ Eco Ardence terletak di lokasi yang strategik di Setia Alam, memberikan akses mudah untuk  ke lebuhraya utama seperti Lebuhraya NKVE, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Persekutuan, dan Lebuhraya Koridor Guthrie. 

Eco Ardence menyediakan kemudahan komersial kepada komuniti melalui Ardence Labs dan Ardence Crest yang merupakan kawasan komersial yang dinamik. Ardence Labs mengubah bekas-bekas kargo kepada lot runcit dan F&B yang berkembang pesat, manakala Ardence Crest merupakan kawasan komersial dengan pelbagai fasiliti seperti 99 Speedmart, 7-Eleven, Ardence International Secondary School, kafe, kedai perabot, dan lain-lain.

Hana D’ Eco Ardence merupakan kediaman separa berperabot* seluas 900 kaki persegi dan dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, dan dua ruang letak kereta. Ia boleh dimiliki dengan ansuran bermula daripada RM1,728* sebulan dan disertakan dengan kelengkapan rumah seperti lampu, kipas, pendingin hawa, kabinet dapur serta  hob, mesin basuh serta pengering, dan pemanas air mandi. 

Jika berminat dengan projek ini, korang boleh hubungi wakil jualan di WhatsApp ataupun terus ke Galeri Jualan Eco Ardence untuk maklumat lanjut.

Inilah masanya untuk tingkatkan gaya hidup korang dengan kediaman di duduk by EcoWorld.

Daftar sekarang di www.duduk.my untuk info lanjut.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas