Connect with us

Oh! Media

Dispenser Pam Air Elegan & Jimat Elektrik Dah Masuk Pasaran, Ini Review Jujur Kami

Branded

Dispenser Pam Air Elegan & Jimat Elektrik Dah Masuk Pasaran, Ini Review Jujur Kami

Dalam kehidupan seharian, kalau boleh semua benda kita nak senang dan menjimatkan masa. Tak kisahlah dalam hal bekerja, belajar atau apa saja, yang penting, praktikal dan memudahkan. Apatah lagi kalau cantik, menarik dan mempunyai nilai estetika kan? Memang kenalah ada satu untuk kegunaan, mata pun suka je tengok benda-benda cantik ni. Spritzer memperkenalkan Spritzer Water Pump Dispenser untuk memudahkan pengguna hidrat tubuh seharian, hanya tekan je, terus boleh minum!

Warna Tidewater Green yang trendy

Kami membuat keputusan untuk mencuba sendiri bagaimana ianya berfungsi, tahap praktikaliti dan berbaloi ke dengan harga ditawarkan. Spritzer Water Pump Dispenser didatangkan dalam warna Tidewater Green yang menjadi warna paling trendy untuk tahun ini. Pam ini juga turut diperincikan dengan kemasan warna emas untuk tampak lebih mewah dan eksklusif.

Kalau bercakap warna hijau, mesti ramai setuju warna ni menenangkan. Sejuk je mata memandang kan? Bayangkan wallpaper rumah  korang warna hijau, diserikan pula dengan Spritzer Water Pump Dispenser, memang terserlah gaya moden dan classy ruang kediaman korang nanti.

Turut disertakan bersama adalah hos silikon air dan kabel USB. Pam ini tak beroperasi dengan elektrik, tapi sebelum digunakan, kena cas dulu selama 3 jam. Alat ni sesuai digunakan untuk botol 6 liter dan 9.5 liter je tau, jadi sebelum beli air mineral semulajadi Spritzer, pastikan saiz botol yang betul, barulah beli.

Senang digunakan & mudah alih

Lepas cas, hanya perlu sambungkan hos silikon pada hujung pam dan masukkannya ke dalam botol, taraa, dah siap untuk digunakan. Ringan dan ringkas untuk digunakan. Hanya perlu tekan dan air akan mengalir laju memenuhi gelas. Senang cerita, pam ni memang mudah digunakan, sangat sesuai untuk kegunaan sekeluarga ataupun pasangan baru berkahwin.

Pam ini mempunyai 2 mode iaitu agihan mengikut keperluan (1 button dispense) yang akan berhenti mengikut kehendak pengguna dan mode 600 ml. Semuanya bergantung kepada keperluan masing-masing. Ia juga mudah alih, dah habis air digunakan? Senang je untuk digunakan untuk botol seterusnya, tak leceh atau memakan masa.

Elektrik lebih jimat

Sebelum ni kita baca di media mengenai kenaikan mendadak bil elektrik berpunca dari penapis air dengan ciri penyejukan dan pemanasan. Ini kerana dalam cuaca panas, lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengekalkan suhu diingini.

Tapi jangan risau, dengan Spritzer Water Pump Dispenser yang hanya bekalan kuasa 1A untuk dicas, korang boleh gunakan pam ini tanpa perlu risau bil elektrik melambung naik. Hanya perlu cas 3 jam sebelum guna dan bertahan untuk beberapa botol seterusnya.

Dengan fungsi yang diperlukan dalam setiap rumah, mesti tak sangka dengan harga Spritzer Water Pump Dispenser ni hanya RM39.90 sahaja. Memudahkan urusan, senang nak guna, jimat elektrik, cantik pulak tu, tapi harga macam tu, memang kena grab cepat-cepat sebelum kehabisan stok guys!

Kenikmatan air mineral semulajadi daripada hutan hujan tropika pastinya menjadikan Spritzer minuman pilihan setiap masa dan di mana saja. Korang takkan jumpa rasa air mineral semulajadi yang sama macam ni di pasaran.

Tunggu apa lagi jom dapatkan  Spritzer Water Pump Dispenser dan air mineral semulajadi Spritzer sekarang . Senang je, masuk cart, bayar, tunggu je di rumah!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas