Connect with us

Oh! Media

Diskaun Istimewa, Khidmat Percuma Untuk Ahli Watsons 45 Tahun Ke Atas. Jimat Banyak!

Branded

Diskaun Istimewa, Khidmat Percuma Untuk Ahli Watsons 45 Tahun Ke Atas. Jimat Banyak!

Kesihatan ni memang satu kekayaan. Tak guna ada duit berkepuk, harta berjuta kalau tak ada kesihatan yang baik kan? Tambah-tambah lagi ketika satu dunia berperang dengan krisis kesihatan macam sekarang, lagilah kena jaga kesihatan betul-betul.

Untuk itu, Watsons memperkenalkan Watsons Health 45+ untuk ahlinya yang berumur 45 tahun ke atas bagi membantu menyediakan akses nasihat penjagaan kesihatan serta dispensari. Semuanya dibuat atas keprihatinan Watsons untuk meringankan beban golongan sasaran mendapatkan bekalan perubatan.

Apa je yang ada dalam Watsons Health 45+? Sebenarnya ni program untuk ahli Watsons untuk mendapatkan kelebihan seperti nasihat percuma, tambahan 5% diskaun untuk vitamin dan makanan tambahan dan diskaun 10% untuk dispensari dan item farmasi. Macam mana nak aktifkan semua ni? Senang je, boleh ke kedai Watsons berhampiran untuk dapatkan nasihat dengan ahli farmasi Watsons dan penasihat kesihatan mereka.

Lepas je diaktifkan, ahli  akan dapat kit alu-aluan termasukalah baucar kesihatan yang boleh jimat sehingga RM130, banyak tu! Selain tu, akan dapat juga Gold Health Screening Package di Pathlab berharga RM120 (Harga biasa RM220), insurans Prudential istimewa serta baucar kesihatan Watsons bernilai RM100! Memang berbaloi, rugi kalau tak aktifkan ni.

Bukan tu saja, ahli juga dapat khidmat e-preskripsi di mana mereka akan mendapat ubat dengan mudah atas saranan doktor. Senang je, beberapa langkah mudah, preskripsi ubat dapat diberikan kepada pegawai farmasi Watsons untuk mendapatkan bekalan ubat ahli.

Pelanggan juga boleh dapatkan nasihat perubatan percuma apabila melawat ke Watsons. Semuanya bertujuan untuk memberi nasihat tepat mengenai penjagaan kesihatan, penggunaan ubat dan alatan perubatan.

Banyak lagi khidmat percuma ada disediakan juga antaranya bacaan tekanan darah, berat badan, tahap glukosa dalam darah termasuklah nasihat untuk berhenti merokok dan banyak lagi. Macam-macam ada di Watsons sekarang!Untuk maklumat lanjut, boleh lawati https://www.watsons.com.my/promo-health45plus atau ikuti Facebook dan Instagram Watsons untuk update info harian.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas