Connect with us

Oh! Media

“Comelnya! Macam Crybaby” – Ramai Peminat Koleksi Blind Box Teruja Malaysia Ada Plushie Saing-Saing Figura Pop Mart

Vic Si Kancil

Branded

“Comelnya! Macam Crybaby” – Ramai Peminat Koleksi Blind Box Teruja Malaysia Ada Plushie Saing-Saing Figura Pop Mart

Kalau dah namanya pun hobi, kita mesti akan sanggup berbelanja lebih untuk dapatkan sesuatu yang kita nak betul tak? Tak kisahlah hobi itu pelik ataupun tidak, janji kita puas!

Macam sekarang ni, ramai sangat orang suka beli blind box untuk kumpul figura aksi atau plushie sebagai koleksi peribadi. Haa, korang yang tengah baca ni pun mesti ada yang terjebak juga kan?

Sejujurnya bagi kami, ia bukanlah satu masalah sebab ia berkaitan dengan minat kita sendiri, jadi walau mahal macam mana sekali pun, kita tak rasa rugi nak melaburkan duit yang lebih sedikit. 

Bukan itu saja, hobi mengumpul ini juga masih mempunyai nilai tersendiri apabila dijual di pasaran nanti tau. Jadi, berbaloilah kalau nak beli dan kumpul betul tak?

Vic Si Kancil

Antara yang tengah trend dan menjadi kegilaan ramai sekarang ini adalah Crybaby, Labubu, Hirono, dan Hacipupu, di mana setiap figura ini mempunyai pelbagai versi yang sangat comel, dari saiz kecil hingga ke besar.

Lebih mendebarkan, ramai orang berebut nak borong beli blind box sebab nak dapatkan figura misteri yang susah untuk didapati tau! Kalau jual tu, memang nilainya sangat tinggi. 

Haa, itu baru figura yang tengah trend sekarang, belum cerita lagi figura blind box buatan Malaysia. Dengar-dengar comel macam Labubu juga, betul ke? 

Lembut & Selesa Dipeluk, Vic Si Kancil Tambat Hati Orang Ramai

Vic Si Kancil

Untuk korang yang belum tahu, Vico baru saja mengeluarkan “Kotak Misteri Vic”, sebuah kotak blind box yang mengandungi figura Vic Si Kancil. 

Sama seperti blind box jenama terkemuka, Kotak Misteri Vic ini mempunyai tiga jenis reka bentuk figura, serta satu reka bentuk “misteri” edisi terhad tau, antaranya:

– original

– graduasi

– pelukis

– misteri

Apa yang membuatkan figura Vic Si Kancil ini menjadi kegilaan ramai adalah ia bukan saja comel, malah ia juga sangat gebu. Jadi, kalau korang nak buat peluk pun boleh. 

Vic Si Kancil

Bukan itu saja, dengan saiznya yang kecil, ia akan kelihatan sangat comel apabila digantungkan pada beg korang atau dijadikan sebagai pameran koleksi figura. 

Haa, sekarang korang dah tahu kan kenapa figura Vic Kancil ini menjadi kegilaan ramai kan? Tunggu apa lagi, jom kumpul 4 jenis plushie dengan hanya berbelanja RM25 untuk sebarang produk Vico.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas