Connect with us

Oh! Media

Bukan Biasa-Biasa, Mesin Basuh Ini Ada Ciri Paling Advance, Paling Tip-Top Dalam Kelasnya

Branded

Bukan Biasa-Biasa, Mesin Basuh Ini Ada Ciri Paling Advance, Paling Tip-Top Dalam Kelasnya

Membuat pilihan memang sukar, apatah lagi setiap pilihan pasti ada pro dan kontra. Kadang-kadang ia mengambil masa dari berjam-jam sehinggalah berminggu atau berbulan untuk membuat pilihan yang terbaik. Bukan apa sekiranya tersalah percaturan, banyak pula akibat perlu ditanggung di kemudian hari.

Bayangkan semuanya selesai dengan mesin basuh baru dari LG, Mesin Basuh Pintar AI DD™. Mesin basuh ini menawarkan ciri lebih dari sekadar cucian pakaian biasa dengan slogan ‘Melangkaui Cucian Biasa’. Apa yang istimewa dan pintarnya produk LG yang ini? Jom check this out!

Teknologi AI DD™

Dengan teknologi secanggih Artificial Intelligence Direct Drive™ (AI DD™), mesin basuh ini secara automatiknya mengesan berat cucian kelembutan fabrik cucian dengan menganalisis 20 ribu data. Setelah berat cucian dan tahap kelembutan fabrik cucian dikesan, corak cucian paling optimum akan dipilih secara automatik.

Fungsi ini juga secara langsung akan menjaga tahap kualiti pakaian untuk kekal pada keadaan terbaik walaupun dicuci berulang kali. Tak perlu risau pakaian rosak dengan mesin basuh lagi selepas ini.

TurboWash™ 360°

Dengan kuasa cucian TurboWash™ 360°, hanya 39 minit diperlukan untuk membuat cucian bersih dan mendalam. Tempoh masa ini adalah 34 % lebih cepat berbanding mesin basuh tanpa TurboWash™ 360°.

Steam™ & Steam+ ™

Mesin basuh pintar ini juga dilengkapi dengan ciri Steam™ untuk meneutralkan 99.99% bahan penyebab alahan menerusi pusingan pensterilan istimewa. Steam+™ juga akan menghilangkan 30% kedutan dengan Wrinkle Care.

Kapasiti lebih besar

Mesin Basuh Pintar AI DD™ LG ini mampu mencuci lebih banyak pakaian kini menjadikannya pilihan ideal bagi keluarga besar. Tidak perlu membuat beberapa trip basuhan untuk sekeluarga, senang dan menjimatkan tenaga dan elektrik.

LG ThinQ™

Segalanya di hujung jari dan LG turut menggabungkan kemudahan LG ThinQ™ dengan mesin basuh mereka. Dengan LG ThinQ™, pengguna boleh mengawasi dan mengawal mesin basuh dengan telefon pintar masing-masing. Tidak lagi perlu untuk memeriksa mesin basuh LG tersebut untuk memastikan pakaian sudah siap dibasuh atau belum. Mudahnya!

Melangkaui Cucian Biasa

Dengan ciri-ciri yang dimiliki mesin basuh pintar LG ini, fabrik pakaian akan tetap dijaga walaupun dicuci berkali-kali, dalam masa sama ia tetap bersih dan selamat dipakai. Cucian baju dengan menggunakan penjagaan fabrik akan meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Ini kerana, tanpa kita tidak sedar, cucian akan menghasilkan mikroplastik yang akan dibebaskan ke sungai dan laut sekaligus merosakkan ekosistem. Namun dengan teknologi AI DD™, impak sedemikian dapat dikurangkan.

Bagi sesetengah individu, sehelai pakaian lebih bernilai daripada tanda harga. Kadang-kala ianya mempunyai memori tersendiri contohnya baju ketika kali pertama dating dengan yang tersayang, skirt hadiah daripada kawan rapat, dan bermacam lagi nilai sentimental yang dimiliki.

Oleh sebab itu, pakaian untuk sesetengah orang cukup istimewa dan bermakna. Pakaian ini bukan sahaja perlu dijaga ketika digunakan, malahan ketika dicuci juga perlu diberi perhatian. Semuanya boleh dijaga dengan baik dengan fungsi AI DD™ yang akan memelihara memori anda selamanya.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas