Connect with us

Oh! Media

Buat Hal 2.0, Mamee, Tealive Ada Mi Goreng Pulak, Nak Tahu Tak Rasa Macam Mana?

Branded

Buat Hal 2.0, Mamee, Tealive Ada Mi Goreng Pulak, Nak Tahu Tak Rasa Macam Mana?

Sebelum ni Mamee membuat kejutan apabila berkolaborasi dengan Tealive mengeluarkan Spicy Mi Boba. Mi makan dengan milk tea? Biar betul? Produk sebelum ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan trending di laman sosial. Masing-masing ada pendapat sendiri, ada yang suka, ada juga yang langsung tak boleh terima tekak! Macam-macam kita dah tengok video ASMR, food review dengan memes di media sosial pasal Spicy Mi Boba sebelum ni kan?

Bukan setakat tu je guys, Mamee x Tealive nampaknya kembali lagi dengan Mi Goreng Boba. Pulak dah, kali ni macam mana lah agaknya rasa dia. Berani ke korang nak cuba? Tapi paling penting Mamee x Tealive janjikan keenakan penuh kejutan.

Kepada yang belum try, kena cuba dulu Spicy Mi Boba, lepas tu barulah Mi Goreng Boba ni. Kami sendiri dah cuba, apa yang kami boleh cakap, korang MESTI cuba sendiri. Lain macam pergi dia, serius guys korang kena try sendiri baru boleh tau.

Mi Goreng Boba ni dia seimbang rasa manis dan savoury dia. Paling istimewa, selain ada topping ‘Krupuk Rangup’ ala-ala Indonesia, tak ketinggalan mestilah ada boba jugak untuk melengkapkan menu unik ni! Boba lovers where you guys at?

Kata orang, tak cuba memang sampai ke sudah tak tahu. Tapi sekali dah cuba, boleh jatuh cinta sampai teringat-ingat terus. Kombinasi mi dengan boba langsung tak pernah terfikir kan, tapi pelik macam mana sekalipun belum tentu tak sedap. Siapa cakap tak sedap, tolong la jangan tipu-tipu.

Untuk menambah kemeriahan pelancaran Mi Goreng Boba, Mamee x Tealive ada challenge untuk korang! Hanya perlu makan Mi Goreng  Boba sambil nyanyi lagu tema ‘Goreng Boba Lagi’. Macam pernah dengar je, tapi di mana ya?Nak tahu lebih lanjut pasal dan dekat mana nak beli Mi Goreng Boba ni, boleh la ke Lazada, Shopee & kiosk Tealive atau secara online, sekarang. Korang dah ready ke tu nak try Mi Goreng Boba?

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas