Connect with us

Oh! Media

Betul Ke Boleh Layan Balik Drama Favourite, Tonton Drama Awal Sebelum Ditayang TV?

Branded

Betul Ke Boleh Layan Balik Drama Favourite, Tonton Drama Awal Sebelum Ditayang TV?

Penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif atas talian, iQiyi mempertingkatkan lagi komitmennya untuk melabur dalam dunia hiburan Malaysia dengan kerjasama dengan Primeworks Studio dan Celcom. Ini seiring dengan pencapaian pada akhir tahun 2020 dengan mencatat jumlah pengguna lebih 15 kali ganda!

iQiyi diberi keutamaan hak tayangan untuk drama-drama tempatan yang popular. Ini termasuklah drama-drama popular utama yang akan boleh distrim di platform iQiyi pada hari yang sama ianya ditayangkan.

Kesemua judul drama ini akan ditempatkan di satu ruangan khas di aplikasi iQiyi, yang juga boleh diakses melalui pautan www.iQ.com/local. Ruangan tontonan tempatan yang diberi nama ‘Local’ ini dijangka akan mengandungi lebih 1,000 jam senarai tontonan premium tempatan menjelang akhir tahun 2021.

Selain di Malaysia, drama berkenaan juga boleh ditonton oleh penonton Singapura dan Brunei. Mereka akan dapat menonton rancangan istimewa Ramadan dan Hari Raya seperti Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu, serta senarai tontonan popular yang amat dinanti-nantikan iaitu sambungan drama, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Budak Tebing.

Selain dari hak penyiaran, komitmen kerjasama di antara iQiyi dan pihak tertentu ini juga akan memberikan kelebihan kepada pengguna yang inginkan akses “tontonan awal” untuk drama terbaharu bertajuk, Shah Alam 40000.

Drama ini akan mula disiarkan pada 20 Mac 2021 pada jam 12 tengah hari. Drama bersiri ini mengisahkan sebuah kejiranan golongan atasan di Shah Alam, Selangor. Ia menceritakan tentang tiga wanita kaya dan popular, yang mana salah seorang daripadanya telah menceburi bidang perniagaan. Namun, ianya bakal merungkai satu rahsia. Agaknya apa rahsia tu? Nak tahu? Kenalah tonton sendiri!

Pengguna iQiyi juga bakal memperoleh akses eksklusif dan percuma untuk drama ini dalam tempoh terhad, sebelum ianya ditayangkan di TV pada penghujung tahun ini. Selain itu, pengguna iQiyi juga bakal memperoleh akses tontonan ke episod khas. 

Apa tunggu lagi, layan drama-drama terbaik tempatan di iQiyi sekarang di https://www.iq.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi sekarang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas