Branded
Betul Ke Air Mineral Semulajadi Spritzer Air Hutan Hujan Asli? Ini Jawapan Yang Kami Dapat
Air adalah keperluan harian untuk manusia berfungsi secara normal. Sebab itulah kita disarankan minum 8 gelas air (2.2 hingga 3 liter) sehari bagi menjamin kesihatan dan sistem otot tubuh dapat beroperasi dengan optimum. Tapi tahukah korang pentingnya meminum air yang bersih dengan khasiat dan mineral semulajadi? Barulah segala kebaikan dapat dimanfaatkan seluruh anggota badan.
Air mineral semulajadi Spritzer adalah air hutan hujan asli yang diproses dari sumber air berkeluasan 330 ekar di Taiping, Perak. Tapak sumber air semulajadi ini bebas dari pencemaran. Langkah dari mengeluarkan, memproses sehinggalah pembotolan dilakukan dengan teliti dan cermat bagi memastikan sumber air kekal bersih dan terjamin.

Mula diasaskan pada lewat 80-an, Spritzer Group of Companies mempunyai 8 anak syarikat yang memfokuskan penghasilan dan pengedaran beberapa jenis air minuman. Antaranya, air mineral semulajadi, air mineral semulajadi sparkling, air minuman suling, minuman berperisa buah berkarbonat, minuman berperisa buah tidak berkarbonat dan functional drinks.
Sebelum ni kita anggap semua air mineral sama je kan? Tapi sebenarnya tidak, air mineral dari hutan hujan semulajadi ini dikendalikan oleh pekerja profesional dibantu teknologi pembotolan terkini, memastikan setiap titik air dihasilkan berkualiti. Sebab tulah Spritzer dah menang bermacam pengiktirafan sejak sekian lama beroperasi.
Air mineral semulajadi Spritzer telah diperakui bebas plastik mikro dalam satu analisis dijalankan makmal Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM). Plastik mikro adalah fragmen halus plastik berasal dari proses perindustrian dan penghasilan yang boleh mencemari ekosistem alam. Malahan di bawah kanta pembesar 50 kali ganda sekali pun, bahan ini tidak dapat dikesan.
Pada 2018, satu kajian oleh State University of New York mendapati banyak jenama air botol antarabangsa yang dicemari dengan plastik mikro. Purata 325 partikel dikesan dalam setiap liter dengan kepekatan dari sifar hingga 10,000 partikel dalam satu botol!
Tapi kalau korang nak tahu lebih lanjut kenapa air mineral semulajadi Spritzer begitu istimewa, kenalah tengok sendiri depan mata. Spritzer mengadakan acara di Pavillion, Kuala Lumpur untuk mendekati pengguna mereka.

Spritzer menayangkan skrin 3D di hadapan Pavillion mengenai produk mereka tawarkan, dalam pada tu korang juga boleh bergambar di photo booth disediakan. Nak rasa sendiri air yang dikeluarkan Spritzer? Booth untuk mencuba juga turut disediakan selain mesin kitar semula, boleh la kitar semula botol yang dah digunakan.
Jangan lupa untuk ambil gambar dan muat naik di laman sosial masing-masing dengan hashtag #TheOriginalRainforestWater #SpritzerMY. Kempen berlangsung sekarang hingga 23 Mei 2021, jadi kalau korang tinggal berhampiran Lembah Klang, jom sama-sama meriahkan acara! Tapi pastikan penjarakan fizikal terjaga dan prosedur operasi standard diamalkan okay? Jumpa di sana!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM