Connect with us

Oh! Media

Best Sangat Ke Hidup Di Kota? Kami Tanya 3 ‘Orang Bandar’ dan Ini Jawapannya..

Branded

Best Sangat Ke Hidup Di Kota? Kami Tanya 3 ‘Orang Bandar’ dan Ini Jawapannya..

Hidup di bandar atau luar bandar, setiap orang ada pilihan masing-masing. Kalau di luar bandar, suasananya lebih tenang, tidak perlu hadap kesesakan lalu lintas, tapi kalau di bandar tidak kurang juga banyak kelebihannya. Peluang kerja lebih luas, fasiliti serba lengkap, akses kepada kemudahan yang pelbagai antara menjadi punca pilihan mereka yang tinggal di bandar.

Untuk lebih memahami mengapa ramai yang masih memilih tinggal dan bekerja di bandar besar, kami bercakap dengan tiga individu berlainan latar belakang namun berkongsi pilihan yang sama. Semuanya mencari rezeki dan membina kehidupan di kota metropolitan.

Peniaga online, Liyana Mansor, 27

Bagi Liyana Mansor, seorang peniaga online, dia memilih hidup di bandar kerana sebagai pengguna pengangkutan awam tegar, segala urusan hariannya cukup mudah. Ke mana saja, dia selesa menggunakan LRT, MRT atau KTM.

“Senang hidup di bandar besar, saya pulak online seller, nak ambil barang dari supplier, pos barang, jumpa kawan-kawan pada weekend, semuanya jadi mudah. Sebab tu saya pilih tinggal di kawasan yang dekat dengan public transport. Di sini senang, bukan macam tempat tinggal saya sebelum ni, ada yang tidak cukup lengkap macam sekarang.

Bukan tak suka langsung hidup di luar bandar, tapi sebagai seorang yang perlu sentiasa on-the-go, ke sana-sini jumpa supplier, mengepos barang, hidup di bandar adalah pilihan paling tepat untuk masa ni,” katanya.

Pekerja swasta, Brian Alex, 42

Berasal dari Bagan Datoh, Perak, Brian Alex hanya pulang ke kampung sesekali untuk perayaan besar tahunan. Selebihnya, dia mencari rezeki, berkahwin dan menyara kehidupan di bandar.

“Saya pilih hidup di bandar sejak datang untuk melanjutkan pelajaran, lebih 20 tahun lalu. Kerja sebagai pegawai jualan dan pemasaran membuatkan kekal dengan pilihan ini. Mana ada peluang kerja di pekan kecil sekarang, susah.

Bila dah berkeluarga, saya pun mahu yang terbaik untuk mereka. Pendidikan dari taska, sekolah hinggalah universiti, semuanya tersedia cukup lengkap di sini. Nilah pilihan saya dan tidak ada penyesalan atas pilihan saya untuk datang dan tinggal di bandar,” cerita Brian lagi.

Pelajar, Han Jian, 24

Hidup hanya sekali. Mungkin itulah pegangan Han Jian, seorang pelajar di sebuah kolej swasta. Apa yang mendorong dia tinggal di bandar selain terletaknya kolej tempat belajar, adalah aktiviti yang ditawarkan untuk hiburan masa lapang.

“Belajar saja memang bosan, sebab tu, bila ada je free time, saya akan release stres di arcade game kegemaran dengan rakan-rakan. Barulah lega semua tekanan belajar. Penat main game, kami akan cafe hopping sekitar Klang Valley.

Kami akan cuba pelbagai jenis kopi dan dessert, lepak dan menghabiskan masa bersama. Borak dan merancang aktiviti untuk dilakukan bila ada masa terluang,” kata pemuda mesra disapa Jian ini.

Kalau korang masih tercari-cari kediaman di sekitar bandar dan menikmati kehidupan seperti 3 individu ini, apa kata masukkan Sunway Serene, Sunway Velocity TWO, Sunway Avila, Sunway GEOLake Residences dan Sunway Belfield dalam senarai.

Kelima-lima projek oleh Master Community Developer Sunway Property  ini adalah contoh terbaik untuk menikmati Beauty of City Living berdasarkan lima tunggak utama Beauty of Balance, Beauty of Connectivity, Beauty of Easy Ownership, Beauty of Possibilities dan Beauty of Community. 

Sunway Serene, Petaling Jaya

Terletak di Petaling Jaya, perumahan ini menyediakan view depan tasik dikelilingi kehijauan alam beserta laluan jogging sepanjang 1.2 km. Selain itu, terdapat juga kelab golf 36-lubang dengan tasik 15 ekar. Saujana mata memandang! Apa yang menarik, terdapat Care Centre untuk penduduk. Ianya disokong Sunway Medical Centre beroperasi 24 jam.

Sunway Velocity TWO, Cheras, Kuala Lumpur

Sunway Velocity TWO terletak berdepan dengan Sunway Velocity dilengkapi dengan pusat beli-belah, pusat perubatan, institusi pendidikan, hotel, taman berkeluasan 2 ekar, pusat perniagaan dan juga pejabat. Segalanya cukup lengkap tersedia. Ia juga hanya 3.8 km dari bandar Kuala Lumpur dan terhubung dengan 3 MRT dan 2 stesen LRT. 

Sunway Avila, Wangsa Maju

Menawarkan service apartment dengan harga bermula RM450,000 yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki berbumbung ke LRT Sri Rampai. Perumahan ini terletak 6.5 km dari Kuala Lumpur dan turut mempunyai bangunan kedai untuk dimanfaatkan penghuninya.

Sunway GEOLake Residence, Sunway City

Dibangunkan berdekatan kemudahan bertaraf dunia seperti Sunway University, Monash University Malaysia, Sunway International School, Taylor’s University, Sunway Medical Centre, Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon. Terhad hanya dengan 420 unit kondominium dan 44 townhouse, perumahan pada tanah berkeluasan 6.49 ekar ini adalah definisi untuk ‘eco-luxurious’ living sebenar.

Sunway Belfield, Kuala Lumpur

Bagi yang sudah berkeluarga atau mencari kediaman untuk tujuan pelaburan, inilah harta tanah yang dicari-cari. Hanya 400m berjalan kaki dari stesen monorel Maharajalela dan SJK(C) Kuen Cheng 1 serta 2 stesen dari KL Sentral. Dekat dengan pelbagai kemudahan, penghuni juga akan menikmati pemandangan indah kerana ianya berdekatan bakal bangunan tertinggi Asia Tenggara, Merdeka 118 yang mempunyai 1 million kaki persegi kawasan komersial.

Sunway Property nekad memberikan yang terbaik dan memudahkan urusan pemilikan rumah dengan beberapa tawaran menarik untuk bakal pemilik. Pembeli akan menikmati moratorium selama 12 bulan dari tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P) selain boleh membatalkan pembelian jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Pembeli juga dijanjikan pinjaman dengan kadar faedah yang  menarik untuk projek terhangat oleh Sunway Property ini.

Bukan itu sahaja, pembeli juga akan mendapat penulen udara Panasonic Nanoe Air untuk kelengkapan rumah baru nanti, barulah selesa tinggal nanti!

Kempen Beauty of City Living ini menjanjikan kelebihan tinggal di kota yang mempunyai jaringan perhubungan, berhampiran stesen transit selain gaya hidup moden. Apa taknya, lokasi seperti cafe dan pusat beli-belah terletak tidak jauh dengan tempat kediaman. Selain itu, kempen ini juga menggalakkan gaya hidup sihat serba aktif kerana projek terletak berhampiran dengan alam semulajadi.

Berminat dengan mana-mana projek di atas? Dapatkan info lanjut di SINI dan wakil jualan Sunway Property akan memberi panduan terperinci untuk langkah seterusnya.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas