Connect with us

Oh! Media

‘Bagi Makan Ikan Pun Tak Nak’ Si Comel Memilih Bab Makanan? Ini Yang Korang Perlu Tahu!

Nurture Pro

Branded

‘Bagi Makan Ikan Pun Tak Nak’ Si Comel Memilih Bab Makanan? Ini Yang Korang Perlu Tahu!

‘Ingatkan bela kucing ni senang, rupanya sama je macam manusia, MEMILIH!’

Siapa kat sini ada si bulus dekat rumah, cuba meow sikit. Kah, kah. Haa, biasanya kita bela kucing ni bukan sebab comel saja, tapi sebagai peneman untuk berborak dan bermanja dekat rumah. 

Bab makanan dengan tempat tinggal tak perlu cakaplah, diorang ni memang makan apa saja dan tidur pun bersepah di mana-mana, sebab dah selesa kan?

Tapi, rata-rata yang bela kucing ni, mesti pernah hadapi masalah kucing MEMILIH makanan betul tak? Untuk pengetahuan, kucing ni sebenarnya memilih sebab mereka dah bosan asyik makan makanan yang sama saja. Macam manusia lah, mesti nak kepelbagaian betul tak?

Haa, cakap pasal makanan kucing ni, jom kami kongsikan satu rahsia untuk pastikan si bulus dekat rumah korang sentiasa berselera nak makan, dan paling penting baik untuk kesihatan!

Nurture Pro Pilihan Terbaik Untuk Si Bulus!

Untuk korang yang belum kenal lagi, Nurture Pro adalah produk penjagaan kucing daripada Amerika Syarikat yang bermutu tinggi serta mematuhi piawaian AAFCO, NRC, FEDIAF dan lain-lain.

Biskut makanan yang dihasilkan oleh Nurture Pro ini mengandungi Glukosamin dan Kondroitin yang mana ia bagus untuk melindungi sendi, meningkatkan fungsi sendi serta mengurangkan sakit sendi. Wow!

Pentingnya glukosamin dalam makanan ini adalah ia sebagai asas dalam binaan tulang rawan serta ia boleh menghalang proses degeneratif sendi. 

Manakala untuk kondroitin pula, ia bertindak sebagai pelinicir dan sebagai ‘shock absorber’ serta dapat mengurangkan geseran dalam tulang. 

Nurture Pro Nourish Life, Hasil Gabungan 12 Herba Untuk Kesihatan Kucing

Antara rangkaian produk daripada Nurture Pro adalah Nourish Life, iaitu biskut makanan kucing yang diperbuat daripada sumber daging yang segar, buah-buahan serta sayur-sayuran herba liar.

Menariknya, Nourish Life ini mengamalkan prinsip 6, 9 dan 12 iaitu 6 jenis nilai nutrisi, 9 kebaikan prebiotik dan probiotik serta 12 jenis herba pilihan. 

Untuk 6 jenis nilai nutrisi, Nourish Life ini dihasilkan dengan Omega 3 dan 6, EPA dan DHA, antioksidan, asid amino, serat, mineral, vitamin, unsur surih, enzim dan fitonutrien. Banyaknya nutrisi yang baik!

Kalau korang nak tahu, fitonutrien yang terdapat dalam biskut kucing ini dapat menggalakkan kesihatan mata, tulang, jantung, sistem imun serta fungsi otak. Ia juga dapat melawan pengoksidaan dan mengurangkan risiko kanser. 

Selain itu, 9 manfaat daripada Prebiotik dan Probiotik dalam Nourish Life ni adalah dapat mencegah jangkitan penyakit usus, meningkatkan daya tahan terhadap virus, melindungi daripada bakteri berbahaya, dan meningkatkan metabolisme. 

Bukan itu saja, ia juga dapat menggalakkan penyerapan zat, meningkatkan kualiti hidup dan keupayaan mengendali stres, menyokong sistem imun, dan mengurangkan alergi. Wow, banyaknya manfaat yang ditawarkan. 

Manakala, untuk 12 jenis herba semulajadi yang terdapat pada Nourish Life, korang boleh fahami lebih mendalam seperti di bawah:

Wah, banyaknya herba-herba yang ada dalam biskut Nourish Life ni, confirm kucing sihat selalu!

Apa yang membuatkan Nourish Life ni berbeza daripada jenama makanan kucing yang lain adalah ia mengandungi double berry blend iaitu blueberi dan krenberi. 

Untuk blueberi, ia dapat memberikan antioksidan yang kuat, dapat melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kanser, menurunkan kolesterol, mengawal paras gula dalam darah dan menjaga kesihatan kardiovaskular. 

Berbeza dengan kranberi, ia mengandungi tannin semulajadi yang unik serta mempunyai sumber vitamin C, dapat mencegah jangkitan saluran kencing dan pundi kencing serta bersifat antioksidan yang kuat. 

Nourish Life hadir dengan 3 rangkaian iaitu Chicken Formula for Kitten & Adult Cat, Alaskan Salmon Formula for Indoor Kitten & Adult Cat serta Chicken Formula for Mature Cat 7+.

Ketiga-tiga rangkaian produk ini mempunyai double berry blend yang dapat menyokong sistem urinari serta mencegah UTI, mengandungi prebiotik, probiotik serta 12 jenis herba liar. 

Namun, yang membezakan ketiga-tiga rangkaian ini adalah, untuk Chicken Formula for Kitten & Adult Cat, ia mengandungi double protein iaitu ayam yang dibuang tulang dan herring, selain daripada taurine yang bagus untuk kesihatan jantung dan pengelihatan. 

Manakala untuk Alaskan Salmon Formula for Indoor Kitten & Adult Cat pula, ramuan utama yang terkandung adalah Alaskan Salmon yang mana ia sangat sesuai untuk kucing indoor sebab ia dapat mengurangkan keguguran bulu dan masalah hairball. Takdelah rumah korang penuh bulu kucing!

Yang terakhir, untuk Chicken Formula for Mature Cat 7+, ia mengandungi bahan protein yang berkualiti tinggi iaitu ayam dan ikan Menhaden. Kedua-dua bahan ini dapat membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat tau.

Selain itu, ia juga mengandungi Glucosamine dan Chondroitin yang mana kandungan ini amat bagus untuk kesihatan sendi kucing. Haa, siapa kucing dia ada masalah sendi tu, korang wajib dapatkan Chicken Formula for Mature Cat 7+ okay?

Nurture Pro Longevity With Green Tea Essence, Makanan Basah Premium!

Haa, macam yang kami kata tadi, kucing ni cepat bosan tau kalau asyik makan makanan yang sama. Jadi, kami sarankan korang untuk dapatkan sekali makanan basah yang premium lagi sihat iaitu Nurture Pro Longevity With Green Tea Essence ni!

Apa yang membezakan makanan basah Nurture Pro daripada makanan basah lain yang berada di pasaran adalah ia mengandungi daging premium yang dipilih tanpa produk sampingan seperti Tuna Skipjack dan ayam yang segar. 

Ia juga mengandungi kandungan protein yang tinggi berbanding makanan tin yang lain serta mempunyai pati teh hijau tau. Menarik!

Lagi best, makanan basah ini bebas daripada bijiran yang mana ia bagus dalam menyokong sistem penghadaman kucing serta dapat mengurangkan alergi. Ia juga menggunakan 100% bahan asli, bermaksud tiada jeli, filler dan pewarna tambahan.

Untuk pengetahuan, Nurture Pro ni hadir dengan 6 jenis pilihan daging premium seperti Catnip, Kranberi, Betik, Nanas, Halia, dan Kelapa. Wow, uniknya!

Dengan keunikan yang ada, semestinya ia hadir dengan beberapa manfaat untuk kucing seperti dapat mengatasi masalah kembung, kesan penenang, menguatkan sistem imun, mencegah masalah hairball, kesihatan sistem penghadaman, dan mengurangkan masalah jangkitan pada saluran kencing. Baguslah makanan basah Nurture Pro ni!

Si Bulus Kini Lebih Selesa Dengan Nurture Pro Tofu Cat Litter

Korang yang bela kucing tu, perkara pertama yang korang paling risau mesti bau tahi daripada pasir kucing yang kuat betul tak?

Haa, dengan Nurture Pro Tofu Cat Litter, mesti korang akan cepat jatuh cinta sebab ia menggunakan 100% kacang soya semulajadi, jagung, teh hijau, dan arang. 

Manfaat yang korang serta si bulus korang dapat kalau menggunakan pasir kucing ni adalah ia tiada pewangi dan pewarna tiruan. Jadi, lepas ni korang dah tak perlu risau lagi lah kalau kucing korang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan!

Selain itu, ia juga bebas habuk, tidak melekat pada tapak kaki kucing, mempunyai kuasa penyerapan air yang tinggi, dan senang digumpal tau. Senanglah untuk korang buang sisa pada pasir kucing tu nanti. 

Ia juga mesra alam tau yang mana ia 100% mudah terurai pada larutan air hanya dalam masa 30 saat saja. Wow, cepatnya!

Si Bulus Kini Lebih Ceria Dengan Nurture Pro

Haa, banyakkan manfaat yang Nurture Pro bagi khas untuk pencinta kucing. 

Jadi, kalau korang nak pastikan kucing sentiasa sihat, wangi serta bersih, jangan lupa dapatkan rangkaian produk Nurture Pro tau! Wajib!

Kalau korang berminat untuk dapatkan rangkaian produk Nurture Pro ni, korang boleh pergi Pet360, Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Nurture Pro, layari laman web rasmi Nurture Pro atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas