Connect with us

Oh! Media

Antsomi CDP 365 Terpilih Sebagai Platform Pengelolaan Data Pengguna (CDP) Oleh DAVI

Branded

Antsomi CDP 365 Terpilih Sebagai Platform Pengelolaan Data Pengguna (CDP) Oleh DAVI

Data Analytics Ventures, Inc. (DAVI), perusahaan Filipina yang berada dibawah naungan JG Summit Holdings, telah bekerjasama dengan Antsomi dalam penggunaan Antsomi CDP 365 sebagai platform pengelolaan data pengguna untuk memperkuat kemampuan syarikat dalam menyediakan produk dan solusi berasaskan data bagi pasaran di sana.

Antsomi CDP 365 adalah platform pengelolaan data pengguna (CDP – Customer Data Platform) berasaskan AI (Artificial Intelligence) yang dilancarkan oleh Antsomi pada bulan Jun.

Sejak pelancarannya, Antsomi telah membantu banyak klien di rantau ini untuk menggabung dan mengaktifkan data yang mereka miliki dalam pelbagai saluran dengan menyediakan pengalaman berkunjung yang lebih baik kepada pengguna melalui kemampuan personailisasi dan marketing automation.

Serm Teck Choon, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Antsomi, gembira dan bangga menyambut DAVI sebagai klien Antsomi: “DAVI ditugaskan sebagai agen perubahan oleh JG Summit Group dan mereka lahir sebagai data dalam DNA mereka.

Kami sangat gembira mendapat peluang untuk bekerjasama dengan mereka untuk membuka peluang mewujudkan kempen berdasarkan data. Melalui Antsomi CDP 365, kami membantu DAVI untuk memperkayakan pengalaman berjuta-juta pelanggan melalui automasi pemasaran.”

Carla Yap-Sy Su, Ketua Data, Strategi dan Pembangunan Pemasaran DAVI berkongsi mengenai visi DAVI dan pemilihan Antsomi CDP 365 sebagai platform pengelolaan data pengguna (CDP): “Pendekatan holistik yang dibangunkan terhadap data membolehkan kami memahami dengan lebih baik tawaran dan pengalaman yang dapat memberikan nilai lebih
kepada pengguna kami.

Melalui kerjasama dengan Antsomi, kami mampu untuk merealisasikan
visi ini dan memberikan pengalaman berbelanja yang lebih peribadi dan lancar, mengintegrasikan platform pelbagai kami, dan menyampaikan kempen berasaskan prestasi secara berulang-ulang di pelbagai saluran.

Sebagai sebahagian daripada JG Summit Group, DAVI membangunkan program penghargaan bagi pelanggan (loyalty program) untuk setiap unit kumpulan perniagaan, dan memberikan input yang berharga yang memberi manfaat kepada pengguna.

JG Summit adalah salah satu syarikat korporat terbesar di Filipina dengan jaringan perniagaan yang tersebar di Filipina, Asia Tenggara, dan Australia, dengan skop perniagaan yang merangkumi peruncitan, penerbangan,
produk pengguna, pembuatan, dan banyak lagi.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas