Connect with us

Oh! Media

Anak Mula Bosan Duduk Rumah? Ini Tips Jimat Hingga 50% Untuk Aktiviti Cuti Sekolah

Klook Cover 1

Branded

Anak Mula Bosan Duduk Rumah? Ini Tips Jimat Hingga 50% Untuk Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah kembali lagi! Ibu bapa pun mesti dah plan ke mana nak bawa anak-anak bercuti. Maklumlah, lama terperuk dalam rumah, sebab kerja dan anak-anak pun kena sekolah. Bercuti pun, bajet kena jaga, nasib baik ada Klook boleh jimat banyak! 

Kenapa bayar lebih kalau dapat berjimat kan? Dah la dapat harga lagi murah dari kaunter, tak perlu beratur dah, apa lagi yang korang tunggu?  Meh kami share aktiviti untuk bawa anak di musim cuti sekolah nanti, mesti dorang happy sampai tak nak balik punyalah!

Aquaria KLCC

Klook cuti sekolah

Selami alam dasar laut memukau dengan lebih daripada 150 spesies hidupan air dan sehingga 5,000 hidupan daratan di salah satu akuarium paling top di Asia, Aquaria KLCC! Anak anak mesti teruja meneroka sendiri spesies hidupan unik yang selama ni tengok di Youtube atau TV je macam jerung harimau, ikan pari biru, ikan batu karang, kuda laut dan banyak lagi!

Zoo Negara

Klook 6

5,137 haiwan dari 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan ada di Zoo Negara! Memang seharian berjalan dalam zoo berkeluasan 110 ekar pun tak puas, ada je boleh belajar pasal haiwan baru dalam ni. Bukan tu je, kalau datang sini, tak sah kalau tak tengok sendiri Xing Xing dan Liang Liang, beruang panda tu. Comel je, fluffy macam nak picit-picit!

Taman Tema ESCAPE

Klook 4

Diiktiraf sebagai Tiub Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia dengan Rekod Dunia Guinness, korang perlukan 4 minit untuk melalui gelongsor 1,111 meter panjang di Taman Tema ESCAPE, Pulau Pinang. Bukan tu je, Taman Tema ESCAPE turut menawarkan aktiviti menguji ketahanan mental dan fizikal seperti high rope course, zipline, climbing tower serta tarikan mesra kanak-kanak.

Lost World of Tambun

Klook 3

Bermacam aktiviti dalam satu tempat, boleh mandi-manda, relaks di kolam air panas, tonton persembahan, membelai haiwan dan beri makan, banyak lagilah boleh luangkan masa dengan keluarga di sini. Bukan tu je, pemandangan di sini juga cukup indah sebab ianya dikelilingi gunung batu kapur berusia 400 juta tahun tau.

Legoland

Klook 2

Anak-anak kaki lego memang wajib pergi Legoland, silap-silap, mak ayah pun paling sakan enjoy sekali! Ada 40 jenis rides pada dengan 8 tema berbeza di sini. LEGO City, MINILAND, NINJAGO World dan bermacam lagi tarikan yang tak boleh miss di sini. Dah penat naik ride, tiba masa main air di LEGO® wave pool pula. Banyak lagi tarikan lain untuk diteroka di sini macam akuarium SEA LIFE yang ada 25 tangki untuk 11 habitat berbeza 13,000 hidupan laut. Excited kan?

Flash Deals diskaun hingga 50%!

Klook promo

Dari 22 hingga 26 Mac ni, Klook buat Flash Deals sampai separuh harga tau. Setiap hari pada 12 tengah hari, ada promo berbeza, kalau tak mahu terlepas, cepat set alarm korang siap-siap!

Antara lokasi terlibat dengan promo ni adalah TOP Komtar (22 Mac), Habitat Penang (23 Mac), Aquaria KLCC (24 Mac), Legoland (25 Mac), Adventure Waterpark Desaru Coast (26 Mac) dan aktiviti sekitar Kuala Lumpur (27 Mac) ini. Jadi, jangan ketinggalan pulak!

Lebih jimat dengan Stack & Save

Ketika keadaan ekonomi macam sekarang, mestilah semua orang nak berjimat kan? Jangan risau sebab ada promosi istimewa di Klook. Dengan Stack & Save, korang boleh pilih sendiri pas jimat dengan campuran aktiviti pilihan dari kategori berbeza seperti taman tema, aktiviti lasak dan banyak lagi. Contohnya dengan hanya RM99, korang boleh pilih 2 aktiviti paling popular di Klook seperti Aquaria KLCC, Kidzania, Sunway Lagoon dan banyak lagi.

Eksklusif untuk follower Oh!Media

School holiday 2021 media banner option2

Sebab korang paling setia follow sejak dulu, kami nak belanja harga istimewa untuk korang enjoy bersama famili di musim cuti ni. Masukkan kod promo KLOOKOHMEDIA15 untuk dapatkan diskaun RM15 untuk pembelian minimum RM80, khas untuk pengguna pertama kali Klook. Promo ni sah sehingga 31 Disember 2021 tau, rugi tak guna sebelum tamat tempoh.Semua aktiviti ni dan banyakkkk lagi boleh korang pilih untuk spend masa dengan keluarga di musim cuti sekolah di Klook. Jom, apa tunggu lagi?!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas