Connect with us

Oh! Media

Alasan Kukuh Untuk Berbelanja Besar di MR.DIY & Cara Menang iPhone 13!

Branded

Alasan Kukuh Untuk Berbelanja Besar di MR.DIY & Cara Menang iPhone 13!

Setiap kali nampak je kedai ni, wajib masuk, mesti lama masa diluangkan. Ada saja barang yang nak dibeli. Dari nak beli satu barang, terbeli yang lain juga, nak bayar penuh satu troli. Lorong sini menarik, lorong sana murah, tengok depan sikit jumpa barang viral di TikTok dan Facebook, mestilah masuk dalam troli. Kedai ini semestinya tak lain tak bukan MR. DIY! Korang pun setuju kan?

Harga berbaloi-baloi

Kenapa ramai sangat yang suka membeli-belah di MR. DIY? Semestinya antara salah satu sebab adalah kerana harga yang ditawarkan berbaloi dengan kualiti. Walaupun berdepan dengan situasi pandemik serba mencabar, MR. DIY masih mengekalkan harga mampu milik untuk menampung keperluan pengguna mereka dari segenap lapisan masyarakat.

Kualiti tinggi, selamat digunakan

Barang elektronik selamat ke? Jangan risau sebabnya untuk keselamatan pengguna, MR. DIY BRAND mendapatkan keperluan standard industri seperti SIRIM. Barulah pengguna macam kita boleh guna tanpa risau dah. 

Walaupun berharga berpatutan, jangan risau tentang keselamatan produk MR. DIY BRAND kerana setiap satunya mendapat kelulusan dan disahkan selamat sebelum dipasarkan.

Bermacam pilihan untuk setiap kategori

Harga berpatutan, kualiti terjaga, sama macam slogan ‘Always Low Prices’, tak hairanlah produk MR. DIY BRAND jadi pilihan ramai. Dari keperluan rumah, barangan elektrik, alat tulis, alatan sukan hinggalah aksesori kereta. Semuanya ada cukup lengkap.

Dalam setiap kategori pula ada banyak pilihan bergantung kepada keperluan dan bajet pengguna. Pendek kata, apa yang diperlukan, semua ada.

Antara produk yang tak pernah ketinggalan dibeli tentulah produk MR. DIY BRAND kan? Tahu tak produk ini dihasilkan untuk keperluan pengguna macam kita semua. Kami kongsikan beberapa barang mesti beli di MR. DIY untuk keperluan korang. Sebelum habis, kena cepat-cepat dapatkan di MR. DIY terdekat tau.

Rak besi pelbagai guna

Dinding rumah atau bilik nampak kosong? Serikan dengan rak besi pelbagai bentuk ini. Boleh dijadikan hiasan atau tempat letak hiasan lain seperti pasu bunga, bingkai gambar atau tumbuhan kecil.

Hub USB 4 port

Ramai lagi yang masih bekerja dari rumah kan? Hub USB pun dah jadi keperluan untuk guna peranti masing-masing. Barulah senang nak cas tanpa perlu ulang-alik masuk bilik cari plug. Ada 4 port terus senang semua boleh cas.

Keperluan facial

Bila perlu buat facial DIY di rumah, takkan nak guna mangkuk di dapur kan? Beli je set berus, sudu dan mangkuk facial ni senang. Mudah digunakan, tak perlu comot sapu mask pakai tangan dah lepas ni. Warna pun comel je!

Loceng pintu tanpa wayar

Loceng pintu tanpa wayar ini akan menyelesaikan masalah korang yang mungkin tidak mendengar panggilan daripada rider penghantar barangan atau makanan. Yang penting senang dipasang dan bunyi pun kuat.

Koala 3D

Untuk meluangkan masa dengan anak-anak, apa kata cuba 3D Colour-In ini. Boleh buat koala 3D dengan seronok bersama anak. Bila dah siap boleh jadikan hiasan di bilik mereka, 2 dalam 1.

Nak menang iPhone 13 Pro Max 128GB?

Alang-alang banyak sudah berbelanja di MR. DIY, tiba masa untuk korang menonjolkan sisi kreatif korang dan berpeluang menang hadiah utama iPhone 13 Pro Max 128GB (x3)! Hadiah pertama adalah iPad Mini 64GB Wifi (x1) manakala hadiah saguhati berupa baucar tunai RM500 MR. DIY (x10). Mesti ramai teruja kan?

Senang je guys, cuma perlu ikut langkah di bawah:

Langkah 1: Ambil gambar dengan mana-mana produk MR. DIY BRAND sebagai tanda korang sokong produk-produk itu.

Langkah 2: Muat naik gambar di Facebook atau Instagram dengan hashtag #iLoveMRDIYBrand #MRDIYBrand. Mention Facebook MR DIY atau Instagram @mrdiy2u. Pastikan akaun berada pada mode PUBLIC untuk pihak penganjur melihat penyertaan korang.

Langkah 3: Lengkapkan penyertaan dengan mengongsikan link URL serta gambar kreatif korang di SINI.

Cepat sertai sekarang sebelum tarikh tutup pada 11.59pm 30 November 2021. Banyak masa lagi untuk korang fikir untuk ambil gambar kreatif bagi menang hadiah lumayan dari MR. DIY.

Tiba masa untuk tonjolkan kreativiti mengambil gambar dengan cara menarik untuk memikat hati juri dan melayakkan menang hadiah utama. Jom ajak keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama berbelanja di MR. DIY dan ambil gambar untuk menyertai peraduan ini. Rugi kalau tak sertai, hadiah ditawarkan memang rugi kalau dilepaskan. 

Apa tunggu lagi, tibalah masa shopping sakan barang keperluan di MR. DIY dan tonjolkan kreativiti korang untuk menang hadiah lumayan. Jom serbu MR. DIY berhampiran korang sekarang!

Nak lebih senang dan cepat, boleh beli secara online di bawah. Jangan lupa ikuti MR.DIY di Facebook dan Instagram untuk info serta promosi terkini.

MR.DIY Brand Laman Web: https://bit.ly/MRDIYBrandPage

Laman Web Utama: https://www.mrdiy.com/

Facebook: https://www.facebook.com/mrdiy2u

Instagram: https://www.instagram.com/mrdiy2u/

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas