Connect with us

Oh! Media

Ah Soh Bagi Banglo & 3 Kisah Kebaikan Tanpa Balasan Yang Dikongsi Rakyat Malaysia!

Branded

Ah Soh Bagi Banglo & 3 Kisah Kebaikan Tanpa Balasan Yang Dikongsi Rakyat Malaysia!

Untuk membuat kebaikan sesiapa saja mampu melakukannya, tidak kira bangsa atau agama, melakukan kebaikan sesama insan amat dituntut. Malah dalam Islam sendiri menjanjikan ganjaran syurga buat hambanya yang melakukan kebaikan walau sekadar mengalihkan halangan di jalan.

Rakyat Malaysia tidak kurang hebatnya dalam membuat kebaikan, tanpa mengira latar belakang ikhlas memberikan sumbangan walaupun mereka sendiri tidak mengetahui siapakah penerimanya. 

Malah mereka semua ni langsung tidak mengharapkan sebarang balasan dan yang penting niat nak membantu tu tercapai. Nak buat kebaikan sepanjang Ramadan ini pastikan korang kekal bertenaga tau, jadikan kisah kat bawah ini sebagai inspirasi!

Lepas ni lalu waktu malam dah boleh nampak bonggol jalan

Kemalangan boleh berlaku tanpa dijangka, baru-baru ini sekumpulan anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan sanggup berkongsi duit bagi mengecat semula bonggol jalan yang pudar.

Mereka serta penduduk sekitar selalu mengeluh kerana sukar mengesan kebanyakkan bonggol jalan dan daripada mengelak daripada kecelakaan, mereka ambil inisiatif ini. Terbaiklah abang rider!

Hari-hari uncle sanitize lif

Kebersihan dan langkah pencegahan amat digalakkan dalam dunia menghadapi wabak pandemik. Tapi siapakah yang bertanggungjawab menjaga infrastruktur yang digunakan bersama?

“Hari-hari kalau balik kerja saya nampak ada Uncle India sanitize lif, pernah sekali berborak dengan dia, ingatkan dia cleaner tapi rupanya bukan. Uncle tu kata, dia tolong jaga keselamatan penduduk kat situ.”

Terima kasih uncle. Ini baru kita jaga kita. Korang pun sebenarnya boleh lakukan kebaikan macam ni, nak tau caranya? Baca sampai habis okay!

Syukur dah ada van jenazah yang baru

Lain pula kisah di Masjid Jamek Tanjong Rambutan, Perak, jika sebelum ni mereka mati kutu untuk mendapatkan dana membeli van jenazah baru. Pertolongan Uncle Kentang atau Kuan Chee Heng yang menghebahkan di laman Facebooknya berjaya merealisasikan impian mereka.

“Van jenazah yang guna sekarang ni dah uzur sangat, nasib baik ada Uncle Kentang dengan rakyat Malaysia, sehari terus dapat kumpul RM132,00. Dapat beli van jenazah baru.

Betapa hebatnya kuasa memberi rakyat Malaysia ni, walaupun tak mengenali penerima tapi sanggup menghulurkan sumbangan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Ah Soh bagi banglo untuk rakyat Malaysia

Sekali baca, macam tak percaya ada orang yang sanggup berikan rumah untuk tolong orang lain. Tapi itulah sifat rakyat Malaysia, ada yang sanggup bagi rumah dengan harapan dapat bantu orang lain tanpa inginkan balasan. Memang gila!

Dalam kita tak sedar, disebalik kebaikan yang kita lakukan selama ini, mungkin kita telah pun membantu menjadikan kehidupan seseorang lebih baik.

Teruskan Berbuat Kebaikan Tanpa Balasan Dengan Dutch Lady!

Memasuki bulan Ramadan, pasti lagi ramai umat Islam yang ingin merebut pahala amal kebajikan pada bulan yang mulia ini kan?

Tapi sebelum tu, korang kena pastikan diri kekal bertenaga untuk berbuat kebaikan dan menahan diri daripada menerima balasan atau bersifat riak terhadap amalan yang dilakukan.

Jadikan Susu Dutch Lady Berperisa Kurma dan yang terbaru Susu Dutch Lady Berperisa Pisang Edisi Terhad yang lazat dan membantu anda kekal bertenaga sebagai teman iftar dan bersahur sepanjang bulan Ramadan.

Dengan khasiat protein, kalsium dan nutrisi penting seperti A, B2 dan D3 serta ekstrak kurma dan pisang sebenar, ia merupakan pilihan terbaik untuk kekal bersemangat sepanjang menjalani ibadah puasa.

Nikmati Berkat Ramadan dan Susu dengan Dutch Lady

Sempena Ramadan ini juga, Dutch Lady akan berkongsikan pelbagai resepi menarik dan mudah sebagai juadah berbuka dan bersahur untuk seisi keluarga.

Menggunakan produk dan khasiat Dutch Lady, hidangan anda pasti menjadi lebih lazat. Nak dapatkan resepi dengan produk Dutch Lady korang boleh klik di SINI.

Sebarkan manfaat susu dengan #DLKebaikanTanpaBalasan 

Tadi kami ada beritahu nak kongsikan bagaimana nak berbuat kebaikan sepanjang bulan Ramadan tanpa pengetahuan lain dan paling penting tidak mengharapkan sebarang balasan.

Salah satu menu hidangan Agrain.

Mudah saja, anda boleh membuat sumbangan dengan membeli pek makanan yang hanya bernilai RM10.00 menerusi website https://www.agrain.my/shop-grocer

Sempena bulan Ramadan ini, Dutch Lady akan bekerjasama dengan Agrain bagi membekalkan pek makanan sihat serta susu Dutch Lady kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Ini juga merupakan cara terbaik untuk anda menyumbang dan pada masa yang sama menahan diri daripada bersifat riak.

Jom lakukan lebih banyak kebaikan Ramadan ini tanpa mengharapkan sebarang balasan. Pastikan diri kekal bertenaga sepanjang berpuasa dengan Susu Dutch Lady Berperisa Kurma dan Susu Dutch Lady Berperisa Pisang Edisi Terhad.

Maklumat lanjut mengenai kebaikan susu Ramadan ini, terus ke laman sesawang DUTCH LADY.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas