Connect with us

Oh! Media

Malaysia Grand Bazaar Dibuka 31 Mac 2022, Siap Ada Promo Pembukaan!

Branded

Malaysia Grand Bazaar Dibuka 31 Mac 2022, Siap Ada Promo Pembukaan!

Malaysia Grand Bazaar (MGB), pusat beli-belah artisanal pertama KL akan dibuka pintunya kepada orang ramai pada 31 Mac 2022. MGB merupakan komponen penting dalam projek bandar Bandaraya Bukit Bintang Center (BBCC) yang terdiri daripada Lucentia Serviced Residences yang baru siap, The Stride Strata Office dan LaLaport Mitsui Shopping Park dengan inspirasi Jepun.

MGB berkeluasan 100,000 kaki persegi dengan ruang yang disusun teliti dengan sentuhan seni bina warisan yang menempatkan sehingga 100 jenama tempatan artisanal dan tulen yang memberi penghormatan kepada kreativiti dan kesenian Malaysia.

Walaupun terletak di Bukit Bintang, peniaga yang mahu menyertai MGB akan dapat menikmati pakej mudah untuk mempunyai kedai jenama sendiri di pusat bandar. Ini termasuk sewa berpatutan, lot yang dipasang sepenuhnya dan sokongan pemasaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BBCC Development Sdn Bhd Low Thiam Chin, “MGB dibangunkan untuk menyediakan platform khusus untuk artis, jenama mikro, syarikat permulaan dan usahawan seni untuk meningkatkan perniagaan mereka ke dalam ruang peruncitan fizikal.”

Turut dilengkapi dewan konsert, wayang

Selain terletak bersebelahan dengan LaLaport Mall yang baru dibuka, MGB juga berjiran dengan Zepp KL, sebuah dewan konsert berkapasiti 2,500 orang oleh Sony Music Entertainment Jepun serta 12 pawagam Golden Screen Cinemas (GSC).

Selain daripada menyokong jenama tempatan, pengunjung MGB juga akan dapat menghargai pelbagai karya seni visual dan tempat Instagrammable yang menghiasi sudut hab budaya ini. Semuanya ada daripada mural bertemakan Malaysia kepada grafiti dan seni doodle.

MGB juga mempunyai ruang tengah berkeluasan 4,000 kaki persegi yang boleh menjadi lokasi acara bertema biasa, persembahan kebudayaan dan aktiviti komuniti.

Promosi sempena pembukaan

Bersempena sambutan pembukaan MGB ini, dari 31 Mac hingga 3 April 2022, ada pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung. Antaranya bengkel seni percuma sepanjang hari, persembahan kebudayaan. Pengunjung juga boleh dapatkan goodie bag percuma, mask batik dan notepad MGB dengan pembelian RM150 ke atas. Jumpa korang di sana!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas