Connect with us

Oh! Media

8 Restoran Dengan Thai SELECT Peminat Tegar Makanan Thailand Kena Cuba

Branded

8 Restoran Dengan Thai SELECT Peminat Tegar Makanan Thailand Kena Cuba

Sudah lama kita tidak dapat ke luar negara untuk menikmati melancong dan paling penting makan-makan. Negara syurga makanan, Thailand semestinya menjadi top list untuk dikunjungi kerana menunya. Tapi tahu tak ada restoran di Malaysia yang menghidangkan makanan dari Thailand, sama seperti di sana. Jom check senarai ni:

La Moon

Kredit foto: foodgram.my
Kredit foto: my_foodie_girls

Kepak ayam goreng di sini dikatakan pembuka selera korang kena try. Adunan rempah yang diperap sempurna menjadikan setiap gigitan penuh nikmat. Disajikan dengan sos pencicah, tapi makan tak perlu cicah pun dah sedap guys. Jangan lupa juga untuk pesan Spicy Glass Noodles! Follow Facebook La Moon untuk update dan promo terkini.

Amarin Heavenly Thai

Kredit foto: edcojas

Kalau ke sini, mesti pesan Pandan Fried Chicken mereka. Ayam digoreng empuk, dengan juicy dan aroma pandan yang membalut, memang umpphh! Lebih lengkap dimakan dengan sos disediakan. Layan! Nak tahu info lebih lanjut, boleh check out DI SINI.

Busaba Thai

Kredit foto: Malaysian Flavours

Kalau somtam atau pomelo salad sudah selalu dimakan, jika ke Busaba Thai, cubalah Yam Tua Phoo. Kerabu kacang botol digaul bersama udang, ayam cincang dan telur rebus ditambah sos Thai istimewa. Pembuka selera ala negara Gajah Putih yang lain dari yang lain tapi sedap.

Celadon Royal Thai Cuisine

Kredit foto: Shafamran

Apalah erti makanan Thai kalau tak sebut tom yam kan? Tom yam di Celadon Royal Thai Cuisine ni diperakui ramai paling power. Rasa masam, masin, pedas beraroma, siapa je boleh tolak? Hirup sampai titisan terakhir, confirm!

Thai Thai

Kredit foto: Yong Kim Yong

Setiap satu hidangan dalam menu ada keistimewaan dia sendiri. Tapi kalau tanya orang yang dah biasa ke sini, kebanyakannya akan jawab Pineapple Fried Rice ni. Betul, dihidangkan dalam sebiji nenas macam dalam gambar. Memang puas hati. Tengok gambar pun perut dah berbunyi? Apa lagi, jom order di menu ni, nak tahu cara order, baca DI SINI.

Malai Thai Cuisine

Kredit foto: Malai Thai Cuisine

Hidangan Tamarind Shrimp ini udang disaluti batter penuh perasa digoreng garing, disiram pula dengan sos asam jawa, membangkit rasa masam dan masin yang sukar diungkapkan.

Kredit foto: Malai Thai Cuisine

Setiap kali ke Thailand, makanan jalanan yang jadi kewajipan adalah Coconut Ice Cream kan? Pasti terubat kerinduan untuk menikmati rasa lemak berkrim dengan topping kekacang yang rangup. Like dan follow page Malai Thai Cuisine untuk tak ketinggalan promo terkini dan menu baru juga!

WhatSaeb Boat Noodle

Kredit foto: Whatsaeb Boat Noodle

Menu biasa, tapi rasa luar biasa! Pad Krapaw Stir Fried Thai Basil bukan saja mengenyangkan kerana dihidangkan dengan nasi, sedap pulak tu. Portion ayam yang banyak memang sepinggan dah cukup. Lengkapkan dengan Mango Sticky Rice, perfect combo! Orang Penang dah teringin ka ceq? Mai follow Whatsaeb Boat Noodle cepat! Senang nak order nanti.

Pandan Thai Delight

Kredit foto: Pandan Thai Delight

Khas untuk penduduk Kuching, Sarawak yang teringin makanan Thai, Pandan Thai Delight sedia menghidangkan seleksi menu negara berkenaan di sana. Dari hidangan berat, pembuka selera hinggalah pencuci mulut, yang pasti semuanya disediakan menggunakan resepi asli dari Thailand. 

Terjamin asli citarasa Thai

Nak tahu tak, kesemua restoran kami senaraikan di atas mendapat sijil piawaian, Thai SELECT dari Kementerian Perdagangan Thailand sendiri. Ini untuk menjamin keaslian rasa produk makanan dan restoran Thai di negara asal dan luar negara.

Sijil Thai SELECT ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu produk sedia dimakan & sedia dimasak dan juga restoran Thai. Lepas ni kalau nak masuk restoran kena cari logo Thai SELECT, confirm sedap dan asli rasanya.

Menyedari rakyat Malaysia memang peminat tegar makanan mereka, kedutaan Thailand akan menganjurkan THAIFEX – Pameran Perdagangan Maya (VTS) 2021. Ini dalam usaha untuk memantapkan lagi prestij sebagai pameran perdagangan makanan dan minuman terkemuka di Asia serta memperkayakan kepelbagaian yang ditawarkan.

Pameran hibrid inilah boleh jadi pentas dan platform yang ideal bagi para peserta untuk mempamerkan kepakaran perdagangan melalui saluran dalam talian yang dibuat khas. Korang yang ada skill atau kemahiran tentang makanan, inilah peluang keemasan untuk korang.

Seramai 209 peserta dari Thailand sudah mengesahkan penyertaan untuk menunjukkan inovasi makanan dan minuman mereka bagi memenuhi trend penggunaan baharu. Bukan tu je, mereka tidak memfokuskan pada rasa atau manfaat kesihatan makanan, tetapi juga sumber mentah bahan, proses pengeluaran, serta keselamatan makanan.Kalau korang berminat nak join, boleh klik DI SINI untuk penyertaan. Banyak pendedahan dan ilmu tentang makanan Thailand akan korang dapat di sana. Jom daftar sekarang!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

To Top