Connect with us

Oh! Media

7 Trick WAJIB Tahu Sebelum Beli Handphone Second Hand

Telefon second hand

Branded

7 Trick WAJIB Tahu Sebelum Beli Handphone Second Hand

Bestnya kalau boleh guna model telefon terbaru setiap kali dilancarkan kan? Lebih-lebih lagi buat peminat teknologi yang ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan model dengan spesifikasi dan ciri baru diperkenalkan. 

Tak semua orang mampu untuk terus up-to-date dengan model gajet semasa, tapi ada cara lebih mudah untuk mendapatkannya dengan harga lebih murah. Handphone second hand adalah jawapannya! Check out 5 benda korang wajib tahu sebelum beli handphone second hand.

1. IMEI tidak disekat

15 nombor penting ini adalah International Mobile Equipment Identity (IMEI) yang perlu diperiksa sebelum korang membeli telefon pintar baru. Jika IMEI ini disekat oleh syarikat telco contohnya kerana masih dalam kontrak, telefon berkenaan tidak lagi boleh digunakan oleh pembeli seterusnya. Hati-hati ya!

2. Butang berfungsi baik

Uji setiap butang fizikal yang ada untuk memastikan segalanya boleh berfungsi dengan sempurna. Periksa jikalau ada butang yang susah ditekan, terlebih timbul atau tenggelam untuk mengelak masalah di lain hari.

3. Skrin jangan lupa

Pastikan skrin telefon pintar yang ingin dibeli responsif terhadap sentuhan, tidak kasar bila disentuh, tidak terlalu kusam mahupun terlalu sharp. Selain itu, perhatikan jika ada retakan atau bubble pada skrin selain warna yang luntur.

4. Kamera depan & belakang masih tip-top

Ambil gambar menggunakan kamera depan dan belakang selain menggunakan flash untuk melihat tahap kualiti. Kemudian teliti semula gambar diambil untuk memastikan lens tidak dimasuki debu atau tercalar.

5. Cuba buat panggilan

Jangan teruskan transaksi jika telefon pintar tidak boleh membuat panggilan kerana ada beberapa risiko seperti IMEI disekat, motherboard rosak atau pun rangkaian juga berkemungkinan disekat.

6. WiFi/Bluetooth boleh digunakan

Cuba gunakan WiFi yang disambungkan pada hotspot phone sedia ada untuk menguji semuanya berkeadaan baik. Anda juga perlu uji fungsi Bluetooth dengan cara sync-kan apa-apa gambar atau dokumen pada telefon sedia ada. 

7. Boleh dicas

Bawa bersama powerbank untuk memudahkan pemeriksaan bateri telefon boleh dicas setelah dicucuk. Penting juga ni.

Proses ini agak mengambil masa untuk memastikan kita tidak terbeli peranti yang mungkin dalam keadaan yang tidak memuaskan dari pemilik asalnya. Tapi, korang ada cara lebih mudah untuk dapatkan handphone second hand tanpa perlu buat semua langkah ini tau!

Korang boleh dapatkan handphone second hand yang dipercayai, asli, berkualiti, mampu milik siap dengan waranti sebulan beserta adapter dan kabel juga! Penghantaran pun free je! Kat mana nak dapat ni?

Mestilah di CompAsia di mana pengguna macam kita semua tak perlu lagi risau dengan kualiti barangan second hand. Sebabnya CompAsia akan buat pemeriksaan kualiti 32 langkah untuk memastikan pembeli dapat barangan 100% original dan berfungsi dengan baik setiap kali pembelian.

Waranti sebulan tak cukup? CompAsia juga tawarkan pelan Extended Warranty sehingga 12 bulan bermula dari hanya RM34 je guys! Mereka juga ada pelan  Replace Plus di mana korang boleh 1-to-1 swap bermula dengan harga serendah RM55 jika anda takut ada sebarang masalah setelah membuat pembelian. Bagaimanapun, harga untuk pelan Extended Warranty dan Replace Plus bergantung kepada nilai phone.

Selain menjual handphone second hand, korang juga boleh trade-in handphone korang yang masih berfungsi atau yang dah rosak pada mereka tau. Cuma perlu download apps InstaCash, Run diagnostik dan tunggu rider mengambil telefon korang dan korang akan dibayar segera. Untuk maklumat lanjut, boleh lawati mereka DI SINI.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas