Connect with us

Oh! Media

7 Resepi Kroisan Senang & Ringkas Mesti Cuba Di Rumah

Branded

7 Resepi Kroisan Senang & Ringkas Mesti Cuba Di Rumah

Sebut saja kroisan, semestinya terbayangkan pastri yang flaky dan buttery, enak dimakan bila-bila masa. Kalau dulu, nak dapatkan kroisan yang betul-betul sedap kena bertungkus-lumus di dapur menguli doh, sekarang tidak perlu lagi.

Lebih senang, jimat masa dan yang pasti enak. Terima kasih untuk kroisan 7DAYS! Mereka juga perkenalkan 7DAYS FamilyPack. FamilyPack adalah 4 pek kroisan yang dijual dalam satu beg berharga hanya RM4.50 untuk korang nikmati kroisan ini dengan pelbagai cara. Jom kami kongsikan 7 cara buatkan kroisan lebih enak dengan cara mudah ala kafe hipster!

Resepi 1: Kroisan Berries Fruit

Bahan: 

-Kroisan 7DAYS vanilla

 -Strawberry, blueberry atau  buah berries pilihan secukupnya.

Cara-cara:

-Hiris kroisan secara melintang.

-Masukkan strawberry dan blueberry yang dipotong di celah-celah hirisan.

-Kombinasi manis inti vanilla digabungkan dengan masam-masam buah berries menjadikan hidangan ringkas ini sedap dan tidak muak. Sesuai dijamu untuk sarapan atau pun minum petang.

Resepi 2: Kroisan Ice-Cream & Sprinkles

Bahan-bahan:

-Kroisan 7DAYS coklat

-Aiskrim perisa pilihan

-Sprinkles coklat atau warna-warni bergantung selera

Cara-cara:

-Potong sedikit hujung kroisan.

-Sendukkan ais krim ke dalam kroisan.

-Tabur sprinkle warna-warni.

-Siapa je yang tak suka ais-krim kan? Makan pula dengan kroisan coklat 7DAYS, aiskrim yang manis berkrim ditambah pula dengan inti coklat, satu memang tak cukup!

Resepi 3: Kroisan Telur Hancur

Bahan-bahan:

-Kroisan 7DAYS butter

-Telur.

-Mentega

-Garam

-Serbuk lada hitam

Cara-cara:

-Pecah telur di dalam bekas, kemudian pukul dan masukkan garam secukup rasa.

-Dalam non-stick pan, masukkan mentega.

-Pastikan api bersaiz sederhana. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan.

-Tahap masak telur bergantung kepada selera masing-masing. Sedia diangkat dari dapur.

-Potong bahagian atas kroisan.

-Masukkan telur hancur mengikut jumlah diingini ke dalam potongan kroisan.

-Tabur serbuk lada hitam untuk menambah rasa

-Telur hancur yang dimasak agak lembab, dimakan pula dengan kroisan lembut dan gebu, siapa je mampu menolak? Kombinasi yang cukup sempurna. Tak ubah macam sarapan pagi di kafe di Paris!

Resepi 4: Kroisan Chicken Slice & Cheese

Bahan-bahan:

-Kroisan 7DAYS butter

-Kepingan keju

-Hirisan chicken slice

Cara-cara:

-Hiris kroisan.

-Masukkan kepingan keju dan hirisan chicken slice.

-Panaskan selama 8 saat di dalam oven.

-Rasa manis dari butter dan savoury serta berlemak dari keju dan hirisan chicken slice membuatkan hidang ini cukup istimewa. Dari anak-anak hinggalah orang dewasa pasti sukakannya.

Resepi 5: Kroisan Pisang Coklat

Bahan-bahan:

-Kroisan 7DAYS coklat

-Pisang dihiris bulat

Cara-cara:

-Hiris kroisan mengikut alur.

-Masukkan hirisan pisang di antara hirisan.

-Coklat dan pisang? Tak ada yang boleh menandingi gandingan ini. Kedua-dua rasa manis dalam cara berbeza melengkapkan sajian penuh nutrisi sebagai pemula hari.

Resepi 6: Kroisan Salad Telur 

Bahan-bahan:

-Kroisan 7DAYS jagung

-Telur, 

-Tomato

-Romaine lettuce

Cara-cara:

-Cubit kroisan dalam saiz kecil.

-Campurkan ke dalam salad telur.

-Kombinasi tekstur sayur, telur dan kroisan yang cukup berbeza namun saling melengkapkan antara satu sama lain menjadikan hidangan ini cukup unik berbanding salad biasa.

Resepi 7: Kroisan Koko Krunch

Bahan-bahan:

-Kroisan 7DAYS coklat

-Koko Krunch

Cara-cara:

Koko Krunch yang rangup, ditambah coklat dari inti kroisan, hasilnya, semestinya rasa coklat yang cukup mewah. Anak-anak pasti suka!

Mesti ramai yang tak tahu atau pernah terfikir kroisan 7DAYS boleh dinikmati dengan cara luar biasa untuk rasa lebih istimewa kan? Dengan variasi inti lazat, boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Kroisannya cukup lembut dan kekal kenyal sebabnya setiap satu dipek dengan pek segar kedap udara. Paling penting, kroisan 7DAYS ini juga 0% lemak trans tau!

Nak cuba pebagai resepi lazat seperti kami kongsikan? Jangan lupa singgah di mana-mana kedai runcit atau pasar raya berhampiran korang untuk dapatkan 7DAYS FamilyPack yang mengandungi 4 pek kroisan. Lebih jimat dan bermacam resepi boleh dicuba dengan keluarga.Untuk info dan promosi terkini, lawati laman web 7DAYS dan follow mereka di Facebook hari ini!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas