Connect with us

Oh! Media

5 Aktiviti Bermanfaat Terapi Elak Stres Jalani PKP. Wajib Cuba!

Branded

5 Aktiviti Bermanfaat Terapi Elak Stres Jalani PKP. Wajib Cuba!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, fasa demi fasa berlarutan sehingga mengehadkan aktiviti dan membuatkan ramai mulai stres dan resah. Jom check out aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tempoh PKP ini untuk menjadikan tempoh ini lebih meriangkan dan paling penting, bebas stres!

Berkebun

Bukan sekadar bunga-bungaan atau tanaman hiasan, menanam tumbuhan yang berguna di dapur pasti memudahkan urusan masak-memasak ketika PKP ini. Antara yang boleh ditanam adalah kunyit, serai, halia, cili dan daun pandan. Senang hidup walaupun anda bukanlah punyai ‘green fingers’ bak kata orang.

Upcycle perabot

Bosan dengan warna kusyen kerusi tapi masih sayang untuk dihapuskan? Tukarkannya dengan sedikit usaha dan kos fabrik baru, voila, nampak macam baru! Takut tak jadi? Jangan risau, Youtube kan ada?

Setelah seharian beraktiviti di rumah, yang penting kesihatan wajib menjadi prioriti. Minum air mestilah cukup untuk proses hidrasi sempurna, sekaligus menjadikan badan dapat berfungsi secara optimum.

Tapi, tahukah anda pentingnya mendapat air yang berkualiti dari penulen air yang baik? Penulen air yang bagus adalah amat penting bagi menghasilkan air bersih yang diproses secara fizikal untuk menyingkirkan bahan pencemaran sebelum ianya diminum mahupun digunakan untuk tujuan lain.

Penat menjalani hari sepanjang PKP ini, anda semestinya memerlukan air minuman yang berkualiti. Penulen air berais JIKSOO RICH dari SK magic, suatu jenama yang terkenal di Korea, mempunyai segalanya bagi anda yang masih tercari-cari penulen air terbaik untuk keluarga tersayang. Apa istimewanya penulen air ini berbanding penulen air lain di pasaran?

Menggunakan sistem tanpa tangki yang membolehkan air sentiasa mengalir dan tidak bertakung melalui teknologi JIKSOO yang digunakan serta turut dilengkapi dengan pengesan suhu yang mampu mengelakkan penulen air daripada terlebih panas.

Selain itu, penulen air berais JIKSOO RICH dari SK magic ini juga diperbuat daripada bahan terbaik seperti penggunaaan keluli tahan karat 304 yang terbaik dalam kelasnya. Keluli ini amat terkenal kerana ciri-cirinya yang tahan haba tinggi serta tidak mudah berkarat.

Ok, bila dah minum air dan dapatkan hidrasi secukupnya, bolehlah teruskan aktiviti lain pula kan?

Kemaskan dapur

Bila kali terakhir anda mengemas dan menyusun atur segala perkakas dapur beserta barangan makanan di dapur? Nampak macam leceh, namun percayalah beberapa jam mengemas dapur akan memudahkan urusan di kemudian hari.

Baking

Sudah lama berangan untuk baking kek coklat, cream puff atau apa juga manisan lain bagi yang tersayang? Gunakan masa terluang ini dengan menonton video tutorial baking mudah seperti chef cilik Danish Harraz di Instagram, ataupun Youtuber Che Nom, confirm jadi punyalah!

Senaman ringkas di rumah

Jangan jadikan berkurung dalam rumah sebagai alasan untuk tidak bergerak cergas. Di laman sosial ramai fitness coach mula berkongsi tips senaman ringkas untuk dilakukan dalam keselesaan rumah. Hanya ambil masa sekitar 15 hingga 20 minit setiap sesi sudah memadai, asalkan konsisten.

Dah penat beraktiviti, kenalah tahu juga kepentingan meminum air yang ditulenkan dengan penulen berkualiti tinggi barulah hasilnya terbaik, bukan?

Pensterilan NANO singkir virus berbahaya

Air yang ditapis menjalani proses pensterilan UV automatik untuk menghilangkan bakteria. Dalam pada itu, ianya juga mempunyai penulenan NANO berteknologi tinggi yang menyingkirkan virus serta elemen berbahaya. Bagi mengelakkan sebarang risiko, penulen air berais JIKSOO RICH dari SK magic ini mempunyai saluran air daripada bahan keluli tahan karat yang menjamin kebersihan air.

Air mineral dengan pelbagai suhu


Penulen air ini juga menghasilkan kandungan mineral yang diperlukan untuk tubuh badan. Bukan sahaja ia berkhasiat ia mempunyai pilihan suhu yang pelbagai. Berita baik untuk ibu bapa dengan bayi, alat ini mempunyai suhu optimum bagi penyediaan susu formula bayi. Mudah bukan?
-Air panas : 90°C untuk kopi, 70°C untuk teh
-Air suam : 45°C, 50°C atau 55°C untuk bancuhan susu formula bayi
-Air suhu bilik
-Ais

Apa yang istimewanya, penulen air ini juga mempunyai kelebihan menghasilkan ice cube dari air mineral yang dihasilkan melalui sistem JIKSOO selain dilengkapi pensterilan UV Ice Room 3 jam untuk 2 kali sehari bagi memastikan kiub ais bersih dan selamat digunakan.

Apa yang paling penting adalah, penulen air ini menjamin penggunaan tenaga yang menjimatkan. Tak perlu risau tentang bil elektrik bulanan selepas ini.

Dapatkan penulen air berais JIKSOO RICH dari SK magic anda hari ini. Lawati laman web SK magic, Facebook & Instagram untuk info lanjut sekarang!

Ingat, kekal duduk di rumah, kekal selamat dan kekal sihat, bersama kita perangi Covid-19.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas