Connect with us

Oh! Media

2021 Bakal Menjelma, Ikuti Tips Beri Nafas Baru Pada Rumah Agar Cantik & Selesa

Branded

2021 Bakal Menjelma, Ikuti Tips Beri Nafas Baru Pada Rumah Agar Cantik & Selesa

Pejam celik pejam celik, 2020 hampir ke penghujungnya. Kejap je kan? Tak terasa pun setahun  dah nak habis dah, tambahan pula dengan keadaan tak menentu seperti sekarang ni. Tahun baru 2021, biasalah azam pun kena baru kan? 

Nak mulakan sesuatu yang baru kenalah dengan persekitaran baru kan? Apa kata berikan rumah korang sentuhan berbeza, barulah ada nafas baru kan? Jom check out!

Susun atur perabot

Bila last time sofa dekat hall tu bertukar posisi? Masa awal masuk rumah 5 tahun lepas? Haa, inilah masa yang sesuai untuk berfikir bagi mendapatkan suasana yang sedikit berbeza tanpa perlu berbelanja pun. Tetapi sedikit effort untuk susun atur sofa dan segala jenis perabot untuk berikan environment berbeza. Yang penting kenalah praktikal dan pada masa sama cantik di mata.

Barang banyak-banyak nak buat apa, sis?

Bunga telur wedding jiran dah dekat 3 tahun tersimpan di atas rak, sampai naik berhabuk dah. Bukan tak menghargai, tapi kadang-kadang ada yang perlu kita buang untuk ruang lebih baik. Pilih dan buang barang-barang yang tidak terpakai, rosak atau pun yang tidak perlu lagi ‘spark joy’ bak kata Marie Kondo. Cubalah, mesti akan dapat melihat kelainannya nanti.

Wiring juga penting

Antara elemen penting untuk keselamatan seisi keluarga adalah sistem wiring dalam rumah. Pastikan segala plug dan soket berfungsi dengan baik. Kalau tak yakin, boleh panggil technician untuk pastikan segalanya dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Sangat penting juga tu.

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, penyaman udara juga kena ada dalam setiap rumah, barulah sekeluarga selesa sentiasa. Mesti selalu dengar, pasang penyaman udara nanti, bil elektrik mesti meningkat kan? Kini tidak lagi dengan penyaman udara DAIKIN!

Berjimat dengan GoSave

Dengan ciri GoSave, tenaga yang digunakan dapat dikawal dengan aplikasi telefon bimbit. Dengan aplikasi ini korang boleh tahu juga graf penggunaan untuk mengesan operasi penyaman udara yang efisien. Senanglah untuk berjimat dengan penggunaan tenaga secara bijak!

Tak ada isu lupa tutup, bil melambung!

Pernah tak macam was-was dah tutup ke belum penyaman udara dekat rumah? Tak payah risau dah, sebab dengan fungsi In-home & Out-of-home pada aplikasi, semuanya boleh dikawal asalkan ada sambungan ke Wi-Fi rumah. Lepas ni, balik rumah dari tempat kerja pun rumah dah sejuk sebab dah boleh set suhu awal-awal. Heaven!

Pelbagai mod untuk keselesaan penghuni

Dengan GoComfort, selain untuk operasi penyaman udara biasa on dan off, GoComfort juga dilengkapi dengan pelbagai mod. Mod berbeza ini akan memberi sensasi rasa sejuk berbeza untuk keselesaan setiap penghuni rumah. *Mungkin berbeza mengikut jenis model.

Sharing is caring

Bukan makanan dengan kasih sayang je kena share, kawalan penyaman udara pun kena okay? Dengan GoShare, scan je QR kod, korang boleh kongsi kawalan penyaman udara dengan yang tersayang. Boleh juga hadkan kawalan untuk sesetengah fungsi untuk tetamu pada bila-bila masa yang diperlukan.

Memang bijak kan penyaman udara DAIKIN? Aplikasi Go DAIKIN memerlukan adapter Wi-Fi yang telah diciptakan untuk sesetengah model wall mounted dan model casette penyaman udara DAIKIN.Untuk pengguna kali pertama dan paling special adalah korang akan dapat 2 tahun upgrade percuma ke ciri pro setiap penyaman udara sebelum dicaj RM1 sebulan. Untuk info yang lebih lanjut, layari laman web DAIKIN sekarang dan GO DAIKINLAH!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas